Wednesday, August 29, 2012

ISLAM AGAMAKU - SUBHANALLAH..ALLAH MAHA BESAR

SUBHANALLAH..Fenomena awan berlubang







Fenomena ini dikenali sebagai Punch Hole Cloud atau Fallstreak. Ia berlaku apabila suhu air pada awan berada dibawah takat beku namun masih belum membeku kerana kekurangan ice nucleation particles.
Apabila sedikit particle air mula membeku, ia akan menyebabkan efek domino yg menyebabkan wap air di sekelilingnya turut membeku dan jatuh turun ke bumi. Ini menyebabkan wujudnya lubang besar pada awan cirrocumulus atau altocumulus.
Bagi pihak pengkaji barat, setiap kejadian yang berlaku di atas muka bumi sememangnya menggunakan logik akal berdasarkan kajian yang dilakukan. Ternyata kejadian Allah SWT ini mempunyai hikmah yang tersendiri dan memberi peluang kepada para pengkaji mencari rahsia di sebaliknya.

http://www.harian-metro-online.com/subhanallah-fenomena-awan-berlubang 29 Ogos 2012
*******************************************************************************

“Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah)

Matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu tempoh, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakan matahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat. Saintis NASA juga mengesahkan fenomena, Dari Ibn ‘Abbas, “Maka Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya matahari dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha).

Monday, August 27, 2012

Berita - Kedai makan Halim 2By2 trbakar

Kesian Halim dengan wife dia bila kedai yang terletak di Wangsa Maju Seksyen 2 ni terbakar atau dibakar?..semoga bertabah ya Halim.  Kat sini la kami selalu dinner dengan tomyam yang sedap, nasi goreng lazat dan owner kedai yang sangat ramah.  Semoga terus maju ya Halim dan anggap la ini sebagai dugaan.




Kedai penyanyi dibakar

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya hampir pengsan melihat api menjulang memusnahkan kedai makan yang saya usahakan selama 10 tahun,” kata bekas anggota kumpulan 2 By 2, A Halim Mamat, 37, menceritakan detik cemas kebakaran kedai makan miliknya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian jam 1 pagi itu menyebabkan kedai makanan Thai yang diusahakan Halim bersama isteri yang juga bekas penyanyi kumpulan Genuine, Norsalawati Karman, 35, musnah.

Menurut Halim, ketika kejadian dia sedang tidur apabila tiba-tiba dikejutkan Norsalawati dan memaklumkan mengenai kebakaran itu.
“Isteri saya dihubungi sepupunya yang tinggal berhampiran kedai makan kami dan memberitahu mengenai kejadian. Kami sangat terkejut kerana hanya sejam sebelum itu kami baru saja pulang selepas memeriksa kedai yang ditutup seminggu sempena Aidilfitri,” katanya.

Halim berkata, dia segera ke tempat kejadian, manakala Norsalawati terpaksa tinggal di rumah kerana menjaga empat anak mereka.

“Tubuh saya lemah sejurus tiba dan melihat api marak membakar kedai makan ini yang juga satu-satunya sumber utama pendapatan selepas saya dan isteri berhenti menyanyi.
“Kedai makan ini saya usahakan ketika masih lagi aktif dalam nyanyian sebagai bekalan selepas tidak lagi berkecimpung dalam bidang seni,” katanya.

Katanya, akibat kejadian itu, dia dan enam pekerjanya kini hilang sumber pendapatan.
“Api dipadamkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Setapak dan kebakaran sebenar masih disiasat,” katanya yang mengesyaki kebakaran itu disebabkan perbuatan khianat dan menganggar kerugian RM60,000.

Nasib malang menimpa pasangan itu yang popular sekitar 1990 turut mendapat perhatian rakan artis lain apabila seorang lagi bekas anggota 2 By 2, Zul dan isteri, Isma, yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) datang melawat.

Turut melawat tempat kejadian, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wangsa Maju, Mohd Rasyid Abdul Samah dan Naib Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Hamdan Mohd Yusuf.

Halim berkata, dia dan isteri berharap dapat membina semula kedai makan itu dan berharap ada pihak bersimpati dan menghulur sumbangan.
Artikel ini disiarkan pada : 27/08/2012





Friday, August 24, 2012

#Lagu Melayu - Cinta Pantai Merdeka

Lagu nyanyian kumpulan Tropika pada tahun 80an tapi kembali dipopularkan oleh kumpulan Jinbara.  Tak berapa tahu pasal lagu ni walau pun ni zaman remajaku la jugak mungkin sebab mereka tak sefofular Wings, Search dan yang pasti kerana mereka tak hensem kot..hikhikhik

Kemudian lagu ni pulak asyik dinyanyikan oleh D'hubby dan rupa2nya lirik2 lagu ni  berdasarkan tempat2 kat Kedah..hehehe baru perasan bila dalam 2 tahun lepas D'hubby bawak kami sekeluarga ke Pantai Merdeka dan setiap kali balik ke Utara pasti melintasi Gunung Jerai ni jadi bait2 lirik tu terpahat kat minda la jugak..



Saturday, August 18, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1433

Nampaknya Ramadan sudah sampai ke penghujunnya dan betapa aku merasa macam sayang nak melepaskan Ramadan ni..rasa macam tak puas la berpuasa...hmmmm

Lepas jer sahur, D'hubby dah tak tido sebab sambung mengecat pintu rumah (kira-kiranya bahargian yang akhir ler tu..) dan nak tau apa aku pulak buat...hehehehehe

jeng 

jeng 

jeng


buat booking flight untuk client la yang nak ke Bandung...kalau tak buat sekarang harga akan terus naik dan naik dan naik..ni pun harga dah naik...huhuhuhu,,,dah la ni client yang mmg selalu travel dengan we all so kena la usaha utk cover cost dia dan family bercuti...warggghhhhhh.  Akhirnya selesai tugasan sebab nak make sure harga tu boleh cover package Bandung mereka.  Baru sat tadi intai harga flight dah seperti diduga mak aiiii dah naik harga untuk 5 orang hampir RM3,000 tu belum masuk bagasi, makanan dan dsbnya....fuh nasib baik tak terpanggil dek bantal tido hehehehe.  Alhamdulillah 

Ni sekarang pulak D'hubby pegi ngantor anak2 dara ke rumah mak untuk belajar buat ketupat jawi (beras daa) kerana Ummi diaorg sendiri memang dulu tak minat dan lagipun keras tangan..tapi bila dah ada anak membesar ni teringin jugak tapi tak dapat luang masa jadi anak2 ler.  

Kita sambung lagi yerr...






Thursday, August 16, 2012

IKLAN HARI RAYA YANG MENYENTUH HATI

Rasanya ramai dah yang menonton iklan ni dan menitiskan airmata jd x perlu dah comment banyak.  Buat penonton yang tak menitis air mata tu tak tau la nk kata apeee

Buat kita yang cukup sifat dan sempurna serta masih mempunyai ahli keluarga dan kedua ibu bapa, hargailah mereka dan buat insan yang bergelar ibu dan bapa yang masih bernafas, sekiranya anda pernah membuat kesalahan bertaubat la dan kembali lah kepada anak-anak supaya mereka tidak kehilangan anda.
(ceh ceh ceh...kata2 nasihat tu buat diri sendiri jugak)

Wednesday, August 15, 2012

Koma Angkara Kekasih Panas Baran

Sebagai seorang ibu aku merasa pelik bila membaca berita ni...si bapak tau yang budak lelak ni kuat cemburu dan panas baran dan juga diusia 16tahun dah bercinta dan yang paling geram bila mak angkat tu boleh bagi budak perempuan tu keluar waktu dinihari untuk bersahur dengan boyfriendnya...mana pergi kewarasan mak angkat dia ni bila membenarkan budak perempuan ni yang sah2 tiada ikatan yang sah untuk keluar diwaktu subuh2 begini!  Nauzubillah minta dijauhkan la.

Kejadian berlaku di Flat Wangsa Sari tu dah dalam kawasan jajahan SSL tu..dalam kawasan Wangsa Maju.  Apa2 pun semoga segala urusan sigadis dipermudahkan dan menjadi peringatan buat kita semua

Tengok gambar sipelaku ni pun dah buat kita seram.  Apa2 pun kita harus bijak dan berfikirlah dengan rasional sebelum membuat kerja2 yang akan menyusahkan orang lain dan diri sendiri.  Beringat untuk diri sendiri jugak

Monday, August 13, 2012

Resepi - Nasi Ulam Utara (Resepi Mak)

Masakan yang pasti dibuat dalam bulan Ramadan sekurang2nya sekali oleh mak ialah Nasi Ulam Utara tapi kali ni aku pulak akan buat dan nak hantar kat mak la pulak..mesti dia rindu nak makan almaklumla dia pun dah tak larat nak masak macam dulu.

Bahan1(untuk ditumbuk) :-
3 - 5 batang Serai
Lengkuas (sikit jer..jgn lebih nanti berbahang) 
1 labu Bawang besar
3 - 4 Bawang kecil
Lada hitam
Garam secukup rasa

Bahan 2 :
Kerisik yang ditumbuk halus
Ikan tenggiri jeruk atau ikan talang digoreng (dibuang tulang dan diperisi (sebutan orang Utara) aka ditumbuk halus supaya hancur daaa)

Bahan 3 (untuk dihiris halus)
Daun pegaga
Daun cekur
Daun sekentut
Ulam Raja
Daun Gajus
Daun kesum (cenehom...panggilan orang Utara)
Daun kaduk
Daun mengkudu
Daun kunyit
Daun kari
Daun limau purut
Daun putat
Daun selasih
Daun ketumbar
Daun lemuni (daun yang sungguh wangi dengan berwarna hijau dan ungu dibawa belah bawahnya..
juga digunakan sebagai air rebusan mandi orang dalam pantang dan paling sedap buat nasi lemak daun lemuni...mmg terbaikkk
Ni ulam2an yg dibeli di Pasar Chow Kit tapi setelah diasing dan diambil yang muda2 jer

Ulam-ulam dihiris sehalus-halusnya
Cara-caranya :

Nasi yang telah dimasak perlu disejukan dalam talam atau besen pun ok gak.  Setelah sejuk masukan bahan 1 dan gaul kemudian masukkan Bahan 3 dan gaul menyeluruh supaya tiada nasi yang putih. Masukkan garam dan Bahan 2 dan gaul lagi.  Kalau tak puasa tu boleh la rasa tapi orang yang berpuasa pun kalau pandai nak merasa makanan pon boleh cubra tapi jangan telan arrrr. Tak cukup lada, tambah ler dan kalau dah puas hati kita boleh la hidangkan...



sedia untuk dimakan..ngapppp!
Akhirnya jadi la juga Nasi Ulam Utara (resepi mak) setelah sekian lama aku berfikir untuk membuat dan pada hari Ahad aku telah BERJAYA!!!  Rasa puas hati sungguh tapi kurang puas hati pun ada gak sebab kurang bau.. Apa2 pun Nasi Ulam ku telah habis dinikmati..

Alhamdulillah...sehingga tahun hadapan kalau dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan Nasi Ulam akan menjadi juadah berbuka..Selamat mencuba



Thursday, August 09, 2012

Harian Metro : 'Belukar' dibakar laser

Hahahaha..nak cerita tapi kena ketawa dulu arr sbb tajuknya memang mengundang pertanyaan..Nasib baik dah lama berbuka puasa kalau x mau tersembur makanan tak pun minuman..Memang editor HM 08/08/12 ni kreatif betul ahhhh.



‘Belukar’ dibakar laser

Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Hasrat seorang wanita untuk membuang bulu di bahagian kemaluannya dengan menggunakan kaedah cahaya laser membawa padah apabila dia terpaksa menanggung kesakitan selepas cahaya laser berkenaan mengakibatkan kemaluannya disahkan terbakar tahap kedua oleh pakar perubatan di sebuah pusat perubatan swasta, di sini, 28 Julai lalu.
Wanita terbabit bukan saja terpaksa menanggung kesakitan sejak 22 Julai lalu, malah turut menghadapi kemungkinan terpaksa menanggung kos perubatan hampir RM50,000 bagi merawat kemaluannya itu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 39, berkata dia mendapat tahu mengenai pakej pembuangan bulu di bahagian sulit secara kekal itu yang dijalankan sebuah pusat kecantikan melalui iklan di sebuah akhbar tempatan dan tertarik kerana harga yang ditawarkan adalah murah pada awal Januari lalu.

“Saya kemudian menghubungi nombor telefon tertera pada iklan berkenaan sebelum membuat temu janji dan menandatangani perjanjian untuk menjalani rawatan selama dua tahun dengan bayaran RM3,500.

“Rawatan menggunakan cahaya nano ataupun laser itu dijalankan sekali setiap bulan oleh pekerja yang sama sehinggalah bulan ketujuh apabila pekerja berkenaan bertukar dan memberitahu tahap laser berkenaan perlu ditingkatkan,” katanya ketika hadir di sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.

Lee berkata, ketika menjalani proses rawatan bersama pekerja baru itu, dia pada mulanya mendapati bau hangit yang kuat serta berasa kesakitan di kemaluannya sehingga menyuruh pekerja terbabit menghentikan proses berkenaan.


Katanya, pekerja terbabit kemudian mengatakan itu adalah perkara biasa dan dia hanya perlu meletakkan ais di bahagian yang sakit itu.

“Bagaimanapun, sehari selepas rawatan itu, bahagian sulit saya menjadi bengkak, kesan kemerah-merahan sebelum melecet sehingga menyukarkan saya untuk berjalan dan tidur. “Risau dengan keadaan berkenaan, saya mengunjungi sebuah klinik kulit dan selepas diperiksa, doktor mengesahkan saya mengalami kesan kebakaran tahap kedua yang menyebabkan lapisan kulit bahagian dalam turut terbakar,” katanya.

Menurutnya, doktor yang merawatnya memberikan ubat tahan sakit yang kuat bagi mengurangkan kesakitan tetapi kesan terbakar pada kemaluannya itu tidak dapat dipulihkan.

Katanya, apabila dia mengunjungi pusat kecantikan itu semula, pemiliknya bersikap lepas tangan dan hanya mahu memulangkan kos rawatan yang telah dibayar sebanyak RM3,500 sebelum ini malah menjelaskan ia bukan kesilapan pihaknya.

“Mereka menyatakan ia adalah risiko yang perlu ditanggung pelanggan dan mereka mendakwa pekerja berkenaan mempunyai pengalaman lebih dua tahun bekerja di pusat kecantikan berkenaan.

“Kini, saya bukan saja terpaksa menanggung kesakitan di atas kecuaian mereka malah saya terpaksa membelanjakan kira-kira RM50,000 lagi untuk menjalani rawatan memulihkan kemaluan saya namun kesan terbakar pada kulit akan kekal selamanya,” katanya.

Susulan kejadian itu, Lee berkata, dia kini sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat kecantikan itu.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong yang turut hadir di sidang media berkenaan menasihatkan semua wanita yang mahu sentiasa kelihatan cantik agar mendapatkan nasihat doktor sebelum menjalani sebarang rawatan yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08

Wednesday, August 08, 2012

PESAN ROH KEPADA MANUSIA..KITA


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : 'Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut'. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : 'Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh'.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :'Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh' . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. 

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : 'Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya' . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. 


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: 'Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku'. 'Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku' . 'Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku'. 


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:'Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku'. 

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. 


Baginda Rasullullah S.A.W berkata: 
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.' 


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: 
'Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. 'Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. 


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: 'Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.' Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. 


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: 'Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.' Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S..W.T . maka malaikat maut pun 
cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. ' Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.' Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: 'Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.' Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: 'Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.' Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: 'Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.' Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang. 

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: 'Roh itu menuju ketujuh tempat:- 


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 


2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 


3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 


4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 


5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 


6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 


7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.' 


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 


1. Orang-orang yang mati syahid. 


2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 


3. Orang berpuasa di hari Arafah. 


Sekian untuk ingatan kita bersama. 


Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 


Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

SELAMAT DATANG RAMADAN

Walau dia pergi tapi kenapa masih ada antara kita yang lebih teruk daripada sewaktu dia  bebas..


Ambil yang baik buang yang buruk

Islam Agamaku : 12 Barisan Manusia menuju ke akhirat


barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt: 'Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.  Mereak yg sombong tidak berbuat kebaikan kepda jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun diakhirat'.  Firman Allah swt ' Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dgn tiada alasan yg benar dari (memahani) ayat2 ku (yg menunjukkan kekuasaanku). itulah balasan tempat kembali mereka adalah neraka'

barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah 'mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya , mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati , mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.'Rasulullah saw bersabda 'sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat , maka di letakkan semua dosanya di atas kepala; kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud , berjatuhanlah dosa2 itu

barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai; perut penuh ular serta kala jengking 'mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.  Inilah balasannya; tempat kembali mereka adalah neraka

barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut 'mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah swt menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman  padang  mahsyar 'mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya; tempat mereka juga adalah neraka

barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

barisan ke-7: diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah; nanah dari mulut mereka mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran

barisan ke-8:diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik , kepala kebawah; kaki ke atas mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah dineraka. sabda Rasulullah 'tiada bersunyi2an antara seorang lelaki; wanita,  melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka'

barisan ke-9:diiringi dari kubur dengan wajah hitam; bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya

barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak dan dipenuhi kusta mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta , gigi panjang seperti tanduk lembu jantan , bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari sisi Allah swt yang memaklumkan 'mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat  lima  waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga , beroleh keampunan, kasih sayang; keredhaan Allah swt.'

BACALAHYASSIN 
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
'Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan', iaitu:
1.
Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti
pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, 'Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya'.

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya.  Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: 'Sesiapa bersembahyang sunat
dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin
dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di
hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di
tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah
orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama
yang lain.



Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa
neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu
sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia


500 duri landak terpacak di muka anjing

Lawak sungguh berita Harian Metro hari ni 08/08/12 pasal seekor anjing yang kena tembakan duri landak...jom layan zasssss



NORMAN: Bella Mae, anjing bulldog berusia tiga tahun dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas diserang seekor landak hingga menyebabkan 500 duri landak melekat pada mukanya.
Doktor veterinar di Norman menjalankan pembedahan untuk membuang duri berkenaan dari kepala dan kaki anjing itu.




Mereka percaya sebahagian duri berkenaan masih berada di dalam tubuh Bella Mae meskipun anjing itu kini pulih daripada serangan itu.

Jerry dan isteri, Allison Noles memberitahu stesen televisyen KWTV bahawa anjing itu bermain dengan haiwan peliharaan mereka yang lain berhampiran kolam keluarga itu apabila mereka berdepan dengan seekor landak.


Keluarga itu percaya landak terbabit berada di kolam mereka untuk meminum air yang kini sukar didapati di Oklahoma.

Pasangan itu yakin Bella Mae berada terlalu rapat dan mencetuskan kemarahan landak berkenaan, menyebabkan ia melancarkan serangan.

Doktor veterinar di Pusat Kesemasan Untuk Haiwan, Leonardo Baez memberitahu KWTV, dia belum pernah melihat serangan landak sebegitu teruk ke atas haiwan peliharaan. - DM
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08

Sunday, August 05, 2012

Gotye ft. Kimbra - Somebody that I used to know with lyrics





"Somebody That I Used To Know"
(feat. Kimbra)

[Gotye:]
Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad that it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and that feels so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

[Kimbra:]
Now and then I think of all the times you screwed me over
But had me believing it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know

[Gotye:]
But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and that feels so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

[x2]
Somebody
(I used to know)
Somebody
(Now you're just somebody that I used to know)

(I used to know)
(That I used to know)
(I used to know)
Somebody

Yesterday, Tomorrow, Today..live life to the fullest!

There are two days in every week that we should not worry about. Two days that should be kept free from fear and appreciation.

One is YESTERDAY, with its mistakes and cares, its faults and blunders, its aches and pains.  Yesterday has passed, forever beyond our control.
All the money in world cannot bring back yesterday.  We cannot undo a single act we performed. Nor can we erase a single word we've said.  Yesteday is gone!

The other day we should'nt worry about is TOMORROW with its impossible adversaries, its burden, its hopeful promise and poor performance.
Tomorrow is beyond our control.  Tomorrow's sun will rise either in splendour or behind a bank of clouds - but it eill rise.  And until it does, we have no stake in tomorrow, for it is yet unborn.

Image result for today

This leaves only one day - TODAY.  Any person can fight the battles of just one day.  It is only when we add the burdens of yesterday and tomorrow that we break down.  It is not the experience of today that drives people mad - it is the remorse for something that happened yesteday, and the dread of what tomorrow may bring!
Let us therefore. LIVE ONE DAY AT A TIME!
Author : Unknown


~~ ABUDEN ~~ Jom layan untuk tenang hati sambil menonton Lee Chong Wei vs Lin Dan

Jom kita layan video ni dalam dok tengah takut, seram sejuk menonton perlawanan antara Lee Chong Wei dan Lin Dan ni..
Dengar-dengar dari suara2 sumbang, Malaysia akan cuti kalau LCW menang? biar betul! Lagipun Selangor memang cuti pun esok sebab cuti Nuzul Quran.  Yang pasti kalau Malaysia dapat pingat emas, Baskin Robbins akan memberi aiskrim percuma untuk seluruh Malaysia..rasa2 mmg x nak pergi arrr dek aiskrim preee tu..

Love this video so much...it makes me laugh and shy too.  Guess everyone have the same experience or maybe similar.  This video was creatively done by Jinny BoyTV.  I dont read much but have seen few videos and its awesome!  Jom ketawa sampai terbahak-bahak!

Friday, August 03, 2012

The fault is not mine!! For fun

Remembered during my childhood years and then when I was a teenage, mommy ask me to behave! But can anyone tell me

Semasa kecil aku menonton Tarzan yang tidak berbaju dan hampir bogel!
Cinderella pulang ke rumah selepas tengah malam sampai hilang sebelah kasut!
Pinocchio asyik asyik bercakap bohong
Aladdin pulak mencuri
Batman memandu 200batu sejam
Snow White tinggal serumah dengan 7 lelaki
Popeye menghisap paip dan bertatu
Pac Man berlari sambil mengikut irama muzik sambil makn pill untuk mengekalkan stamina
dan yang paling hebat Shaggy dan Scooby terlalu misteri menyelesaikan hippies yang sentiasa ada munchies

Adakah aku bersalah??

*****************************************************************************

As a child I saw Tarzan almost naked,
Cinderella arrived home after midnight,
Pinocchio told lies, Aladdin was a thief,
Batman drove over 200 miles an hour,
Snow White lived in a house with 7 men,
Popeye smoked a pipe and had tattoos,
Pac Man ran around to digital music while eating pills that enhanced his performance,
and Shaggy and Scooby were mystery solving hippies that always had the munchies.

The fault is not mine!!!! :))

Thursday, August 02, 2012

#Koleksi Lagu - Chasing the Sun

Don't know why but I like this song (Singer : The Wanted) very much..very simple lyrics, short and easy to sing la.

Let's enjoy the song!

Wednesday, August 01, 2012

Ramadan yang menguji keimanan kita

Memang letih betul hari ni...dengan perihal pejabat dengan nak issue tiket untuk warga gomen..nak ke bank la, nak ke Deutsche Bank la untuk settle BSP..aduyaiiii..kurus tak jugak makin tembun pulak..apa la nasib badan...huhuhu

Image result for august 2012 bulan ramadhan
kita dok rasa letih tapi dalam bulan Ramadan dulu ada peperangan...mereka lebih penat rasanya

Pepagi x la pagi sangat pun penghantar surat saman dari JTK datang sebab ex staff lodge report kat JTK..dah lama tunggu depa antar surat tak tiba2 tapi akhirnya hari ni datang juga la..Tu la nasib badan ingat employ orang yang senior siap bagi gaji besar tapi hampeh..pulak tu penuh dengan masalah...mmg nasib badan dapat staff yang hanya bermasalah dan menarik kita bersama...Memang baik pun mereka berenti kalau tak pun mmg aku akan suruh mereka berenti! Mana tak nya bayar mahal, result ciput dah tu rupanya ada masalah pulak..hampir tahap bangkrap pulak tu..Ish apa la nasib..

Tahun ni aku masa Ramadan ni aku masuk awal 0830 - 1630 supaya senang nak balik masak dan jengah mak dan abah untuk tengok mereka.  Ya la mak mmg dah berapa kali masuk Hospital dek kerana tahap gula rendah jadi kena pastikan mereka makan.  Tapi hari ni terlewat sampai sebab balik lewat 15min kemudian ke pasaraya sebab kata mak cucunya Si Iesha masih berpuasa...ni nak kena beli coklat...

Tak lama tiba dirumah, D'Hubby pun sampai dan ckp dia nak masak.....eh eh macam tetau jer yang kita ni keletihan keluar ke 2 -3 tempat..ni sudah bagus kan..cayang you la D..

Ala apa2 pun dia bukan masak yang major tapi credit kat dia gak sebab wifenya x payah penat daa..Lupa la plak nak story yang dia masakn Ayam Goreng Kicap Utara...memang sedap wehhh..memang penuh dengan bahan2 tak macam wife nya yang ala kadar jer (psttt...masak cara orang malas)

So far tahun ni tak buka posa kat luar lagi..ishh macam malas jer nak makan kat luar..dengan nak bersesak, budak2 tu kekadang x behave dengan Ayong yang kat masih belajar dan tinggal jauh rasa macam not fair pulak..Lauk2 pun x beli sebab rasa aku masak lebih sedap...(perghhh puji diri tu)