Friday, June 03, 2016

Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api

Minggu lepas kat Pasar Keramat ternampak cendawan kukur tetiba teringat nak beli sbb dalam otak teringat mak dulu rajin masak cendawan kukur atau org Kedah panggil kulat sisir.  Harga mmg tak la murah kalau 100g RM5 kanss. 

Kalau mak dulu dia buat goreng bercili dengan campur telur atau dia goreng kunyit..mmg marvelous ...mmg awesome 
Add caption
ni la rupa kulat sisir atau cendawan kukur 

BAHAN - BAHANNYA :-)
200 gram cendawan kukur segar, bersihkan dan rendam
1 genggam ikan bilis 
2 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3 cawan cili padi kampung (boleh kurangkan)
1 inci kunyit hidup, pilih kunyit yang tua
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih


CARA MEMBUATNYA :-)


  • Cendawan dibasuh dan ditos.  Ada sesetengah orang akan tumbuk cendawan untuk bagi pecah2 sikit² tapi jangan sampai lumat pulak ya
  • Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam periuk berserta air, serai yg dititik dan cendawan.  Gaul rata dan masak dlm 5-7min biar bagi sebati.  Kemudian tuangkan santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. 
  • Masukkan ikan bilis yang ditumbuk berserta dengan asam gelugur.  Masak hingga cendawan jadi lembut
  • Tuang pati santan, kacau rata dan masukkan garam secukupnya (ikut kesukaan ler ya) dan sedikit gula.  Biarkan dalam 5-10 tapi jangan bagi pecah minyak. Matikan api dan sedia untuk dihidang!