Saturday, November 26, 2011

Pengorbanan seorang ibu dan kasih anak

24 Nov aku ambil EL sebab harus pulang ke kampung suami untuk menjenguk mak mertua yang kian tenat.  Dengan kerja yang tidak selesai tapi nasib baik ada kakitangan yang boleh diharapkan.

Sebelum pulang D'hubby sudah berpesan pada anak2 supaya tidak celupar kerana bau2an yang kurang enak pasti akan dihidu sesampai ke rumah kedua orangtuanya.  Alhamdulillah, anak2 mengerti. Kesian pada Angah dan Kak Yang kerana mereka beria2 nak berlari Larian Nike pada 27 Nov namun tidak kesampaian.  Mungkin tahun2 yang akan datang Insyallah dapat mereka sertai lagi.

Bonda mertua masih gering..terbaring dan tanpa daya.  Mak Teh (panggilan untuk adik ipar) dan Kak Chah mengambil tanggungjawab sebagai anak perempuan untuk menjaga mak siang malam. Menahan dari bau busuk yang keluar dari ketumbuhan yang mereput dipangkal peha yang sebesar buah kelapa.  Mak pulak tak lalu makan hanya minum air barang sesudu dua.

Pepagi Mak Teh dan Kak Chah akan mengelap tubuh yang tak bermaya tu dan membersihkan ketumbuhan dikaki dan dipangkal peha. Alhamdulillah ada anak2 yang sudi menjaga ibu yang terlantar sakit.

Hari ini 26Nov, darah beku keluar dari dubur sepanjang 3 inci semasa dibersihkan.  Mungkinkah telah pecah ketumbuhan di paru2 dan di tekak yang telah di'detect' semasa ujian MRI tempohhari? Semalam mak seakan gelisah..mungkin menahan sakit tapi kami hanya menduga kerana mak tiada kederat (bak logat utara) dan tutur kata nya juga susah untuk kami fahami.  Seperti kata Kak Chah, doktor pun memberi keizinan untuk membawa mak pulang kerana tiada apa lagi yang boleh dibuat kerana ketumbuahan telah berakar keseluruh dalaman tubuhnya dan tiada ubatan melainkan pecahan yang sebesar mulut berlubang yang boleh memuatkan empat jari di ketumbuhan di pangkal peha dicuci setiap hari. Menurut doktor lagi sekiranya hendak buang ketumbuhan tersebut mak harus dihantar ke Hospital Kubang Kerian atau HKL namun tidak pasti kalau para doktor disana akan dapat membuat pembedahan dan kemungkinan juga harus menunggu entah bila.  Kalau pun dibedah, kemungkinan sebelah kakinya akan dibuang dan juga harapan untuk pulih tiada kepastian.  Ya Allah sesungguhnya berat sungguh dugaan mak mertuaku.

Apa yang menambahkan kesedihan D'hubby adalah bila doktor menanya kenapa mak menyorok ketumbuhan tersebut dia menjawab dia tak mahu menyusahkan anak2.  Sungguh hiba sekali dan betapa pengorbanan seorang ibu yang tidak mahu membuat anak2nya susah.  Subhanallah...Bagaimana pulak nasib aku nanti???

Pagi tadi anak2nya panik seketika kerana mak resah/gelisah dan perkhabaran diutus kepada kekanda di Shah Alam untuk segera pulang...tidak lama kemudian keadaan kembali tenang...Entahlah..

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan bonda mertua ku dan janganlah Engkau siksa dia jua anak-anaknya. Ampunilah dosa2nya dan tempatkkanlah dia bersama2 orang2 yang beriman. Amin..Amin ya Rabullalamin..