Saturday, March 12, 2016

Resepi : Asam Rebus Batang Keladi

Memang ramai orang yang pandai dan suka buat asam pedas keladi tapi bagi SSL asam pedas batang keladi yang selalu SSL rasa kat kedai tak sama dengan dengan yang mak dan MIL buat.  They are my special people in my life.  In remembrance to them SSL sharekan resepi mak dan late MIL dalam 1 masakan yang mmg favourite the girls especially my applepie Iesha.  Mak SSL masak dengan jintan macam dia masak kuah laksa dan MIL masak dengan memasukkan isi ikan kembung yang direbus.

Jom check it out !


Bahan-bahan:
  • 3 ekor ikan kembung
  • seikat batang keladi (dibasuh, dipotong dalam 2 inci atau terpulang)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • sedikit daun kesum
  • garam, gula, aji-no-moto
  • asam keping
Bahan untuk ditumbuk:
  • 3 ulas bawang merah, 
  • 2 ulas bawang putih, 
  • 1tsp jintan manis, 
  • 1tsp jintan manis, 
  • 1/2tsp lada hitam, 
  • 8-10 biji cili kering, 
  • 5 biji cili api
Cara-caranya :
  • Rebus ikan kembung, bila dah masak, keluarkan dari periuk dan letak dalam pinggan.  Kalau dah sejuk kita perisi macam kita nak buat laksa ya
  • Dalam periuk yang lain masukkan asam keping dan batang keladi rebus sampai lembut. Toskan
  • Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi dengan sedikit air, daun kesum, asam keping, renih dalam 5 minit, masukkan ikan kembung rebus yang telah diperisi dan ditumbuk dan masukkan batang keladi serta ubi keladi tu.  Masak dalam 10 min dan bila dah mendidih tutup api.  Jangan lupa letak garam dan sedikit gula dan aji-no-moto (kalau tak bubuh pun x apa) sebagai bahan perasa.
Yeahh...dah siap untuk dihidang. Selamat mencuba!