Tuesday, December 20, 2016

Pokok Dukung Anak...herba meliar yang banyak kegunaanya



ni yang tumbuh dalam pasu kat depan  rumah 


Image result for pokok dukung anak
gambar hasil google
Dukung Anak...tak tau bahagian mana yg nampak mcm dok dukung anak sbb pokok dia ni kecik or renek je (hehe dh bunyi mcm +Cik Renex  pulak dah...maaf ya cik renex) P/S secara tak langsung tu blog pertama dipagi Selasa ni diBW..keke.  Pokok ni juga dikenali dengan nama Keman Jolok atau Amin buah dan mungkin ada yg panggil dengan nama lain dan pokok ni boleh kita jumpa kat tepi jalan, tepi sungai dan kawasan2 tanah rendah atau jugak dalam pasu bunga, dan tumbuh meliar di celah rekahan batu tapi punya khasiat yang amat banyak.

Pokok dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus adalah spesies tumbuhan herba yang boleh dijumpai di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand serta di negara China dan Amerika Selatan.

Jom kita kenali dan guna pokok ini untuk tujuan perubatan, tanpa kos dan InshaAllah tanpa risiko.

Keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan untuk perubatan bermula dari akar hingga kepada buah. 

Antara penyakit yang boleh dirawat seperti penyakit kuning, demam panas, cirit birit, perut meragam.

Kalau sesiapa ada penyakit luaran seperti kudis, bisul dan luka, ambil daunnya, dilumatkan dan ditampal ditempat yang sakit.
           
Akar, daun, buah dan keseluruhan pokok dukung anak mempunyai pelbagai nilai perubatan. Ia sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayurveda sama ada dikeringkan menjadi serbuk atau digunakan segar.
          
Di Malaysia, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B.
          
Akarnya yang masih segar adalah penawar berkesan untuk penyakit kuning ( jaundis ) terutama pada bayi baru lahir.

Pokok ni jugak digunakan untuk merawat batu karang, malaria, asma, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, merawat gigitan serangga berbisa, merawat cirit birit dan kemungkinan ada untuk merawat lain2 sakit jugak...tu masih tak jumpa lagi.

Cara nak guna daun ni:
Ambil pokoknya segengam serta akar, direbus dan airnya diminum dan boleh juga dikisar dalam pengisar, ditapis dan terus diminum

Untuk sakit kulit atau digigit serangga berbisa, campurkan daun yang dilumatkan dengan garam, disapu pada kulit yang bermasalah, InsyaAllah