Monday, July 12, 2010

Hari Keluarga..kali ni kita ke Bukit Cherakah

Berakhir sudah la hari keluarga kami dan kali ni yg special nyer sbb penginapan ditaja oleh Bang Chaq tp mcm biasa bab makan2 duit dari collection adik beradik.  Pemilihan tempat pun Bg Chaq la buat kat Bukit Cherakah, Shah Alam yg dulunya dipanggil Bukit Cahaya Seri Alam.

Meriah sungguh dengan macam2 gelagat maklumlah ramai tuu..yg paling hebat bila sekumpulan monyet boleh pulak buka bekas susu Acha dan seluk susu tepung tu..mentang2 la kami tinggalkan kejap sbb nk discuss pasal acara dan depa ni dengan berani tuju kat susu tu..huhu so kena la buang susu tu takut ada kuman..monyet dihutan disusukan anak kelaparan haha.  Kesian Acha but she is a good girl ◔◡◔

Seperti biasa keluarga cheq la yang paling banyak dapat hadiah..ngeh ngehh



sesi bergambar tp sayang en sponsor dan family dh balik malam tadi

cer tengok anak sapa tak nii..hehe cheeky Acha dgn handsome cousin Aqil





Kita jumpa kat next family day naa

Di Kampung Idaman, kita boleh menginap di rumah-rumah tradisional yang menarik senibinanya yang unik mampu menarik perhatian pengunjung. Setiap rumah yang terdapat di sini mewakili negeri-negeri yang terdapat di Malaysia.








Sunday, July 11, 2010

Hari Keluarga KHHHR di Bukit Cerakah

Tahun ni kita dapat sponsor dari abang sulung, Bang Chaq yg agak baru pencen...OKB la gamak nyer kann.  Dah encik sponsor menetap kat Kelang..dh jadi orang Selangor jadi lokasi hari keluarga kali ni kat Bukit Cerakah yg memang kat dalam Selangor kan..

Dah lama SSL tak datang ke tempat ni, ada la sekali waktu mula2 dibuka dulu la.  Banyak aktiviti kat sini..berbasikal, jungle trekking, dan apa yang berkenaan alam la..

Alhamdulillah...semua berjalan lancar dan yang best kali ni sebab penginapan ada sponsor, jadi ada duit lebih untuk t-shirt untuk semua ahli..dan seperti biasa bila hari keluarga jer..mesti kami akan gotong royong memasak..lebih sedap..lebih berkhasiat..lebih jimat..

siap ada banner tu kan...penuh dgn nama2 keturunan..

pelan lokasi
Penganjur ahakss dgn para sekretariat masih memerah otak utk games kiki...
Ada satu kejadian yang sangat kelakar bila mana sekumpulan monyet yang mmg pemastautin tetap ni dah buka bekas susu anak SSL yang bongsu Aca dan seluk tangan kedalam bekas tu huhu bijak sungguh depa ni..walhal kami tinggal beg dan segala perkakas kat luar sebab nak berkumpul di salah sebuah rumah..hadoiiii apa lagi kena la buang susu tepung tu...risau gak kot2 la nanti boleh mendatangkan penyakit...kesian Aca tapi nasib baik la dia sporting..haha


sepupu juga kawan baik dan juga seteru hehe...almaklumla sama umur pastu pula applepie ni lebih bossy 


aksi-aksi para peserta

hahahaha...lawak kan anak beranak ni..my younger brother chef Ross dgn Aqil dengan tidur berirama...hadoiiiii

Sunday, July 04, 2010

Mini Reunion..APGS 86

akhirnya semalam 03 July 2010 tercapai sudah rancangan Kak Anim nak buat reunion.  Buat kecil2an je kat Georgetown Cafe kat Wangsa Walk dengan semua yg hadir bawak hadiah..so pertukaran hadiah pun agak menarik...tak de suka2 nk bagi siapa tp atas tiket undian..mmg awesome la Kak Anim punya idea ni.

Tak tau la bila pulak nak boleh jumpa mcm ni..mungkin tunggu umur masing2 50 tahun kot atau 60 pastu boleh la tengok siapa yg paling banyak kedut hahaha.

Insha Allah semoga kami dipanjangkan usia serta diberikan kesihatan yang baik untuk berjumpa dan bercerita kisah2 lama zaman persekolahan.

Group photo ni satu kemestian kan..

para jurugambar...hebat 2 Eda ni..Eda Sr dan Eda Jr

the senior..Kak Anim dan Kak Zanariah

me & Nazrah Ibrahim

Me, Jem aka Intan, Kak Eda & Kak Zana

me & Linda


Me, Yati and Nazrah

Kak Eda, Kak Zana, Eda, Me & Kak Anim

Me & Liza

Me, Hani, Ieta & Maz (MINZ sisters)