Monday, December 28, 2015

Kuih Putri Ayu...kuih pengikat kasih

Kuih favorite en lalink ni taw.  Dulu masa bujang rajin buat utk jualan masa bulan Ramadan tp bkn SSL yg juai naaa..letak kat gerai kakak angkat Kak Leha yg antara org terawal menetap di Flat DBKL, Setapak Jaya 1A dan la ni dh lebih 20 tahun kot baru buat balik dan rupanya kuih favorite anak dara SSL gak...Kak Yang cakap kuih ni mmg dia suka...yeee sukenyaaa sbb ada la pembantu yg penuh rela..haha



Bahan-Bahan:
3 biji telur
1 cawan tepung gandum
150 g gula
1/2 sudu besar ovallate
1/2 sudu teh baking powder
150ml santan pekat berwarna hijau sebab dikisar dengan daun pandan
pewarna hijau

Untuk acuan
Setengah biji kelapa putih, gaul dengan garam dan tepung ubi

Cara-caranya;
Panaskan pengukus.
Sapu acuan dengan sedikit minyak. Masukkan sedikit kelapa yang digaul dengan tepung ubi dan garam dan ditekan sampai mampat kebahagian bawah.

Tepung gandum dan baking powder dicampur dan diayak.
Dalam mangkuk, pukul gula, telur dan ovalette hingga kembang. Masukkan tepung beserta baking powder, santan hijau.  Kacau hingga sebati.

Sudukan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 5-7 minit.
Keluarkan dari kukusan dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.


Tips:
Untuk mengelakkan wap air jatuh kedalam acuan semasa mengukus, pastikan penutup pengukus tu diikat atau dibalut dengan kain ya.

Selamat mencuba