Monday, August 31, 2015

Kuih Talam Ubi Kayu


Haa kali ni nak kongsi resepi tradisional yg mudah ikut deria rasa sambil2 jengah blog2 yang ada resepi #kuihtalamubikayu untuk pastikan apa yang perlu kat kuih yang dihajati my sweetypie kak yang..maklumla Ummi dia ni bukannye suka buat kuih muih ni sejak azali tp bila anak dah teringin tu kena la cuba lagipun kan lalink d'hubby pasti suka sebab kuih tradisional kan.  Dan yang paling pasti bila makan buatan sendiri tu tak sakit hati sebab tak terpepah pasir mcm dalam sesetengah kuih yang dibeli kemungkinan sebab depa tak tapis gula merah tu huhu



Inilah hasilnya...memang sedap dan puas hati 

Bahan-bahan untuk badan kuih : mestilah ubi kayu kan yang dibeli kat Pasar Keramat, disagat atau diparut jangan lupa pulak buang kulit tau, santan cair, gula gerek (panggilan untuk gula merah yg dibuat dari nira kelapa), daun pandan. Jerang gula merah dengan sedikit air hingga larut, ditapis, kemudian masukkan gula tersebut ke dalam ubikayu dan gaul.  Adunan tu kemudian dijerang diatas api sederhana hingga pekat.

Sementara tu sediakan loyang dan letakkan daun pisang yang disapu minyak (supaya tak melekat)


Bahan1 untuk badan tu bila dah masak dituang kedalam loyang dan kukus selama 30min.  Gunakan lidi untuk pastikan ubi tu dah betul2 masak


Bahan2 untuk kepala kuih : tepung gandum, tepung beras, santan, garam secukup rasa. Campurakan bahan2 tu dan dimasak dalam periuk dengan api sederhana dan tutup api dan biarkan ia sejuk


Tuangkan bahan2 kedalam loyang dan ratakan.  Kukus selama 40min dengan api sederhana.  Jangan lupa letak kain kat penutup periuk pengukus tu supaya air wap tak masuk dalam kuih.

Bila dah sejuk, boleh la potong dengan pisau plastik supaya lebih nampak cantik

Ni blog untuk kuih talam ubi kayu kot2 siapa2 nak tau lebih lanjut cara depa ni buat dengan sukatan yang betul kan...almaklumla SSL ni buat sukatan mengikut trial and error tp selalu menjadik..hehe


Selamat Mencuba