Thursday, February 13, 2014

Tomyam Ayam

 Jom memasak..



  • 1/4 ekor ayam - potong kecil
  • 3 biji cili padi
  • 4 helai daun limau purut - buang urat daun tengah
  • 2 sudu perencah tomyam
  • 3 batang serai - diketuk
  • 1 biji tomato
  • pelbagai sayuran - saya gunakan carrot & caulifower
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 1 cm halia - ketuk
  • 1 cm lengkuas - diketuk
  • air secukupnya
  • gula dan garam 
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 sudu susu pekat (SSL tak bubuh pun)

Bahan Kisar
  • 4 biji bawang merah
  • 1 - 9 biji cili merah - sesuaikan pedas menurut selera
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai

Cara Membuat Tomyam Ayam Pekat

1. mula-mula panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan harum. masukan perencah tomyam dan gaul hingga sebati. 

2. masukan air kedalam periuk dan masukan pula ayam dan bila ayam agak mulai masak masukan lengkuas, serai, daun limau purut serta halia 

3. Masukkan bawang besar dan sayur. biarkan sekejap.

4. perah limau kasturi dan ambil airnya kemudian masukan gula, garam secukup rasa dan tomato.  Biarkan dalam 5min dan tutup api

4. Akhir sekali, masukkan kedalam mangkuk dan makan dengan nasi putih panas-panas.

selamat mencuba
















Wednesday, February 12, 2014

Resepi Sambal Telur

Hari ni nak share resepi mudah tersangat mudah.  Mungkin semua orang dah tahu membuatnya tapi seperti biasa resepi ni untuk simpanan sendiri dan untuk anak cucu nanti.



Bahan-bahan
6 biji telur direbus (jangan lupa kopek kulit tu)
3 keping asam keping
1/2 gula gerek
Garam secukup rasa


Bahan yang dikisar
15 tangkai cili kering, dipotong dan direndam atau kalau tak suka pedas boleh direbus dalam 5 mini
3 biji cili masak
1 inci belacan - kalau ada resdung, tak masukkan tak per tapi tambahkan bawang besar biar manis
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih


Cara-cara:
Masukkan minyak kedalam kuali, bila dah panas masukkan bawang yang dihiris, bila dah kekuningan masukkan cili yang telah dikisar, dimasak hingga pecah minyak.  Bila dah pecah minyak, tambah air, masukkan gula gerek serta asam keping dan dikacau sampai sebati.  Akhir sekali masukkan telur rebus, digaul sampai sebati dalam lebih kurang 5 minit dan tutup api.  Masukkan garam secukup rasa kita.

Dah sedia untuk dihidangkan dengan nasi lemak ke atau nasi putih.