Sunday, December 19, 2010

Drama : Mencari Katarsis


Hehehe...letih seharian dengan si Icha yang memanjang nak tengok kartun..kartun channel 611, channel 103 memang letih dan jemu lar..but wat to do kita ni jadi Ummi dia so layan jer la.  Kesian kat dia yang missing her two sisters, Kak Chik dan Miya dan asyik dok tanya "Ummi, bila Kak Chik dan Miya nak balik"?  pastu dia dok kata nak balik kampung nak jumpa Tok Wan dia.  Teringat masa last vacation aka balik kampung if x silap masa Aidil Fitri si Icha boleh tido ngan Tok Wan dia sebabnya dia ajak aku tido but aku sibuk ngan online then ajak Ayah dia, sibuk menonton tv..its sooo sweet how they try to pamper herself dengan Tok Wan dia so Tok Wan dia pun jadi rindu kat dia gak..

Berbalik cite yang Mencari Katarsis yang secara tak sengaja aku tertekan di Saluran Oasis - Channel 106 (maklumla aku ni masih x arif pasal Channel2 dalam Astro ni...bukan sebab pelupa tapi mmg x ambik port la...:)).  Bukan nak mengulas tapi ceritanya mudah dan memang layan sangat.  Safura memang pelakon cerita sedih yang hebat begitu juga Zali Hussain.  Vanidah Imran begitu manis bertudung..memang cantik dan Rashidi Ishak memang lucky to have her dan memang pasangan yang cocok sekali dan D'Hubby pun  suka tengok Vanidah or Vee yang maintain body dan sentiasa menarik..wish I can be like her..huhuhu.  Adoiii asyik termelalut jer pasal lain.

Walau cerita berkenaan lelaki yang mengahwini seorang janda yang 5tahun lebih tua dan menjadi seorang peguam yang berjaya dan siisteri jugalah yang support dia belajar.  Bak kata my mother..bila berkahwin sebaik2nya tinggal berasingan dari keluarga sememangnya tepat. Bukan kerana drama tersebut tapi dari yang aku dengar, lihat memang benar belaka.  Bak kata pepatah..jauh bau wangi bila dekat bau busuk! Yang nak aku cerita sebenarnya ialah kita perempuan memang cepat tua especially bila dah beranak pinak mcm orang dok kata perempuan yg bersalin seorang anak perempuan akan putus 1 urat dan bila bersalin anak lelaki putus 2 urat..Wallahuallam.  Tapi mungkin ada betul kot sebab kita akan nampak makin tua..eheh silap makin berumur! Berbalik pada drama tadi tu sisuami bila isteri dah tua dan mulalah mereka ni lupa diri kendian dok kata dia x bergaya la..dan x sesuwai nak dibawak ke majlis2. Isteri mana yang x sedih ye la dah dok rumah mmg banyak kerja nak buat memang x akan habis punya! sebab tu aku lebih rela pergi kerja! bukan apa buat tambah pendapatan jer..alasan ker? ohhh tidak...tapi tu akan kebenaran gak. Sisuami mudah lupa diri dan x ingat pengorbanan isteri yang menyokong lagi menolong pengajian dengan menjual hamper dsb.

Me lahhhh
Cerita tu lebih menyentuh hati aku sebagai seorang ibu, isteri yang makin berusia...diam x diam usia ku dah menganjak ke angka 41 tahun ni..how time flies! dan badan pun bagai ditiup2 cuma bezanya aku bekerja jadi masih lagi bergaya walau x macam mana pun dek kerana kenaikan badan! Betapa lelaki ni memang suka dimanja..and I love to manjakan D'Hubby lebih2 lagi bila usia makin meningkat.  Untuk lelaki..live starts at 40! secara tak langsung memang betul...tapi lelaki Melayu ni suka manja di bilik jer (spt org selalu komen) tapi memang betul.  Sesungguhnya kesian kat para isteri yang fulltime housewife..penat kat rumah, dapur, sidai baju, lipat baju, gosok baju..sememangnya membuat mereka keletihan dan x larat nak layan sisuami dan this is the point untuk sisuami beralih angin! memang bagi angin satu badan!
the guy that I inloved with 
Ending of the story, ketabahan dan kesetiaan isteri tidak akan dapat ditukar ganti (sekiranya mereka x jumpa orang lain!) dan walau apa2 mereka tetap akan be the best and closest person kepada seorang suami walau pun mereka mungkin tidak lagi cantik, slim, bergaya seperti sesetengah lelaki/suami inginkan.  Apa2 pun mereka adalah Ummi/Mak/Ibu/Mama/Mummy yang hebat yang mampu menjaga dan membesarkan anak2 walau ada segelintar ibu yang tidak seperti yang diharapkan.

Apa2 pun aku pulak mesti suker sangat bila tengok D'Hubby bergaya dan up to date! N always make sure he dressed well too. Huhuhu n now I m missing him ler sebab weekend jer dia kerja dan dis week pulak since Friday dia ada kat Utara tanahair ada event yang dia kena cover..ish ish ish

Apa2 pun aku berdoa semoga kasih sayang dan cinta kami berdua dan sifat memahami dan hormati-menghormati tidak akan terurai di tengah jalan.  Semoga kami berkekalan hingga ke akhir hayat! Aminnn


http://www.astro.com.my/index.html

MENCARI KATARSIS

Mengisahkan seorang suami yang lupa diri setelah berjaya. Lakonan Zali, Vanida Imran, Safura, mahmud Ali Basha dan lain-lain.
  • Showing Time19 Dec 5:00 pm ( 120 minutes )
  • TV Guide
Classification
Universal
Genre
Movie, Drama
Sub Genre
GENERAL
Running Time
120 minutes
Share/Bookmark