Tuesday, November 15, 2016

Gulai Lemak Pucuk Bebuas Tulang Ikan Masin

Assalammualaikum,

Hari tu tengok Warisan Petani post pasal daun bebuas tu teringin pulak nak makan yela dah lama kot tak makan daun herba yang rare ni..so 2 minggu sudah dah pesan pada penjual sayuran kampung jadi hari Sabtu lepas masa sampai ke Pasar Keramat terus tuju ke kedai tu la takut nanti tak de pulak atau kot nanti ada orang lain pulak dapat hehe tapi masakan regular customer makcik tu nak lupa kan..tapi kan dah tak berapa pucuk sangat la daun bebuas ni.  Teringat dulu kalau balik kg dhubby mesti stop kat tepi sawah kutip pucuk2 daun dan masak..sedappp baq hang! keke


daun herba..pucuk bebuas

Daun bebuas ni kebanyakan orang buat ulam jer, direbus dan dicicah dengan sambal belacan.

2. Daun bebuas yang tua direbus dan dibuat mandian orang dalam pantang.  Bau dia mmg Umi suka sangat even masa masak pun terkenang waktu dalam pantang dulu keke

Ok..Umi nak share resepi gulai lemak pucuk bebuas ni.


Pucuk bebuas - ambil yang muda
3 camca rempah ikan Cik Siti - kalau jenama lain pun ok
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 keping asam keping
1 cawan santan kelapa cair
1/2 cawan santan pekat
Tulang ikan masin/Isi ikan kurau atau talang masin
Sedikit garam

Cara membuatnya:
Rempah, bawang merah, bawang putih dan asam keping dimasukkan kedalam periuk bersama 1 cawan air, direbus dengan api perlahan. Kacau rempah sampai mendidih dan betul-betul masak. (tengok gambar kat bawah tu)  Kemudian masukkan daun bebuas, dibalik-balikkan, dikacau hingga bersalut rempah dan pastikan daun bebuas betul-betul layu. Masukkan santan cair dan biarkan mendidih, masukkan ikan masin dan dikacau.  Pastikan api sederhana. Bila kuah dah mendidih, masukkan santan pekat dan kacau lagi.  Biarkan mendidih dan tutup api.  Masukkan garam sesedap rasa.

tips: tak perlu banyak garam sebab ikan masin tu dah masin kan tapi terpulang pada selera masing2.

Selamat mencuba!

dah siap untuk dimakan

rempah dicampur bawang dan direbus

rempah sudah mendidih

dah siap!