Thursday, October 13, 2016

Subhanallah..cantiknya di Pulau Sembilan ni

Subhanallah cantik sungguh gambar-gambar yg Umi ambil dari FB Koleksi Viral ni..cantik sungguh ciptaan Allah SWT buat kita hargai dan nikmati.  Pulau Sembilan di Perak yang menakjubkan!  Pulau Sembilan, pulau yang unik terletak di selatan persisiran pantai di Perak dan tidak berpenghuni tapi boleh kita boleh menginap secara camping di hujung minggu.  Dipersisiran pantainya terdapat plankton yang memantulkan cahaya kebiruan/jingga diwaktu senja.  Di Pulau Sembilan ni tempat orang memancing dan sesiapa yang hendak menapak ke pulau ni kena la dapat kebenaran dari Jabatan Perhutanan Perak dan ianya terhad.  Kawasan ni jugak tempat para peminat sukan scuba dengan kecantikan batu karang dan pelbagai jenis ikan yang tentunya menarik perhatian kan

Kalau nak tahu lebih lanjut macam mana nak kesini layari Pulau Sembilan yang unik

Pulau Sembilan Map

Pulau Sembilan Perak Malaysia


Pic sumber : Koleksi Viral - memang teruja tengok warna-warna kebiruan kat pantai ni.