Saturday, March 26, 2016

Resepi Kuih Lopes..favorite mak dan abah

Assalammualaikum wbt..hari ni dh siap kuih tradisional kegemaran mak dan abah...untuk dihidang semasa sesi chitchat adik beradik seperti setiap Sabtu..

Mak dan Abah pun makan dengan banyak dan suka hati sungguh ya la buat sendiri ni boleh buat banyak dan guna bahan yang kita pasti tak ada bahan awet ke pewarna ke sbb guna daun pandan belakang rumah, daun pisang pokok sendiri, pengukus pun sendiri punya ..haha udah melalut pulak teman ni kann..

Jom tengok resepi mudah yang semua orang boleh buat...let's go!

Bahan-bahan:
  • beras pulut dibasuh dan dimasukkan dengan air daun pandan (daun pandan dikisar dan ditapis untuk ambil airnya) SSL tak guna pewarna dan kalau nak nampak hijau cantik pada kuih lopes pastikan ambil daun pandan yang tidak terlalu muda.  Air disukat macam kita masak nasi biasa, letak secubit garam dan tanak hingga masak. Bila dah masak, biarkan ia sejuk sekejap
  • Sementara tunggu pulut masak, ambil daun pisang dan dilayur keatas api, supaya daun pisang tu lembut dan tidak pecah.  Daun pisang dilap dengan kain bersih dan dipotong bahagian atas dan bawah lebih kurang dalam 8 inci lebar.
  • Sendukkan beras pulut tadi keatas daun pisang, terpulang besar mana  (agak2 dalam 21/2 inci) nak jadikan dia, digulung dengan daun pisang dan diikat kedua-dua hujung dengan tali atau benang dan selesai semua gulungan, masukkan kedalam pengukus dan dikukus dalam 45min - 60min.  Buka penutup untuk ia sejuk dan boleh dihidang.
  • Sementara itu masak air gula kabung atau gerek atau gula merah (SSL guna gula gerek sebab lebih bersih..ni cara org terlebih rajin sebenarnya hehe) diletakkan daun pandan supaya berbau wangi. Bila dah cair, tutup api dan pastikan air gula tu tidak terlalu cair
  • Kelapa parut ambil yang bahagian putih, diletakkan sedikit garam diletakkan kedalam pinggan dan dipotong kuih lopes dengan benang dan digaul hingga kelapa rata menutupi kuih lopes.
  • Ambil pinggan masukkan kuih lopes, letak air gula, letak sudu..dan makan ler..
Mudah kan...selamat mencuba!


sepinggan lopes siap dihidang dan sepinggan sedia untuk dimakan.

kelapa parut bahagian putih dan sedia menerima potongan lopes..^ ^



potong kuih lopes ni kena guna benang, kalau guna pisau, nanti pulut tu melekat  dan potongan pun tak cantik

dah siap dikukus, tunggu sejuk sebelum dikeluarkan