Friday, December 16, 2016

Salah faham terhadap PARACETAMOL

Assalammualaikum wbt.

copy paste dari grup WA family - info dari kakak sepupu yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Bentong.

Just sharing jer walau Umi mmg bukan seorang yg addicted pada ubat-ubatan apatah lagi panadol..kalau demam Umi akan lebih minum air putih dan rehat melainkan kesakitan tahap yang teruk selain berjumpa dengan doktor panel.  Baguskan! untung syarikat dhubby sbb kurang kos perubatan hehe

Okayy.."Apa beza panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol actifast, ada panadol mestrual dan sebagainya.

*PANADOL* dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk dan kegunaan..antaranya:


Image result for panadol regular
*PANADOL REGULAR* mengandungi Paracetamol *500*mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.
Image result for panadol extend
*PANADOL EXTEND* mengandungi Paracetamol *665*mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.

Image result for panadol
*PANADOL EXTRA* mengandungi *500*mg paracetamol dan *65*mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidak selesaan perut.

Image result for panadol
*PANADOL ACTIFAST* mengandungi Paracetamol *500*mg   dan *173*mg Sodiumuntuk tindakan yang 2 kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

Image result for panadol menstrual
*PANADOL MENSTRUAL* mengandungi paracetamool *500*mg dan Pamabrom *25*mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.

Image result for panadol soluble
*PANADOL SOLUBLE* mengandungi paracetamol *500*mg dan sodium *427*mg, Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi,  pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk penyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi._
Saya tidak bertujuan menggalakkan penggunaannya tetapi menasihati agar menggunakannya secara berhati-hati.
*Dr Zubaidi b Hj Ahmad*