Monday, February 08, 2016

Resepi : Kerabu Tembikai

Kerabu ni SSL belajar dari late MIL waktu balik sana dulu dan dah banyak kali buat cuma baru ni berkesempatan nak catat untuk anak2 atau sesiapa jer yg baca ni kan

Suku biji tembikai yang dah diambil isi untuk dimakan atau pun buat air tembikai yg slurppp nyaman kan hehe jd tembikai tu cuma tinggal bahagian yg putih tp ada la sikit2 merah (mcm gambar sebab SSL akan scoop out isi bukan potong macam kat kedai tu. Hiris setengah biji bawang besar atau 2 ulas bawang merah, 3 biji cili api atau cili merah, sedikit belacan dan sedikit garam.  Banyak mana belacan tu terpulang mengikut berapa banyak isi tembikai tu.

Semua bahan2 tu dicampur dengan isi tembikai dan gaul macam kita gaul nak buat air asam untuk ikan bakar tu ya.  Pastikan belacan pun larut la jugak kalau tak haaa naiyaa bila terkunyah belacan kannsss

bahan2 dicampur sebelum digaul ya

kerabu dah siap untuk dihidang dan dimakan dengan nasi panassss