Sunday, November 19, 2006

Kegunaan Tradisional Pokok Tanah Ara



Daun ni punya banyak nama yang akan pelik la jugak tapi SSL suka sebab kegunaannya yang pelbagai.  Ada yang memanggil dengan nama Patikan Kerbau/Susu Nabi/Gatas-Gatas/Gelang Susu/Fei Yang Cao

Tumbuhan liar yang boleh dijumpai di tepi longkang dan ia adalah rumput perosak yang tumbuh dikawasan pertanian.  Bunga dan daunya tersusun dalam jujukan ranting hingga ke hujung.  buahnya berwarna kuning dan 3 biji berwarna merah. Mempunyai bahan kimia yang ada sterol, alkohol tanin dan triterpernoid.

Kegunaan:

1. Merawat asma dan bonkitis
Daun, akar dan batang direbus dengan air dalam bekas tertutup, 1 cawan rebusan ini dicampurkan dengan 4 cawan air. Didihkan sehingga tinggal 1 caan.  Minum bila sejuk.  Air ni tahan 2-3 hari

2. Merawat batuk yang mengandungi kahak berdarah - jusnya diberi minum kepada pesakit

3. Menambah susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak - minum air rebusannya

4. Penyakit gatal-gatal - getahnya disapu dibahagian terbabit

5. Merawat luka- getahnya disapu bahagian luka

6. Merawat penyakit angin dan berak berdarah - minum jusnya

7. Ia juga merawat kecacingan, sakit mata dan disentri, bertindak sebagai antiradang, antibakteria dan antikanser dan dikatakan selalu diberikan kepada lembu yang menghadapi retak tulang :-O

Info berkenaan daun ni

http://infoherbalis.com/2015/06/13-khasiat-patikan-kebo-yang-perlu-anda-tahu.html

Kegunaan Daun Lemuni

Daun lengundi atau SSL dan keluarga panggil daun lemuni yang wangi ni mmg kesukaan kami untuk buat nasi lemak lemuni.  Daun ni ada 3 jenis, warna ungu, hijau dan putih disebelah bawah daunnya.  So far tak pernah pulak SSL tengok yg warna putih tu.


Image result for pokok lemuni
hasil carian google - lemuni ungu

  • Daun lemuni ni sewaktu SSL dalam pantang hari tu dan yg sebelum2nya, mesti d'hubby cari untuk dibuat mandian dengan merebus daun lemuni bersama serai wangi dan dibuat mandian diwaktu pagi.  Terasa segar bugar dan bilik air pun berbau harum tau.  Ada juga yang mencampurkan daun lemuni ni dengan daun herba lain untuk mandian dalam pantang seperti daun misai kucing,  daun inai, lengkuas, pandan dsbnya untuk wangikan ibu-ibu dalam pantang sebab bila dalam pantang, darah haid ni baunya kuat.


  • Akar daun lemuni boleh direbus dan diminum oleh orang dalam pantang


  • Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dengan memanaskannya dalam periuk yang dipanaskan tanpa air dan ditekap keatas luka tersebut.  Lakukan 2 atau 3 kali sehari


  • Daunnya juga boleh dibuat ubat rheumatik, penyakit beri-beri, cirit-birit dan sebagi antiseptik dengan merebus daunnya dan dibuat cucian luka atau ulser


  • Dikatakan daunnya jugal boleh mengubat sakit kepala dengan dijadikan bantal. juga untuk sakit mata dan menggalakkan pertumbuhan janggut.  Maaf, SSL kena cari perihal ni dan Insha Allah SSL akan post kalau terjumpa.
  • Daunnya juga boleh digunakan sebagai ubat nyamuk dan boleh membunuh jentik-jentik.
  • Daunnya dipercayai dapat mengurangkan demam, batuk dan mengeluarkan kahak

Selamat mencuba!



Saturday, November 18, 2006

Selamat berpantang - Bengkung


Image result for berbengkung

Tentu ramai yang bosan atau mengeluh bila perut menggeleber dan buncit selepas bersalin.  Memang normal untuk seorang wanita yang bergelar ibu dan selepas proses bersalin

Tapi jangan gundah, kalau rajin dan usaha memang mudah untuk melenyapkan perut buncit kita tu.

Kaedah tradisional yang sangat popular hingga kini yang menjadi amalan turun-temurun adalah dengan berbengkung.  Bengkung merupakan amalan tradisi yang menggunakan kain panjang yang dililit dan diikat dengan kemas disekeliling bahagian perut selepas bersalin.  Ia dipakai selepas sesi urutan, bertungku, tangas diwaktu pagi hinggalah waktu kita nak mandi, ia akan dibuka, kemudian kita akan bertungku lagi dan dipakaikan bengung kembali hingga keesokkan harinya. Berbengkung akan membentuk semula bentuk badan dan bagi SSL pulak kita akan rasa lebih selesa sebab peranakan yang dulu berisi dan kempis akan rasa lebih stabil (intact).

Untuk kesan yang lebih baik, adalah digalakkan berbengkung selama 44 hari berpantang.  Sekarang ni banyak jenis bengkung dipasaran tak macam SSL yang guna bengkung ni secara turun temurun dari kakak2 dan hingga ke SSL dan adik ipar.

Berbengkung punya kebaikan seperti berikut:
1. Boleh memantu mengempiskan perut, memejal dan merampingkan pinggang selepas mengembang akibat kehamilan.

2. Membantu menghilangkan sakit belakang yang dialami semasa mengandung

3. Membantu mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin

4. Membantu mengembalikan kedudukan peranakan

5. Menyokong rahim supay tidak 'jatuh' dari kedudukan asal

6. Mempercepatka pengeluaran darah kotor

7. Mengelakkan badan dari 'masuk angin'

8. Mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber selepas bersalin

9. Memudahkan pergerakan ketika berpantang kerana perut terasa kemas diikat selepas proses bersalin, jika tidak kita akan terasa perut seakan bergerak-gerak.


Cara penyediaan dan pemakaian bengkung


Selepas berurut, perut disapu dengan herba dan bahagian yang disapu ditutup dengan kain kecil, kemudian barulah dipakaikan bengkung

Sebaiknya bengkung dipakai sekurang-kurangnya lima jam disiang hari dan semalaman.  Bengkung perlu diikat ketat, panjang dan kemas dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul.

Nota:
Jika kita bersalin melalui proses caesarean, perlu menunggu hingga dua minggu hingga sebulan sebelum boleh memakai bengkung

Selamat berpantang buat yang baru bersalin