Tuesday, October 02, 2007

Nasi Goreng Kampung


Bahan-bahan:
Nasi putih - kurangkan air semasa ditanak
Ayam - dipotong kecil (boleh ditukar dengan daging atau sotong atau udang, ikut kesukaan)

Bahan untuk ditumbuk
10 batang cili api
2 biji cili hijau
Ikan bilis
Belacan
Kangkung
Garam secukup rasa

Untuk hiasan - telur digoreng hancur

Cara membuatnya:-
  • Masukkan ayam yang telah dipotong, dimasak hingga kekuningan. 
  • Masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau, masak hingga kekuningan dan naik bau
  • Masukkan kangkung atau sawi - ikut kesukaan
  • Bila kangkung dah nampak layu, masukkan nasi dan dikacau hingga rata dan masukkan kicap supaya nasi nampak lebih umphhh
  • Telur yang telah digoreng, ditabur dan digaul sekali dan tutup api dan sedia untuk dihidangkan
Tips: Nak lagi sedap, hiris kobis dan tabur serta perahkan limau nipis, perghh mmg lazat!

Selamat mencuba!