Monday, July 18, 2016

Product Upate : Kembara ke Negara Kiwi

Kia Ora!

Cerita siang tadi pergi product update untuk pakej ke New Zealand bertempat di Setiawangsa..Dh la jenuh cari parking..ada parking kosong tapi untuk staff jer waaaa sampai 2-3 kali pusing..Alhamdulillah dapat jugak akhirnya kat tepi bangunan...seram jugak takut pulak kena clamp ke saman ke atau kena senereh dengan kenderaan yang lalu sebelah tu..Syukur lepas habis briefing, kereta cheq tu tak kena cium atau kena usik2 manja kat badan tu..hehe

Ok ni nak cerita perihal product update percutian ke New Zealand untuk orang Malaysia. Paling utama ground agent ni orang Melayu Islam berasal dari Malaysia so bab makanan HALAL ni tak payah risau naa.  Kalau nak tau lebih lanjut pasal pakej percutian ke negara Kiwi kan layarilah www.tdktravel.blogpost.com atau follow page tdktravelmalaysia.com.

Kat sini cheq nk cite pasal motohomes tu pun secara ringkas naa..baca betui2 naaa


Kenderaan yang disediakan antaranya :

Motorhome 6 berth dengan 6 tempat duduk bertali pinggang keledar dan 6 tempat tidur (3 queen-size beds)

  •  Mercedes Benz Automatic Transmission 
  •  Maximum insurance yang ditawarkan oleh pembekal (bond NZD diperlukan)
  •  GPS - touch n drive
  •  NZ mobile phone
  •  Walkie talkie untuk group tour
  •  Panduan tentang pemanduan selamat dan penyelenggaraan motorhome


Motorhome dilengkapi selimut, bantal, toilet, mini fridge, dapur, peralatan memasak dan pinggan mangkuk.

Ni antara services yang diberikan bila beli pakej dari TDK Travel & Tours tu adalah:
  1. Menjemput dan menghantar ke Auckland airport.
  2. Kos parking di campsite berbayar (Powered sites) mengikut bilangan setiap penumpang. 
  3. RUC (road user charge) atau caj penggunaan diesel, gas refill dan vehicle recovery charge
  4. Guided tour di sekitar Auckland pada hari pertama.
  5. Dinner/lunch hari pertama dan hari terakhir.
  6. Waktu solat dan arah kiblat pada setiap campsite

**Motorhome Powered sites termasuk kos parking (mengikut bilangan setiap penumpang) dan servis membekalkan elektrik kepada Motorhome di waktu malam. Setiap penumpang yang masuk boleh menggunakan kemudahan di campsite seperti bilik mandi/ tandas, common kitchen, playground, TV/ games room, dsb.

**Harga motorhome berubah mengikut musim memandangkan permintaan yang tinggi di waktu peak summer di antara 15 Disember hingga akhir Januari. Pada musim ini ramai pelancong terutamanya dari Eropah yang membawa matawang bernilai tinggi seperti Euro dan British Pound.

Lakaran dalaman motohomes


menarik kan!