Friday, May 10, 2013

Dubai 2013 / Part 3 - Perjalanan sehari ke Ras Al Khaimah

10 Mei 2013

Gihan berkali2 cakap nak datang jemput jadi tak la kemana2 juga SSL batalkan lunch date dengan Aslam.  Tapi sebenarnya dah makin berusia ni rasa macam kurang manis pulak kan keluar berdua dengan Aslam walaupun kat negara orang dan jauh dari dhubby dan sanak saudara.

Tunggu punya tunggu sampai nak berjanggut tengahari baru Gihan sampai. Yeaaa akhirnya dapat jugak ke Ras AlKhaimah ni.



Hari Jumaat jadi semua kedai tutup dan shopping mall yang disinggah pun tutup tapi Gihan nak pergi sebab dah terlanjur kesini kan
anak bongsu Gihan buat teringat kat Icha
Sampai rumah Gihan dan mulanya agak segan sebab husband dia jugak tapi both of them are very nice sama jugak 3 orang anaknya yang pemalu.  Gihan dan family ni asal orang Egypt yang dah bermastautin di Dubai tapi mereka lebih suka tinggal di Ras AlKhaimah sebab rumah lebih murah.

Lepas lunch yang sedap sebab ikan bakar yg fresh tapi rasa mual sebab minum air susu masam keke.  Berkali2 Gihan soh tidur kat rumah dia..alamak tak ler sebab first time walau kenal Gihan dah bertahun2.  Lepas lunch, depa bawak SSL ke rumah parents Gihan yang sangat humble walau bapa Gihan tu lawyer.  Dia tinggalkan anak2 dia kat rumah parents dia dan bawa SSL round bandar Ras AlKhaimah.

Kami berhenti kat tepi laut dan kira macam drive thru tapi ni pelayan kedai tu datang dan dengan dulang teh kemudian depa bawak SSL ke shopping mall.  Ingat nak buat apa, rupanya depa suruh pilih abaya...waaa takuttnya sebab harga abaya tu semua mahaiiii walau hati nak la jugakkan.  Finally dapat grab 1 dan siapa testing dan potong ikut ketinggian yang tak tinggi nii haha

Depa bawa lalu bandar Ras AlKhaimah dan SSL sempat tengok lelaki Arab menari dekat kawasan lapang kat dewan perkahwinan..awesome sebab tarian tu sangat slow dan sempat ambil video jugak dan kami pergi jugak kat tepi sungai tapi tak la nampak apa sangat sebab dah malam kan.


yang ni yang untuk perasap dalam rumah
Gihan suruh pilih bau mana yg nak..adehhh bukan kita pandai pun tapi kedai ni memang kedai khas yang jual serba maneka wangian dan harganya erkkk nak tercekik tengok

ole-ole dari Gihan
Tak cukup dengan abaya dan pewangi rumah tu, dibekalkan pulak manisan...aduhh naik kembang muka sebab banyak betul hadiah tuu..syukur Alhamdulillah.  rezeki kan

Bila sampai balik bilik hotel jer dapat call dari Aslam kata dia kena keluar daerah dan tak sempat nak jumpa tapi dia dah tinggalkan sesuatu kat reception.  Balik pun dah jam dekat 11 malam nak keluar wat per kan.  Front office hantar bungkusan dan its perfume..wahhh terujanyaa


Sebenarnya kali ni memang banyak beli perfume sebab bila ATM jer ada warehouse sale so SSL dah beli sorang satu Polo Black - Ayong, Cool Water - Angah, Kak Yang, Kak Chik, Miya dan dhubby.

Time to sleep dengan merehatkan badan yang keletihan

Salam dari Dubai!

Thursday, May 09, 2013

Dubai 2013 / Part 2 - Arabian Travel Mart yang hectic

Assalammualaikum wbt

Akhirnya sempat jugak post cerita-cerita masa kat hari tu.  Fuhh mmg lewat la nk bercerita lagipun bukan ada byk cerita pun sebab rutin yg sama jer bila ke Dubai ni...sales sales dan sales selain berjumpa agen pelancongan luarnegara, makan, shopping, jalan-jalan dan apa lagi kot...penat tu mmg la penat tp sesetengah orang cakap huihh best nooo dapat pi negara orang..yeah mmg best! dan syukur Alhamdulillah 

Jom layan gambar2 la...penat nak menaip dah nii...banyak kerja nak kena buat sebab musim Arab masuk Malaysia...mcm2 depa mintak..hehe

Mr GM, Laila SRT Travel and me

Me, Tourism rep and Laila

Tourism Malaysia reception where you will get lots of brochures and information about Malaysia

pic taken from the podium at Malaysia pavilion

leaving the GM to discuss with client keke


at one of the pavilion showcasing Marilyn Monroe

otw back from lunch...walking back to Malaysia pavilion

traditional musician brought from Indonesia...cant recall from which states lol

Naif Road...shopping timeee.  Need to walk here from our hotel more or less 45 mins...back in Malaysia? no way for me to walk laaa...its nice to walk coz its cooling at night time here and with friends you dont feel exhausted or tired..

abayas and see we have Malaysian hotelier look for abayas

Kak Huda Abdullah sakan tinjau minyak wangi tuu...perfumess

another shop with lots of abayas

kebabs...delicious!

this is our spot for dinner as it is near to our hotel..just walking distance
Ni la aktiviti lepas seharian kat booth berjumpa para client Timur Tengah dan lelain.

Nanti SSL sambung lagi nii...entah la bila kan..

Selamat malam dari Dubai!

Tuesday, May 07, 2013

Dubai 2013 / Part 1 - Bertandang ke Dubai lagi

At last jadi jugak cheq pergi Dubai...kota metropolitan yang dah 3 tahun kot tak dijengah lantaran bebanan kerja..fuhhh skema abis ayat cheq ni..huhu

Bangun awal sbb flight jam 0935 dan yg girls mmg la sangat cerdas part ni bila tiba bab berjalan kan dan yg Ayong kata nk ikut tp dah kalau balik lewat takkan nak gerak..biaq pi la dia tido hehe

✈  KULMCT 0935/1220 ✈ DXB

Sampai kat KLIA, D'hubby drop jer dan tak tunggu sbb mau nak kena saman ka lagipun sesak jugak kat depan terminal tu so no waiting huhu dan they left to their next destination la...pi breakfast ler and as for me dok tercari jugak check-in counter sbb first time naik Oman Air dan yg penting kena wrap luggage bag tu...beg baru beli la katakan walau berinsurans bagai tapi...sayang wooo

Lepas check-in luggage ambik boarding pass terus cari bank nk tukar ke Dirham...pergi semua bank semua offer value yg tinggi 1000 dirham adoiii first time tak tukar ni..tak per la nnt kat Dubai boleh la tukar kat convention hall tu kannn...

Onboard flight...good bye Malaysia

macam ni la situasi kat kaunter Imigeresen
Dah sampaiiii...walau bukan kali pertama ke Dubai ni mmg tak pernah tak teruja dengan jam dinding jenama Rolex kat airport ni dan kaunter Imigresen dia banyak tapi orang yg sampai ke Dubai pun ramai.  By the way gambar ni disnap curi2 tau sbb kalau polis airport memang tak benarkan hehe



Kat airport Dubai ni mmg teruja tengok jam Rolex baik kat balai arrival atau departure atau kat mana2 jer la  maklumlah negara orang kaya kan

Okay..dah lepas Imigeresen, ambil beg dan terus keluar tunggu kereta untuk hantar ke hotel