Sunday, July 10, 2016

Resepi : Sup Kepala Ikan Merah

Bahan-bahan :

Ikan Merah

1 bungkus sup bunjut
3 cawan air
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
daun sup
daun bawang
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak

Bahan dihiris
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 sm halia

Cara-caranya: Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg dihiris hingga kuning dan naik wangi. Masukkan air, lada hitam dan sup bunjut. Renih dengan api perlahan.

Bila dah mendidih air tu, masukkan ikan dan biar direnih hingga mengelegak. Tutup api.

Taburkan daun bawang, daun sup dan sewaktu nak menghidang dalam manguk, jangan lupa letak bawang.

Selamat Mencuba!