Thursday, July 23, 2015

Sambal udang dan petai belalang

Yeahh...hari ni nak post pasai antara masakan utk hidangan anak2 dan d'hubby yg masih bercutiii..ni yang paling favorite yg lelain mcm ikan goreng, sayur lemak tu tak payah la post  kan...SSL pasti ramai yang tak pernah makan atau tak tahu pasal petai belalang ni.  Sememangnya SSL tak makan petai tapi petai belalang ni mmg tak boleh tak makan..tapi tak ler byk keke

Meh SSL share resepi mudah ni






Bahan-bahan:
Petai belalang yang telah dikopek dari kulit
300gm udang yang dikopek kulit
Asam keping
1 cawan air
Garam secukup rasa
Gula

Bahan untuk dikisar
15 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan

Cara membuatnya:

  • Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak
  • Masukkan petai dan air dan dimasak dengan api sederhana
  • Masukkan udang dan asam keping, dan biar hingga menggelegak
  • Balik-balikkan udang supaya masuk dengan sempurna dan tutup api
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
Dah boleh la dihidang dengan nasi panas...yummy

Image result for yummy



Kat bawah ni gambar dari cik google sebab SSL tak sempat nak snap pic dari pokok dan waktu petai diperisi..hehe


khasiat Buah petai Belalang 1

khasiat Buah petai Belalang 2

Rupanya petai belalang ni ada khasiat yang SSL pasti tak ramai yang tahu kan..nak tau lebih lanjut sila layari khasiat herba - petai belalang..memang menarik info kat situ

Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.
Akar (kulit akar)
Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.
Khasiat Petai Belalang
Petai belalang kecil buahnya dan boleh di dapati di kawasan kampung.
Khusus bagi mereka yang nak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan.