Thursday, September 29, 2011

Kecuaian si tukang simpan atau kecuaian si pekerja bank???

Makin hari makin susah nak update my blog ni...kesibukan di pejabat dan dirumah pejabat begitu membataskan waktu untuk aku berkarya lagi tapi subuh tadi waktu bangun memasak tu aku dah bertekad nak story mory kat blog ni untuk peringatan..hehehehe

Alkisah semalam aku ke bank yang memang terkenal untuk keluaran nak bayar BSP untuk ofis tersayang jadi kerana lebih 5k jadi kena la panjat tangga untuk ke kaunter..nasib baik sbb x payah tunggu lama sbb bank ni mmg cepat dan cekap.  Jadi aku pun keluarkan la RM5,500.00 dan seperti biasa guna mesin la kan (sape yg nak kira ribu2 tu...) pastu girl kat kaunter tu tunjuk ni ..'ha kak..ni RM500 dalam not RM100 x 5 keping..aku pun ok jer..Kendian aku pun mintak dia masukkan dalam envelope sbb tebal la gak dan risau gak soal keselamatan aku dan duit tu..

Lepas dia masukkan aku pun terus gerak jer balik ofis sebab staff dah tunggu untuk ke bank untuk settle BSP tu..dan sebelum dia pergi aku dan mereka pun mengira duit...2 -  3 kali warghhhhh x cukup RM100. Arghhhh mcm budak2 pulak dok mengira sekeping demi sekeping dan mmg sah x cukup RM100. Ish cam ner ni...RM100 tu boleh beli baju baru ke isi minyak kereta barang seminggu...sadis sungguh kan dan very careless of me!

Jadi aku pun tawakal ler telefon bank tu tapi girl tu pergi sembahyang dan aku pun tinggalkan pesanan dengan harapan dia akan call balik...(sambil berdoa dalam hati tuhhh).  Kurang lebih setengah jam, pegawai kat bank tu telefon mengesahakan ada tertinggal??? RM100 tu...warghhhhh x mau syak apa2 tapi ????. Pegawai tu nama Cik Yana kata x yah datang la tapi dia akan bank in kan.  Alhamdulillah syukur dapat balik dan nasib baik aku mengira dengan bebudak ofis ni kalau x mmg kes naya atau aniaya..

Entah la....malas nak fikir kalau disengaja atau tanpa disengajakan.  Wallahualam

Tuesday, September 20, 2011

Soya oh Soya...mari ketahui keburukan kacang soya

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya: 

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.  

  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!


Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia ( 1 ) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone ( 2 ).


( 1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)


( 2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.


Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.


Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid ( 3 )’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


( 3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin ( 4 ) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .


(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)


Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.


Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


FAKTA
: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!


FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.


MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Wallahu a’lam

Ustaz Hashim Al-Maranji




Monday, September 05, 2011

Its my 42th birthday....

Alhamdulillah...masih dipanjangkan usia untuk menyambut hari jadi ku yang ke 42 disamping keluarga tercinta..(walau tak de celebration pun...sebab kek yang ditempah lewat pastu dengan kesibukan nak prepare menghantar Ayong balik ke kolej dan sebagainya..fuhhh).  Rasa sungguh seronok sebab kali ni hari lahir ku jatuh pada 5 Syawal pulak tu...hebat sungguh kan.  Yang tak tahan tu demam masih belum reda betul2 dengan sore throat dan sakit belakang (angin ler tu) dan yang paling tension ni ialah gatal tekakkk! geram sungguh!  Apa2 kesian kat anakku Miya yang masih tak kebah demam dia sejak dari kampung lagi.  Aduhhh klinik pun tak bukak lagi jadi nak tak nak terpaksa la dia makan ubat tanpa berjumpa doktor..Entah2 Miya bolej jadi kurus kot..hihihi.semoga Miya cepat sembuh sebab esok sekolah dah mula buka tapi D'Hubby masih bercuti lagi ..elok la tu utk kemas rumah!

Buat kekawan yang mengucapkan selamat kat wall FB ku..terima kasih bebanyak diatas ucapan kalian dan semoga kita semua beroleh kebahagian, dimurahkan rezeki  sentiasa.  AMIN.  Jom tido

Thursday, September 01, 2011

Selamat Aidil Fitri : Mohon Maaf Zahir Batin


Arti ; Minal ‘Aidin wal Faizin
bukan  
Mohon Maaf Lahir Batin

Ucapan ini : Selamat Hari Raya Idul Fitri, Taqobalallahu Minnaa wa Minkum, Minal ‘Aidin wal Faizin, Mohon Maaf Lahir Batin,
merupakan ucapan yang biasa disampaikan dan diterima oleh kaum muslimin di hari lebaran baik melalui lisan, sms, email ataupun kad ucapan idul fitri.

Ada dua kalimat yang diambil dari bahasa arab di sana, yaitu kalimat ke dua dan tiga. Apakah arti kedua kalimat itu  ?  dan dari mana asal-usulnya  ?

Sebagian orang kadang cukup mengucapkan minal ‘aidin wal faizin dengan bermaksud meminta maaf.  Benarkah dua kalimat yang terakhir memiliki makna yang sama  ?

Para Sahabat Rasulullah biasa mengucapkan kalimat Taqobalallaahu minnaa wa minkum di antara mereka.
Arti kalimat ini adalah semoga Allah menerima dari kami dan dari kalian, maksudnya, menerima amal ibadah kita semua selama bulan Ramadhan.

Para sahabat juga biasa menambahkan : shiyamana wa shiyamakum, semoga juga puasaku dan kalian diterima.

Jadi kalimat yang ke dua dari ucapan selamat lebaran di atas memang biasa digunakan sejak jaman para Sahabat Nabi hingga sekarang.

Lalu bagaimana dengan kalimat: minal ‘aidin wal faizin  ?

Dalam buku Lentera Hati, kalimat ini mengandung dua kata pokok: ‘aidin dan faizin
(Ini penulisan yang benar menurut ejaan bahasa indonesia, bukan aidzin, aidhin atau faidzin, faidhin )

Yang pertama sebenarnya sama akar katanya dengan ‘Id pada Idul Fitri.
‘Id itu artinya ; kembali, maksudnya sesuatu yang kembali atau berulang, dalam hal ini perayaan yang datang setiap tahun. 
Sementara Al Fitr, artinya ; berbuka, maksudnya tidak lagi berpuasa selama sebulan penuh.

Jadi, Idul Fitri berarti “hari raya berbuka” dan ‘aidin menunjukkan para pelakunya, yaitu orang-orang yang kembali. (Ada juga yang menghubungkan al Fitr dengan Fitrah atau kesucian, asal kejadian)

Faizin berasal dari kata fawz yang berarti kemenangan. Maka, faizin adalah orang-orang yang menang. Menang di sini berarti memperoleh keberuntungan berupa ridha, ampunan dan nikmat surga. Sementara kata min dalam minal menunjukkan bagian dari sesuatu.

Sebenarnya ada potongan kalimat yang semestinya ditambahkan di depan kalimat ini, yaitu ja’alanallaahu (semoga Allah menjadikan kita).
Jadi selengkapnya kalimat minal ‘aidin wal faizin bermakna (semoga Allah menjadikan kita) bagian dari orang-orang yang kembali (kepada ketaqwaan/kesucian) dan orang-orang yang menang (dari melawan hawa nafsu dan memperoleh ridha Allah). Jelaslah, meskipun diikuti dengan kalimat mohon maaf lahir batin, ia tidak mempunyai makna yang serupa. Bahkan sebenarnya merupakan tambahan doa untuk kita yang patut untuk diaminkan.

Wallahu a’lam.

Rasulullah biasa mengucapkan ; taqabbalallahu minna wa minkum “ kepada para sahabat,yang artinya semoga Allah menerima aku dan kalian. Maksudnya menerimadi sini adalah menerima segala amal dan ibadah kita di bulan Ramadhan.