Wednesday, January 28, 2015

SELAMAT HARI LAHIR KAK YANG...TAHUN NI SPM TAU!

Selamat Hari Lahir Kak Yang..Nur Amanda Najihah...semoga menjadi anak yg solehah dan berjaya dalam kehidupan dan dipermudahkan didunia dan akhirat.  Umi dan ayah love you so much

Semoga berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tahun ni.



Saturday, January 17, 2015

Masak Lemak Putih Pucuk Meranti dan Ikan Cencaru Sumbat bercili

Salam semua..

Dah sekian lama SSL mencari daun meranti aka daun meti sebab tengok kawan sekolah yang dah berhijrah ke Kanada ada post gambar daun yg pahit2 ni..ngee.  Memang respect kat Zuraidah Abu tu sbb dok kat oversea pun boleh bercucuk tanam..dia pajak sebidang tanah tp lupa berapa besar tah la..dia tanam pucuk2 org mmg senang nak dapat kat Malaysia ni.  

SSL ingat dulu mak rajin jugak beli pucuk ni buat masak lemak tp hehe mana la SSL makan kan..udah nama sayur mmg payah nk makan tp sejak mengandung dulu2 kena la makan sayuran kalau tak nak buang air besar akan jadi masalah sbb poop x lembut dan pasti menyakitkan tp lebih seriaus la..haha

Pucuk meranti ni sejenis tanaman herba ni boleh dimasak macam2 seperti SSL masak lemak putih campur telur, masak lemak putih campur ubi keledak, digoreng dan letak ikan bilis, goreng berlada, masak lemak kuning dan jugak masak bening tapi mungkin ada tukang masak lain yg lebih expert dengan cara masakan yg lain kan..



ni la rupa pucuk meranti 



2 ulas bawang merah & 1 ulas bawang putih dihiris, 1 biji cili masak dan 3 biji cili api dihiris.
Pucuk meranti yang telah diambil daunnya dibasuh dan dimasukkan dalam periuk dengan bahan2 yang dihiris tu dan letak sedikit air dengan api perlahan lebih kurang 5min, bila nampak dah lembut, masukkan santan dan kacau dalam 2 minit, pecahkan telur dan tutup api.  Jangan lupa letakkan garam ya.

Kalau rajin boleh buat sambal belacan, regu yang terbaik untuk apa2 jenis sayur masak lemak.  mmg awesome


Bahan-bahannya :
  • 2 ekor ikan cencaru - dibelah belakang
  • 1/2 biji kelapa parut*
  • 6 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 2 biji cili merah*
  • 6 biji cili padi* (boleh ditambah jika suka pedas)
  • 2 sudu besar cili kering* (yang telah dikisar halus)
  • 3 sudu besar air asam jawa*
  • Sedikit belacan*
  • Garam 
  • Gula
  • Sedikit minyak 
Cara-caranya :
  1. Ikan cencaru dibelah belakang, bersih dan toskan.
  2. Tumbuk atau kisar bahan-bahan yang bertanda *
  3. Bahan2 yg dah ditumbuk tu disumbat kedalam ikan hingga padat
  4. Panaskan sedikit minyak didalam kuali, goreng ikan cencaru dengan api yang sederhana
  5. Goreng hingga garing dan terbalikkan ikan tersebut setiap 5 minit 
  6. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Tips : Ikan yang telah disumbat tu boleh jugak dipanggang dalam oven atau dibalut dengan daun pisang dan dipanggang menggunakan pemanggang ajaib pun sodap.

Selamat mencuba

Monday, January 12, 2015

AlFatihah...perginya anakanda Rohani

Waktu kat kedai nak beli nasi lemak, tetiba hp berbunyi..ehh en lalink call.  Bila dijawab bunyi dia kurang jelas sbb dia menangis..Ya Allah..anak saudara dia yg juga tailor peribadi baru saja dijemput Ilahi..Inalillahiwainnaillahirojiun. Aduhh lemah jadinya bila dengar berita yang sungguh memeranjatkan kami semua.  Allah lebih mengasihinya

Pemilik nama Rohani Bt Ahmad aka lebih dipanggil dgn nama Kak Lang dek anak² dan adik² saudara, Umi kepada 3 cahayamata Aiman, Farhan dan Adam yang sebaya Aca.  Dia dah lama jugak sakit dalam perut..rasanya kanser usus kot sbb perut dia kekdg buncit dan cepat mengah tapi mmg insan yg akan dikenang sbb sungguh ceria dan ringan tulang

Sampai ke rumahnya dah penuh dengan saudara mara dan sepupu dan ditengah rumah sekujur tubuh ditutupi kain batik...kaku dan nampak Adam masih berpakaian baju sekolah..hari pertama persekolahan dan Nan suami arwah telah ke balai untuk buat report.  Suasana hiba dan sayu..tertanya-tanya bila dan cerita kematiannya yang masih samar-samar..tak per tunggu Nan balik nanti tau la cerita sebenarnya..

Lewat tengahhari polis datang untuk buat pengesahan dan kebenaran sebab Kak Nah bonda Kak Lang mahukan jenazah anak perempuan tunggal dia dikebumikan di Kedah.  Kemudian jenazah di bawa ke Masjid untuk dimandikan sebelum dihantar pulang.  SSL pun ambil kesempatan untuk memandikan arwah kerana dia mmg selalu dekat dihati dan mmg kesayangan semua orang dengan ciri-ciri yang baik.

Usai selesai dimandikan, dikafankan jenazah dibawa menaiki kenderaan terakhir menuju kampung halaman.

Anakanda Rohani Binti Ahmad
Tarikh lahiri : 02 Julai 1968
Tarikh meninggal : 12 February 2015

Yang pasti kami akan merinduimu Ani...rindu masakan..rindu riuh rendahmu..rindu segalanya..keramahan..kebaikan..semuanya..Semoga rohmu tenang dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan para solehah.

Teringat dulu Ani teringin nak anak perempuan..acah-acah curi senduk kononnya kalau nak anak perempuan kena curi senduk dari rumah orang yg punya ramai anak perempuan..hahaha..


kenderaan terakhir untuk pulang ke kampung

16 Sept 2014 sewaktu datang ke kenduri anak kakak di Antara Gapi
Arwah Rohani dan anak sulung Aiman

gambar di Bukit Bendera tahun 2011


Monday, January 05, 2015

Tips untuk lock folder dalam Windows 7

Hi,

Anda nak kunci (lock) dan letak katakunci (passoword) pada file simpanan dalam Windows 7?  Pastikan anda adalah Administrator dan punya beberapa akaun dalam Window 7, kemudian blok beberapa folder penting atau sulit yang tak boleh dibuka dan dibaca orang lain.  Setiap kali ada penceroboh atau anda sendiri nak buka kena masukkan katakunci kalau tidak memang tiada siapa boleh membukannya

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh komen dan saya akan kembali membantu. InshaAllah

Do you want to lock and password protect your important folders in Windows 7? If you are an administrator and have multiple accounts set up in Windows 7, then you can block few important folders so that they can not be accessed by other users. Every time the blocked folder will be accessed, it will ask for administrator password. Therefore the folder will be locked permanently unless you don’t remove the lock yourself.


To lock a folder, right-click on that folder and select Properties. Now navigate to Security tab, and clickEdit as shown in the screenshot below.
security settings
A new window will pop-up, now under “Group and User Names”, select the user from the list whom you want to deny access to a specific folder, now under “Permissions for Users” check the Deny checkbox next to Modify(all other checkbox will get ticked automatically) as shown in the screenshot below.
deny access

atau layari :
http://www.addictivetips.com/windows-tips/how-to-lock-and-password-protect-folder-in-vista/