Wednesday, October 28, 2015

Anda stress dengan kerja? Jom Menari ..AH AH AH..HAHAHA

Seronoknya depa ni boleh menari2 lagi kan kat dalam ofis...dah macam kat Jepun yg dulu2 org dok sibuk cakap org Jepun ni excercise sebelum mula kerja..

Terasa rindu pulak nak kerja kat corporate ofis mcm dolu2..tapi apa kan daya SSL dah lama tinggalkan dunia corporate ni dan tak dak siapa kot nak ambik huhu.  Anyway I had great experience kat big gigantic corporate office untuk simpanan dalam kenangan.

Kalau tak silap ni kat technology company Accunture di India..

Pastu meh layan tarian merapu depa ni untuk kurangkan stress..hahaha

Apa lagi jom kita menari2..joget2...senaman sikit2..hahaha

Respect not Attention!



Tuesday, October 20, 2015

Masak lomak sardin dlm tin

Entah rasa malas betul dah pulak ikan, daging dan ayam masih keras kat dalam fridge tu jadi terfikir la pulak nak masak lauk yang simple dengan apa yg ada dan jeng..jeng..jeng terfikir nak masak sardin masak lomak cili sardin tin yang Zety Zainal siadik ipar pernah buat. #resepibarucuba #cubaresepiipar 


Bahan-Bahannya : 

1 tin sardin Ayam brand atau apa brand pun xper la
8 biji cili api - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
daun kunyit
5 biji belimbing buluh
asam keping - dibasuh 
santan
2 cawan air

Cara-cara:
Masukkan bahan yg dah dikisar dalam periuk bersama air, daun kunyit dan asam keping dan dimasak hingga kering.  Jangan sampai kering kontang udah la ya. Kemudian masukkan santan dan tambah air tapi jangan sampai cair sangat.  Kemudian masukkan sardin (pastikan sardin diasing dari sos ok) dan masukkan asam belimbing dan rendih selama lebih kurang 10min dengan api perlahan dan tutup ler.  Kemudian hidang dengan nasi panas...yummy

Tips : bagi yg nak letak kentang tu pastikan kentang tu dimasak bersama dengan bahan2 yg dikisar sebab nak pastikan kentang tu empuk ya.

Selamat mencuba




Wednesday, October 14, 2015

Resepi - Nasi Tomato

Seronok sebab abah dengan mak nak datang mak tengahhari kat rumah tapi dhubby pulak tak de sebab kerja.  Alhamdulillah seronok dapat jamu mak dan abah sambil bercerita macam-macam dan kali ni SSL masak nasi tomato dengan ayam masak merah dan jelatah sebagai menu makan tengahhari  ^ ^


Bahan-bahan
5 pot beras biasa atau beras bashmati - dicuci dan ditoskan
1 1/2 sudu minyak sapi atau mentega atau marjerin
1/2 cawan susu cair
air - ikut sukatan beras 
4 biji tomato - dipotong dadu
daun pandan - disimpul
daun ketumbar (kalau suka)
3 ulas bawang putih *
4 ulas bawang merah *
1 inci halia *
2 biji buah pelaga *
2 kuntum bunga lawang *
2 kuntum bunga cengkih *
1 inci kulit kayu manis *

Cara membuatnya:
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia didalam periuk yang berisi minyak sapi sampai naik bau dan berwarna kuning
  2. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
  3. Masukkan tomato dan tomato puri, digaul rata
  4. Masukkan beras beserta air, daun pandan  dan susu cair didalam periuk nasi serta garam
  5. Bahan yang ditumis tadi dicampurkan kedalam periuk nasi dan dikacau hingga sebati dan ditutup biar masak macam biasa
  6. Masukkan daun ketumbar (kalau suka)
  7. Buka penutup periuk dan kacau nasi dengan perlahan-lahan supaya nasi tidak hancur
  8. Tutup air dan hidangkan untuk dimakan
Selamat mencuba

Salam Maal Hijrah...1436-1437

Salam Maal Hijrah 1436 - 1437 dengan tema Perpaduan Nadi Transformasi NegaraImage result for maal hijrah 2015 malaysia

Be an Expert



Abah dan Mak in the house!

Seronok dapat makan dengan mak dan abah hari ni..SSL cuma masak nasi tomato, jelatah timun, ayam masak merah dan tengok abah dan mak makan dengan berselera sekali.

Alhamdulillah SSL masih punya Abah dan Mak untuk bermanja dan semoga mereka dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat.

Sayang Mak dan Abah hingga ke Jannah

Terima kasih Mak dan Abah sebab rajin datang menjengah walau anak dia ni dah ada orang jaga pun ;D


Sunday, October 11, 2015

Lemon untuk sakit jantung ?

Related image

Jom kita cuba ubati sakit jantung dengan lemon

Anda boleh elakkan dari saluran jantung anda tersumbat dengan ramuan asli yang anda boleh buat sendiri dirumah :

Adakah anda tersiksa dengan Sakit Jantung?
Atau anda telah d nasihatkan untuk menjalani pembedahan Angiography atau Bypass?
Tunggu dulu…..

Sebelum anda menjalani pembedahan Angiography atau Bypass, anda hendaklah mencuba dengan yakin ramuan ini.
In sya Allah, anda akan sembuh. In sha Allah.
Pada18 April '13, saya d kehendaki untuk pergi ke Sahiwaal (Pakistan) dari UK untuk menghadiri majlis tahunan Khatme-e-Nabuwat (jemaah tabligh).
Sebelum itu, saya telah mengalami sakit yg amat sangat di dada kiri di bahagian jantung dn kesakitan ini berterusan buat beberapa waktu.
Saya kemudianya bertemu di Pakistan dengan Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Sahib dan memaklumkan kpd nya bahawa doktor telah mengesan 3 saluran injap darah tersumbat semasa melakukan Angiography keatas saya, dan memaklumkan tarikh pembedahan Bypass keatas saya yg akan dijalankan dlm masa sebulan.
Dalam pada itu, seorang sahabat jemaah, Encik Hakim telah menurunkan ramuan saperti dibawah yang saya amalkan selama sebulan.
Sehari sebelum pembedahan Bypass akan d jlnkan saya tiba di Cardiology Hospital, Lahore (Pakistan) dan membayar deposit Rs. 225,000.00 bagi menjalani pembedahan ini nanti.
Selepas memeriksa keputusan x-ray sebelum ini dan x-ray yg baru dibuat untuk melihat keadaan semasa saluran injap jantung saya, Doktor-doktor yg memeriksa saya bertanya samada saya ada mengambil apa apa perubatan selepas kali terakhir ujian saluran yg telah saya jalani. 
Saya katakan kpd nya bahawa En. Hakim Sahebs telah memberi ramuan ini.
Doktor doktor merasa terkejut dgn keputusan semasa saluran injap saya dan memaklumkan bahawa keputusan lapuran terkini, kesemua saluran injap telah terbuka dan berfungsi secara normal dan tiada pembedahan perlu d jalankan. Wang deposit saya di kembalikan dan saya disuruh pulang.
En Hakim Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Saheb sendiri, telah menyediakan ubatan ini untuk ku dan juga memberitahu saya ramuan ramuan nya serta cara penyediaannya sapertimana di bawah:
1 cawan jus lemon
(1 Cup Fresh      Lemon Juice)
1 cawan jus halia
(1 Cup Fresh Ginger Juice)
1 cawan jus bawang putih (1 Cup Fresh Garlic Juice)
1 cawan Cuka epal
(1 Cup Apple Cider Vinegar)
3 cawan madu
(3 Cups Honey)
Bancuh kesemua ramuan tadi -
jus lemon +jus halia+jus bawang putih+cuka epal (kecuali madu) dan jerang (panaskan) perlahan lahan selama setengah jam sehingga kirakira 1cawan kandungan campuran tadi telah terwap keluar (evaporate) dan hanya tinggal 3 cawan sahaja.
Selepas itu, biarkan ianya sejuk dan masukkn 3 cawan madu ke tiga tiga cawan tadi.
Isikan ke dalam balang bersih dan minumlah sebanyak 3 sudu teh ketika perut kosong setiap pagi.
In sha Allah, dengan izin Allah anda akan sembuh.
(Dari Mufti Mohammed Kantharvi. London UK)
Diedarkan oleh AYP (Azaadville) untuk berkhidmat buat semua insan.
Semoga khidmat kecil ini diterima Allah.
Mohon dibuat salinan dan di edarkan kpd warga tua dan kepada mereka yg tiada talian perkhidmatan email
Andai hanya seorang sahaja yang dapat manfaat nya, anda akan di anugerah Allah setinggi tingginya. Anda tidak akan tahu, berapa ramai yang akan dapat manfaat dan faedah dari ramuan perubatan ini.
Mohon dipnjangkn pesanan ini ke seramai insan yang boleh. Terima kasih.
Diterjemahkan oleh:
ismailchedin, melaka. Oktober 2014.
C&P
MOHON PANJANG KAN WAHAI SAHABAT.....
ZY 1500 7/8/15

Friday, October 09, 2015

Good Luck my darling...selamat berlibur di Bali ya hehe


Ish ish letih sungguh nak layan en lalink ni berkemas...ada pulak nak bawak bagpack dia pi Bali pastu tanya pulak luggage bag yg medium size tu yg ntah kat mana kot menyorok hihi.  Nak bagi luggage bag yg 30kg tu huihhh dia ckp besaqq hurmm.  Last2 bagi beg grey ni pun dia kata besaq aduyaiii.  Dah dia selalu outstation bawak bagpack dia jer ni nak gi oversea cik abang oiii.  Yang pasti shopping pasti bikin bagasinya tidak cukup ruang.


Hero and heroin yg ikut nak tolong check-in...kononnya laaa
Amboii tersengih sakan nooo my D'hubby ni nak pi Bali. Kali ni bagi my lalink pi Bali sebab grup yg dia kena jaga ni grup pelukis2 otai Malaysia selama 6hari kat sanun tu. 




Semoga selamat pergi dan selamat kembali naaa

Saturday, October 03, 2015

Visit and meeting at APS Galerry

01 Oct 2015, rushing back home in rainy day and then out as promised to meet up with the client for making presentation on their coming trip to Bali.  Its bit difficult to look for APS studio even Taman Tasik Titiwangsa is nothing new to us but we made it..in fact we reach much earlier than scheduled.. ^ ^

Alhamdulillah the Q & A session runs smooth..was good meeting and things runs well.

As for Aca...she is to eager taking photos to the art by superb artist...the art looks so real and pricey ofcourse as these art are their bread and butter..for some.

so they are going to Bali this time for the same thing...painting and then will have exhibition and sell their masterpiece!

Enjoy the photos ok..i dont details who are the artist and the prices..just photos for sharing and if you guys would like to buy below the address:

Angkatan Pelukis SeMalaysia
Jalan Kuantan,
Taman Tasik Titiwangsa
opposite Sany Char Kue Tiaw

tips: you will see an old bungalow house more like chinese house and if you are looking to learn the art, check with them..adieus










this picture similar to Tourism Malaysia photo 2015...awesome







Thursday, October 01, 2015

OKTOBER--BULAN KANSER


buat cucunda Fia Adryana atau baby Yana dan semua pesakit2 kanser di Malaysia dan diserata dunia..semoga anda tabah.  Khas untuk baby Yana..semoga cepat sembuh ya sayang

OKTOBER..BULAN MEMPERINGATI PESAKIT KANSER