Saturday, October 25, 2008

Singapore..here we come!

Trip : Singapore
Event : ITB Asia
Date : 22 Oct - 24 Oct 2008

Kali ni nak trip ke Singapore buat pertama kali untuk ambil bahagian dalam ITB Asia untuk create awareness dan yg paling best sbb naik bas ke sana sbb rasa tak berbaloi kot naik flight.  Ke Singapore kita!
Santai2 kat lobby Carlton Hotel Singapore sambil menelaah tariff.  Perut udah kenyang sementara tunggu transport dan boss untuk ke event centre, mari kita membaca wakakaka

Selamat datang ke Malaysia oppss we are in Singapore now ler haha.  Ni la booth information Tourism Malaysia yang sangat informative.  Kalau sesiapa nak ambil brochure, pampets, maps ke apa jer la yg berkenaan info utk Malaysia, kat sini la tempatnyer selain boleh ke booth travel agencies yang menawarkan pakej percutian ke Malaysia

Liez ni kalau posing mmg tak leh kalah maklumla org muda kannn



The venue - Suntec City Mall ni shopping complex jadi kalau nak ke booth tu mmg wajib lalu kat depan kedai2 pakaian, kasut dan mcm2 lagi yg bisa mengugat iman utk shopping keke


tak sah kalau tak bergambo kan walau boss dok pot pet pot pet yg kenapa kita beli booth ice cream ni haha. Penat cheq nak layan balas.  Dah nama pun market survey kan takkan nk beli booth yg mahal.




Ada few minutes je utk stop over kat mercutanda Singapore ni otw balik ke hotel.  Nak buat camner kan kita ni datang ke Singapore utk business trip bukan nak libur2 huhu
Azmel of Genting Berhad antara participant dalam ITB Asia
Jalan2 kat Singapore city, sempat waktu malam jer la kalau dah waktu siang kena duduk kat booth.  Sempat la jugak berjalan kat Mustafa Center yg buka 24 jam, makan kebab, tengok how discipline the Singaporean kat negara sendiri, kebersihan Singapore

Acara jalan2 ronda2 cuci mata


Dollar Singapore untuk shopping huhu

Thursday, October 02, 2008

Ikan Masak Masam Manis

  • 1 ekor ikan senangin - dikerat dua jadi senang nak goreng
  • 1/2 cwn sos tomato
  • 1/2 cwn sos cili
  • 1/2 cwn air
  • 2 biji tomato-dipotong dadu
  • 2 keping gegelang nenas dlm tin-potong kecil (kalau tak ada pun tak pe)
  • Garam dan gula
  • sedikit daun sup-utk tabur atas ikan
  • minyak masak secukupnya
Bahan Hiris
  • 10 biji cili padi merah
  • 1 labu bawang besar - dimayanag
Cara Memasak
  1. Ikan di bersihkan, kelarkan permukaan ikan, cuci dan toskan.
  2. Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
  5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.
  6. Setelah siap dan cukup rasa, matikan api dan bolehlah di curahkan kuah keatas ikan dan tabur dngn daun sup yg di potong kecil.
Selamat mencuba!