Tuesday, October 18, 2016

Drama Suri Hati Mr Pilot..menarik dan tertarik

Assalammualaikum wbt..

Masuk jer hari isnin memang konflik pun melanda..konflik bukan sebarang konflik..konflik jiwa haha..sangat la kan.  Sebenarnya konflik nak tonton mana satu...Suri Hati Mr Pilot atau Patah Sebelah Sayap ngeeee

Suri Hati Mr Pilot punya barisan pelakon yang sicantik Neelofa sebagai Wardah, si sado Fatah Amin sebagai Ejaz yang semakin handsome dan semakin bagus lakonan dia, Nina Juren, Aleza Shahdan, BenAmir.

Kisah bermula bila Warda lari dihari perkahwinannya kerana dia menyintai lelaki lain lakonan Ben Amir pun tak kesampaian bila Ben Amir pun mengahwini orang lain.  Warda bawa diri ke Australia dan menjadi kemarahan ayahnya.  Nak dijadikan cerita Warda balik ke Malaysia dan terserempak dengan Ejaz di lif kat airport dan Ejaz terus jatuh hati. Yang kelakar tu diaorang tu asyik bertembung jer...dan akhirnya Ejaz mengetahui dia lah Warda yang 2 tahun lalu lari.  Bak kata pepatah kalau dah jodoh tak kemana kan.  dan ya diaorg ni sama2 suka sama suka dan jatuh hati dah mmg kedua mak bapak diaorg nak berbesan dari dulu dan cinta pun tanpa halangan dan akhirnya mereka diijabkabulkan.

Yeaaa macam cepat betul kan happy ending kan...nantiiiii. Semalam dah tengok Warda kena buli dengan nenek Ejaz lakonan si Normah Damanhuri tp akhirnya berjaya melembutkan hati si nenek yang dulu marah sebab Warda ni malukan keluarga mereka tapi kejadian nenek jatuh dan dimarah Warda buat nenek sedar yang Warda adalah perempuan yang terbaik untuk cucu kesayangannya..

Jangan cepat berasa lega ok sebab akan ada detik2 dan saat yang mungkin meruntun jiwa dan meleleh air mata...nantikan ok

Pastikan kita dok depan tv hehe jam 10 malam dari Isnin hingga Khamis disaluran Astro Ria.

psst...bukan apa Umi ni dok layan tengok kecantikan Neelofa sebenarnya...sangat manis dan cantik sekali...sejuk mata memandang sejak dia berhijab ni.