Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1433

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih dipanjangkan usia untuk meniti hari-hari bersama keluarga, suami serta anak-anak tercinta di tahun baru ni.  En Hubby pulak outstation dari 12 Nov lagi jadi tinggal lah kami anak beranak.  Semoga tahun ini titik kepada kehidupan kami yang lebih baik dan lebih sempurna serta bagi kami mendapat keredhaanNya.  Semoga beroleh kesihatan dan juga rezeki yang lebih berkat dariNya.

Sudah lama tidak menulis membuat rasa kekok juga walau sebenarnya banyak nak dicoretkan tapi kesuntukan masa membataskan segala.  Akhirnya sempena tahun baru Islam ini berjaya akhirnya mencoret untuk pedoman dan peringatan dan untuk menghayati kemuliaan agama Islam yang cukup sempuran buat kita semua

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH BUAT SEMUA UMAT ISLAM SEDUNIA TIDAK KIRA DIMANA SAHAJA ANDA BERADA

Pengertian AWAL MUHARRAM- MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.Peristiwa-peristiwa penting :~ 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

 DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

 DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan  dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

 

Tuesday, November 13, 2012

Perginya Ayah Mertua..pergi tak kembali

Image result for inna lillahi


12 November 2012 bersamaan 27 Dzulhijjah 1433 sekali lagi dhubby kehilangan orang kesayangannya.. ayahandanya yg telah pulang menemui Illahi di usia 78 tahun di Hospital Jitra.  FIL menetap di Johor sekembali dari umrah dan kemudian akan tinggal dengan kami dan kemudian mungkin anak² yg lain tapi tak sempat menyinggah kerumah kami.  Dhubby dah siap beli katil untuk FIL bilamana nanti turn dia tinggal dengan kami, namun tidak kesampaian.  So far FIL tak ada masalah penyakit lain..cuma lelah

Dan yang pastinya..hari2 mendatang akan berubah 360ᴼ sebab hampir setiap hari dhubby akan telefon FIL bertanya khabar, dah makan, dah makan ubat..dah solat..perbualan, soalan dan ayat² biasa yang sama..itu yg boleh dibuat untuk si ayah tahu yang anaknya mengingati..kasih dan sayang padanya.  Semoga roh ayahanda ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.

Ayahanda Mat Noh Bin Mat Isa
Tarikh lahir : 24 May 1934
Tarikh meninggal : 12 November 2012


sugul wajah dhubby membantu mengkafankan jenazah FIL




dhubby dan anak2 turut sama memandikan jenazah FIL buat kali terakhir



Dato Mukhriz Tun Mahathir menziarahi keluarga..terima kasih Dato
BIL dan Dato Mukhriz Tun Mahathir
sempat lg dhubby ke KLIA untuk ketemua FIL sebelum dia dan BIL serta wife dan anak berangkat menunaikan umrah





Friday, November 02, 2012

01 November 2012 my 20th anniversary

Sedar x sedar dah menjangkau 20tahun rupanya usia pekahwinan ku.  Alhamdulillah kami bahagia dgn cahaya mata yang meningkat naik.  Kali ni surprise gift untuk darling ialah sebuah Galaxy Note yang memang sesuwai untuk org pandangan jarak jauh.  Nnt kita post sbb skrg nak tido zzz.

Love him now snd forever