Thursday, December 29, 2016

Harga berpatutan di AZ Station Kg Baru

Assalammualaikum wbt

Jumaat sudah ex schoolmate dhubby turun KL so dhubby pun sibuk ajak ikut dia bawak kawan dia pi dinner...ishh malas sungguh la kalau dah balik dan nak bersantai2 lepas penat balik kerja ni...tapi nak tak nak kena la ikut juga sebab katanya Cik Ina tu datang sorang jer..ehh takkan la pulak nak bagi dia dinner berdua kan..bukan cemburu tapi kalau kita orang Islam tak reti jugak..mmg la nak cari nahas kan.

Jadi dalam perjalanan tu dhubby suruh check restoran Western yang dekat Kg Baru...hadoiii satu hal lagi kan..so nak tak nak jengah la cik google dan nampak Pekan Station..okies set!  Pertama2 kena jemput Cik Ina tu kat area SOGO la dulu pastu baru ke Kg Baru..

meriah sunggu SOGO ni waktu malam Krisma
Disebabkan agak tergesa dan hasrat dia sebenarnya nak bawak makan ke Chop & Steak tapi dah pergi dulu so kena la tukar tempat lain pulak kan...sah2 dia ikut Jalan Raja Uda dan nampak restoran ni..so berenti la untuk cuba kan..



Tak boleh nak komen banyak sebab perut dah kenyang tapi cuma nak layan tetamu je...Cik Ina dan Applepie masing2 ambil chicken chop dan Umi dan dhubby berkongsi meatball.  Memang murah chicken chop dia ni tapi sos blackpepper dia tu agak cair mungkin kami dah kenyang kot sementara meatball dia pulak disalut tepung dan digoreng jadi tak disyorkan okay

alamak tentang minuman pulak lupa nak ambil gambar la...Umi ambil air belimbing besi sama jugak dhubby, Cik Ina ambil mango juice dan Applepie semestinya milo tabur..hurmm










Lokasinya memang ok sebab nak cari tempat letak kereta pun mudah dan yang bestnya seating dia ada yang special tau..boleh bersila.

Jadi kalau sesiapa nak pergi makan western ni..cubalah

AZ Station Steakhouse, Kg Baru
17, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +60 17-211 0630
Facebook : https//www.facebook.com/AZ-stations-Steak-house-731615893653272/
  •