Monday, June 20, 2016

Lala Pedas Masam Manis




Bahan-bahan:-
  • 600gm lala - dibersihkan dengan dibasuh dan direndam dengan garam untk 5 - 10 minit
  • 2 sudu  besar sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air Asam Jawa

Bahan untuk ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 5 batang cili kering
  • 5 biji cili api

Cara membuatnya:
  • Panaskan minyak, masukkan serai dan goreng hingga kekuningan, kemudian masukkan daun kari hingga naik bau kemudian masukkan bahan yang ditumbuk dan dikacau hingga masak dan naik bau. 
  • Sementara itu lala yang direndam tu dibasuh dan ditoskan.
  • Masukkan lala dan dikacau hingga kesemua lala berpalit dengan sos yang dimasak.  Tambah air jika perlu dan masukkan air asam jawa, jangan terlalu banyak nanti masam pulak
  • Lala dikacau dan dibalik-balikkan hingga dah betul-betul masak dan tutup api. Siap
Tips : Lala dihidang waktu masih panas dengan nasi pun dah cukup meyelerakan.

Selamat mencuba!