Saturday, September 26, 2015

Resepi Bubur Kacang Hijau buat tetamu

Sempena walimatulurus anakanda Afif Syahmie dan Diyana pada 26 September yang lalu, SSL teringin nak buat bubur kacang hijau dan pulut hitam sebagai manisan untuk tetamu yang meraikan raja sehari ni.

So sila la cuba resepi mudah ni, mungkin ada yang dah tahu cara nak membuatnya kan

Bahan-bahan
  • 5 kilo kacang hijau
  • 1000ml santan kotak
  • 500ml santan pekat
  • 5 ketul gula kabung
  • 1/2 kilo biji sagu - direndam 
  • 1.3 kilo gula putih
  • 3 inci hali - diketuk
  • Air
  • Garam 
  • Daun pandan - disimpul
Cara membuatnya :
  • Kacang hijau direndam semalaman hingga kembang (sebaiknya 8 jam sebab banyak), dibasuh dan ditoskan
  • Kemudian dimasukkan kedalam periuk berserta air, tak perlu banyak sebab dah kembang, direbus dengan halia dan daun pandan, dikacau hingga mendidih
  • Masukkan gula kabung dan gula putih serta dikacau
  • Pastikan kacang hijau dah benar-benar kembang, baru masukkan santan, dikacau lagi, masukkan air jadi tak terlalu pekat
  • Masukkan biji sagu, dikacau supaya biji sagu tu tak melekat dan akhir sekali letakkan sedikit garam untuk menambahkan rasa lemak. Tutup api
Tips : 
  • santan tak dimasuk awal sebab tak nak santan pecah minyak, tapi ada yang bubuh santan sama masa merebus.  
  • Ada yang suka cicah roti atau biskut kedalam bubur ni, ikut selera masing2 kan.


nak resepi bubur pulut hitam ni,,,klik kat gambar
Kalau untuk makan seisi keluarga yang  4 - 5 orang tu boleh cuba resepi kat bawah ni

Bahan:
  • 300 gm kacang hijau
  • 2 cawwn santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 3 sudu besar sagu
  • 1 1/2 senduk gula pasir
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 3 inci halia
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara membuatnya:
  • Kacang hijau direndam semalaman hingga kembang, dibasuh dan ditoskan
  • Kemudian dimasukkan kedalam periuk berserta air, tak perlu banyak sebab dah kembang, direbus dengan halia dan daun pandan, dikacau hingga mendidih
  • Masukkan gula kabung dan gula putih serta dikacau
  • Pastikan kacang hijau dah benar-benar kembang, baru masukkan santan, dikacau lagi, masukkan air jadi tak terlalu pekat
  • Masukkan biji sagu, dikacau supaya biji sagu tu tak melekat dan akhir sekali letakkan sedikit garam untuk menambahkan rasa lemak. Tutup api
Selamat mencuba

Sunday, September 13, 2015

Projek Motivasi..Himpunan Motivasi Diri

Hari Ahad hari untuk bermalasan kononnya..tp dek tersedar awal sesambil meng'upload' photo2 lama ke Picasa, Photobucket, Flickr tu rasa sempat kot post niat dan angan2 yg diqalbu tapi asyik tak menjadi jer haha..

Bukan apa ingat nak buat post atau copy paste jer mana2 text atau image motivasi untuk kekuatan diri, jati diri, supaya menjadi lebih kental, hebat, tabah, berani fuhh takut pulak bila baca text sendiri ni...SOOOO hari ni la kita mulakan kannnn...

Selamat melayan!



SUMBER : CIK GOOGLE LARR

Friday, September 11, 2015

I remember Him


When TV came to my house. I forgot how to read books.

When the car came to my doorstep, I forgot how to walk

When I got the mobile in my hand, I forgot how to write letters.

When computer came to my house, I forgot spellings.

When the A C came to my house, I stopped going under the tree for cool breeze

When I stayed in the city, I forgot the smell of mud

By dealing with banks, I forgot the value of money.

With the smell of perfume, I forgot the fragrance of fresh flowers.

With the coming of fast food, I forgot to cook dal and rice.

Always running around, I forgot how to stop.

And lastly when I got watsapp, I forgot how to sleep...

When I complain about the taste of my food
I remember Him
Muhammad ﷺ

who used to fasten some stones on his stomach to hold on his hunger

When I complain about how less clothes I have
I remember Him
Muhammad ﷺ

who had only two pieces of clothes for the rest of His life

When I complain of how uncomfortable my bed is 
I remember Him
Muhammad ﷺ

who slept on the palm frond and coarse cloth in his entire life

When I become so miser to give and share with others..
I remember Him
Muhammad ﷺ

who used to give his everything that he almost left nothing for himself

When I think of how poor I am
I remember Him
Muhammad ﷺ
who loved the poor so much and said to be with them in jannah, it cheers me up

When I'm upset of those who hurt me
I remember Him
Muhammad ﷺ

who had mercy on those who did evil to Him

When I think of those who hate me
I remember Him
Muhammad ﷺ

who always prayed for those who had insulted Him

When people don't thank me for what I do
I remember Him
Muhammad ﷺ

who reminded me that the best reward is from Allah's side

When none loves me..
I remember that I have Him
Muhammad ﷺ

who loves me for thousand years

When I think of how miserable my life is..
I remember Him
Muhammad ﷺ

who had more struggle life than mine, and it strengthens me

May peace be upon Him, my beloved
May peace be upon Him, my role model
May peace be upon Him,
My Rasool Allah Muhammad ﷺ

May peace be upon Him  He's the best example
for our lives!....


Above is one of the Best Ever Message I have Received.
Kindly circulate this in ur friend circle and other groups...

#copypaste from unknown

Tuesday, September 08, 2015

Jom ke Panggung tengok Polis Evo


haa Shaheizy Sam jadi polis? ngee tak boleh bayangkan kot...teringat2 terimbau2 dia berlakun dalam Adnan Sempit dan adakah dia akan jadi polis yg hebat..Filem gandingan Shaheizy Sam (Insp Khai) dan Zizan Razak ( Insp Sani) arahan pengarah Ghaz Abu Bakar yang dijangka meletup dan untuk tayangan pada 17 Septemer ni..jom ke panggung wehh...


Haa..nampak sado kan si Sam ni..

"Kalau di Amerika Syarikat, filem sebegini dipanggil sebagai karya pecah panggung maka saya secara peribadi melihat ia mempunyai persamaan. Filem ini mempunyai sokongan daripada pelakon dan tenaga pekerja yang terbaik di Malaysia. Jadi saranan dan nasihat saya, filem ini harus ditonton. Kalau tak tonton memang rugi," katanya penuh teruja.



Meh layan teaser ni...yukkk


Sunday, September 06, 2015

Its my 46th birthday...yeah dah 46 tahun

Walau 04Sept dah 2 hari lepas tp tak sempat nk post ..macam la sibuk nau kan tp kena post gak sebab teruja sangat haha...teruja sebab dalam birthday wish dari bapa angkat ◔◡◔ Erwin Emil Gruninger mantan boss lama masa kerja kat AEG Westinghouse yang dapat kontrak buat LRT Fasa 1..boss yang sangat baik, sangat kebapaan, tak kedekut walau dia bukan orang kita..He is German and sebab tu la SSL tabik spring teknologi German dan boleh bertutur bahasa German bila perlu...ada sijil lagi hehe.  Aduss terimbau kenangan pulak kejap.

masih dgn panggilan binti bermaksud anak perempuan..hanya dia yg boleh panggil gitu katanya..

gif dari seorang kawan kat pets game
Kat office mmg saja buat donno sbb own birthday ni baik senyap2 sbb segan nak dapat hadiah ke kek even dapat wish pun rasa malu..almaklumla SSL ni kan pemalu kekeke tp kalau part nak celebrate BD staff mmg rasa teruja..hehe. Alkisah SSL pulak terkezut sebab ada surprise cake by mummytobe Liez

thanks for the cake..wahhh kembang2

Tak ada celebration pun kat rumah sebab lalink d'hubby sibuk rehersal kat Festival Filem Malaysia 2015 tp kawan si Ayong belanja KFC..hehe thanks Tyra for the treat.

First and foremost terima kasih pada mak yg melahirkan 46 tahun dulu ;) dan membesarkan hingga kira berjaya la jugak jadi manusia, jadi seorang ibu kepada 6 anak2 dan terima kasih abah kerana memberi kasih sayang dan mak dan abah always be there utk SSL walau sekarang dh ada suami dan soon nak dapat menantu hehe. ..semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik, dibukakan pintu rezeki, diberkati dalam menjalani kehidupan bersama suami dan anak2 tersayang hingga ke Jannah...Aamiin


Saturday, September 05, 2015

Kerabu Timun Bersantan

Sejak semalam dah lama teringin nak buat kerabu timun dan dok berlegar2 nak buat jelatah timun campur lobak ke timun dengan ikan kembung rebus ke timun dengan bawang ke..ntah la macam2 pulak dok terfikir nak buat kan.  Tapi sebab hari ni hari Sabtu, ke pasar beli santan fresh so the best ialah buat kerabu timun bersantan yang bila makan mmg berpinggan2 hehe.  Jom tengok cara mudah nak buat kerabu ni



Bahan-bahan:
7 batang cili kering, dibuang bij, direndam dalam air supaya lembut *
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
Segengam udang kering (SSL buat sendiri sbb yang beli tu baunya pelik)**
1 sudu lada hitam *
Garam secukup rasa

*ditumbuk hingga lumat
**ditumbuk dengan agak kasar

2 biji timun disagat/parut
1 labu bawang besar dimayang
1 cawan santan pekat

Cara-caranya:
  • Timun dibuang kulit dan disagat/parut dan diperah airnya.
  • Bahan yang ditumbuk tu dimasukkan dalam bekas, masukkan timun dan bawang besar - digaul rata dan akhir sekali masukkan santan, digaul hingga rata
  • Masukkan garam secukup rasa


 Selamat mencuba!