Saturday, September 03, 2016

Muhasabah: Keistimewaan Seorang Ibu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم                                                                                 


Image result for ibu dan anak dalam islam

Sekadar pengkongsian buat kita yang bergelar anak dan juga para ibu

Setitis airmata ibu jatuh, 10 kebajikan anak akan hilang.  Betapa mulia dan tingginya darjat seorang ibu serta dimulikan dihadapan Allah SWT.  Syurga anak terletak dibawah telapak kaki ibu maka anak2 berbuatlah kebaikan dan jagainya ibu dan bapa kerana suatu hari nanti anak2 pun akan menjadi ibu dan bapa dan semoga dirahmati Allah SWT.

1. Jangan jatuh air mata dan buat anak2 pula tolong jangan bagi ibu menitiskan air mata.  Biarlah ibu menangis kerana anak berjaya bukan menangsi kerana angkara anak

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu/anak sebab wajah orang tidur akan menampkkan segalanya

Ada 3 mata yang tidak dijilat api neraka:

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

3.  Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri

4. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

5. Barang siapa yang tidak mendoakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

6. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

7. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.


8. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.  Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya.  Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasannya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.


10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Wassalam...