Tuesday, August 30, 2016

Hari Kemerdekaan Malaysia..terasa suram

Entah kenapa rasa kurang meriah kot pada diri SSL untuk hari kemerdekaan tahun ni..macam kosong..macam tak de seri..macam tak de keterujaan dan macam2 la ∪︿∪ .  

Teringat dulu zaman sekolah dulu..kalau tak silap 2 kali kot SSL masuk perarakan untuk hari Kemerdekaan..penuh rasa bangga(#)..rasa megah (¯¯) walau kena bangun pagi giler..gelap lagi dah sampai Padang Kelab Selangor sekarang ni dipanggil Dataran Merdeka la ya anak2 sekelian hehe.  

Sememangnya terasa suram o(o)o dan keterujaan sambutan ni macam kelaut jer.  Mungkin sebab faktor usia ..dan lain2 faktor yang dok terjah kat batu jembala beta ni..hahaha

Ok la..ni SSL nk share untuk koleksi ya pelbagai logo tahun kemerdekaan Malaysia dari tahun 1992 hingga ke kini..eh kenapa dari tahun 1992? tahun2 sebelum tu? pandai-pandai la korang google ya. SSL ambil logo sejak 1992 sebab tahun tu la tahun SSL masuk ke sekolah menengah bila mana bila menjelang 31 Ogos terasa teruja, seronok, berkobar2 perasaan tu dan tahun2 yang kalau boleh nak diulang semula..mana mungkin kan.(▔﹏▔)

Apa2 pun buat d'hubby yang kena bertugas esok tu dan tak balik rumah hari ni..be safe..dan jumpa esok ok..luv ya darling!
Image result for logo kemerdekaan malaysia 2016
Add caption

Logo Merdeka 2015
2015 - 2016 - 58 & 59 > sehati sejiwa

Logo Merdeka 2014
2014 ke 57 > Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Logo Merdeka 2013
2013 ke 56 > Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Logo Merdeka 2012
2012 ke 55 >  55 tahun merdeka-janji ditepati (ditarik balik)

Logo Merdeka 2011
2011 ke 54 > 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Logo Merdeka 2010
2010 53 tahun1 Malaysia: Menjana Transformasi

Logo Merdeka 2009
2009 / 52 tahun 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Logo Merdeka 2008
2008 ke 51 > Perpaduan Teras Kejayaan

Logo Merdeka 50
2007 ke 50 > Malaysiaku Gemilang

Logo Merdeka 2000_2001_2002_2003_2004_2005_2006
2000 - 2006 Keranamu Malaysia

Logo Merdeka 1999
1999 Bersatu ke alaf baru

Logo Merdeka 1998
1998 Negara kita Tanggungjawab kita
Logo Merdeka 1997
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya


Logo Merdeka 1996
1996 Budaya Penentu Kecapaian
Logo Merdeka 1995
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan

Logo Merdeka 1994
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan

Logo Merdeka 1993
1993 Bersatu Menuju Wawasan

Logo Merdeka 1992
1992 Wawasan Asas Kemajuan
Logo Merdeka 1991
1991 Wawasan 2020
Logo Merdeka 1990
1990 Berjaya

Logo Merdeka 1989
1989 Bersatu

Logo Merdeka 1988
1988 Bersatu
Logo Merdeka 1987
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
Logo Merdeka 1986
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh

Logo Merdeka 1985
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan

Logo Merdeka 1984
1984 Amanah Asas Kejayaan

Logo Merdeka 1983
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
Logo Merdeka 1982
1992 Berdisplin Giat Maju