Saturday, November 18, 2006

Selamat berpantang - Bengkung


Image result for berbengkung

Tentu ramai yang bosan atau mengeluh bila perut menggeleber dan buncit selepas bersalin.  Memang normal untuk seorang wanita yang bergelar ibu dan selepas proses bersalin

Tapi jangan gundah, kalau rajin dan usaha memang mudah untuk melenyapkan perut buncit kita tu.

Kaedah tradisional yang sangat popular hingga kini yang menjadi amalan turun-temurun adalah dengan berbengkung.  Bengkung merupakan amalan tradisi yang menggunakan kain panjang yang dililit dan diikat dengan kemas disekeliling bahagian perut selepas bersalin.  Ia dipakai selepas sesi urutan, bertungku, tangas diwaktu pagi hinggalah waktu kita nak mandi, ia akan dibuka, kemudian kita akan bertungku lagi dan dipakaikan bengung kembali hingga keesokkan harinya. Berbengkung akan membentuk semula bentuk badan dan bagi SSL pulak kita akan rasa lebih selesa sebab peranakan yang dulu berisi dan kempis akan rasa lebih stabil (intact).

Untuk kesan yang lebih baik, adalah digalakkan berbengkung selama 44 hari berpantang.  Sekarang ni banyak jenis bengkung dipasaran tak macam SSL yang guna bengkung ni secara turun temurun dari kakak2 dan hingga ke SSL dan adik ipar.

Berbengkung punya kebaikan seperti berikut:
1. Boleh memantu mengempiskan perut, memejal dan merampingkan pinggang selepas mengembang akibat kehamilan.

2. Membantu menghilangkan sakit belakang yang dialami semasa mengandung

3. Membantu mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin

4. Membantu mengembalikan kedudukan peranakan

5. Menyokong rahim supay tidak 'jatuh' dari kedudukan asal

6. Mempercepatka pengeluaran darah kotor

7. Mengelakkan badan dari 'masuk angin'

8. Mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber selepas bersalin

9. Memudahkan pergerakan ketika berpantang kerana perut terasa kemas diikat selepas proses bersalin, jika tidak kita akan terasa perut seakan bergerak-gerak.


Cara penyediaan dan pemakaian bengkung


Selepas berurut, perut disapu dengan herba dan bahagian yang disapu ditutup dengan kain kecil, kemudian barulah dipakaikan bengkung

Sebaiknya bengkung dipakai sekurang-kurangnya lima jam disiang hari dan semalaman.  Bengkung perlu diikat ketat, panjang dan kemas dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul.

Nota:
Jika kita bersalin melalui proses caesarean, perlu menunggu hingga dua minggu hingga sebulan sebelum boleh memakai bengkung

Selamat berpantang buat yang baru bersalin