Thursday, September 23, 2010

UPSR, PMR dan SPM dalam tahun 2010

Fuhh tahun ni 3 anak SSL akan menduduki peperiksaan..Bang Yong, Bang Ngah dan Kak Yang walau tarikh tu berbeza tapi ibubapa mana yg tak dag dig dug kan


UPSR 
21 Sept - 23 Sept

PMR 
05 - 12 Oct

SPM 
Amali 19 - 21 Okt 
Ulangan 22 - 23 Jun
Ujian Bertulis 22 Nov - 15 Dis

akhirnya selesai sudah exam UPSR yang Kak Yang duduki sejak 21 Sept 2010.  Dia nampak confident dengan apa yang telah dia jawab atas kertas2 soalan.  Dan kini tinggal lagi 2 exam bagi Bang Yong dan Bang Ngah..the best part is that I n D'hubby yang lebih excited dan mengelabah compared to both of them.  Risau sesangat sebab I wanted them to be better than both of us.
Semoga Kak Yang berhasil dengan cemerlang begitu jugak dengan Angah dan Ayong..Aamiin

Tuesday, September 21, 2010

Khasiat Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah  dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada
batu  permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
s.a.w..kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang
yang  dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya
Abu
Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah
s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan  Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika  menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi  dizalimi.



Sunday, September 19, 2010

Petua melangsing dan mengempiskan perut

Bulan Syawal sememangnya dinanti tak kira tua atau muda sebab masa ni lah kita saling kunjung mengunjung dan menjemput rakan taulan dan sanak saudara ke rumah untuk jamuan rumah terbuka dan mulut pun sentiasa terbuka dan lupa kesihatan, jadi diharap petua2 ni dapat membantu kita untuk kekal sihat sentiasa...:)


MENGEMPISKAN PERUT
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba....


MELANSINGKAN BADAN
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1.Dua biji lobak merah dipotong
2.Sebiji mentimun segar
3.Sebiji limau nipis

Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.

Wednesday, September 15, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H

Add caption
Selamat Menyambut Aidil Fitri 1431H kepada semua umat Islam sedunia! Memang sadis bila kita nak upload awal tapi terlalu sibuk dengan persiapan raya dan bila tiba 1Syawal sibuk untuk mengisi perut yang dah 30 hari berpuasa..something like payback time! memang mengarut!


via ferry PEN to mainland
6Sept ajak bebudak kat ofis join Iftar by Galileo kat Dewan Merak Kayangan.  Nana pun ada gak represent Philippines Airlines.  Not bad la food meka tapi kena cabut awal coz nak prepare meehon goreng untuk bersahur otw balik kampung nanti.  Sampai rumah jer terus pulun memasak dan last minit check for baju2 untuk dimasukkan ke dalam beg.  Mr D'Huby pulak ZZZZZ sebab nak kena jadi pilot aka supir.  Badan letih tapi x boleh tido arr sbb kalau tak x kan nak renti kat R&R yg pasti food x sedap dan entah dapat entah tidak.  Anyway we stop kat Tol Bukit Merah untuk bersahur dengan kesejukan subuh yang nyaman sebelum bergerak ke Penang melalui jambatan seperti biasa.  Sampai di rumah Mak Teh..ingat nak lepak jap tapi Iesha sibuk nak balik rumah Tok Wan...isshhhh x jadi ler nak ZZZ. Jadi stop ada ler lebih kurang 1jam jer then proceed to Kerpan dengan Ain dan Faris bersama2 menambahkan ahli sedia ada menjadi 10 orang dalam WEV8008 tu..heheheh.  Then stopover kat Alor Janggus rumah sister in law Kak Chah sebelum gerak semula ke Kerpan.  

nasi ulam in making
Kami being the first family to arrive on Tuesday morning followed by Ustaz Din pada malam Rabu dan Mak Teh n hubby pada hari Khamis bersama2 tempe yang akan dimasukkan ke dalam kuah lontong sebab kat pasar Kerpan dah habis daaa..Mak Mentua pun buat nasi ulam yang lama x dimakan..(rindu kat nasi ulam by mak sendiri tapi rasanya mmg x dapat dah sebab dia sendiri pun x sihat selalu) 

kuah lontong
1Syawal bangun awal2 untuk masak lontong. Memang rindu sangat nak makan lontong tapi x dapat buat sambal kacang sendiri tapi biras buat kuah kacang gak but not soo keen sebab manis. Jadi buat sambal kelapa tapi almaklumlah food dah terlalu banyak jadi rambang mata tapi lontong ku tetap hidangan utama ku makan pulak dengan nasi impit dan rendang ayam..fuhhh..
Yang lawak nya this year raya pertama x buat laksa sebab ikan mahal..heehhe jadi serbu rumah sepupu Mr D'Hubby sebab dia pi ke laut namun malang sekali bila sampai jer...huhuhu..warghhhh kuah laksa dia basi x pasti sebab apa.  Depa kata dah naik berbuih dan macam2  andaian dibuat...maleh nk buat andaian sbb x tengok..hehehe.  Tapi dapat gak laksa kat rumah sepupu yang lain.  Not bad tapi masih sedap lagi laksa Mak Teh.  Then makan mee kuah la kat rumah Mak Ndak Lijah kemudian makan bihun sup kat rumah Mak Jang Puan...fuhhh...

Hari-hari lain asyik dok makan jer. Makan..makan..makan.

Hari ini 6Syawal dah mula masuk bekerja sebab nak settlekan BSP kat DB. Pepagi tadi dah bangun masak udang masak cili api..perghhh hebat sebab selera besar tu bila harga udang tu RM45 sekilo tapi puas hati sebab udang kertas tu memang besar pastu gulai ikan nyok2 dengan rebung bukit dan masak brocoli with oyster sauce untuk hidangan tengahari.  Mr D'Hubby tolong antar ke bank then balik rumah untuk lunch supaya semua dapat merasa udang tu kalau tak mau putih mata jer..heheheh.  Selesai lunch, kena drive sendiri   ke pejabat ler sbb Mr D'Hubby dah lotih.

Monday, September 06, 2010

Ramadan 27 : Invitation for break fasting by Galileo

Alhamdulillah...we are now on 27 Ramadan meaning that we have fasted for 27 days!  We had invitation by Galileo for iftar in Dewan Merak Kayangan Felda and I will be attending the event wit the staff, Ima and Ain this time.  The non so interesting part is that I will not be eating with my family but well once in a while!  Since then I have to go back and cook for them as dhubby would not go out and taking the kids and be hassle.

The sad part is I had break from fasting twice this Ramadan 23 - 27 Aug and now tody again starting 03 Sept till today! and seems no sign of stopping.  waaaa so much days to pay back ahh

Last Saturday, 04Sept  was my birthday but no one in the family remembers the day especially dhubby sob sob but feel relief coz I got wishes from FB frenz and school mates..and that night when dhubby online FB he realized he have miscount the date! waaa

p/s : not sure if he thot that tomorrow is 04 Sept or he forgot the date or perhaps he forgot my birth date hurmmm

Pictures from our dinner with performance, meeting friends of previous company, friends from other travel agency..we talk and eat, eat and talk until time to goes off.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.
me with ex staff Nana and another travel agent 

No automatic alt text available.
me, Nana, Ain and Ima

No automatic alt text available.