Friday, December 23, 2016

ZALORA Online buat peminat Bokitta Hijab



Bokitta Hijab bukanlah jenama asing bagi pemakai tudung kan dan pasti ramai yang meminati dan punya koleksi tudung Bokitta ni. Bokitta Hijab telah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu dengan koleksi pinless hijab yang cukup inovatif dan trendy. Tudung yang mendapat perhatian ramai wanita bekerjaya ini merupakan koleksi instant hijab yang cukup mudah dipakai dan juga kemas. Tanpa menggunakan brooch dan jarum, sipemakai boleh memakai koleksi tudung Bokitta Hijab ini sepantas 3 saat! Betul ke?

Well, memang betul! Setiap koleksi pinless hijab Bokitta ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian inner dan juga bahagian tudung. Untuk memakainya, anda harus menyarungkan bahagian inner terlebih dahulu dan kemudian sarungkan bahagian tudung. Siap! Hanya sarung kedua-dua bahagian mengikut turutan dan anda kini boleh terus keluar bersama rakan-rakan atau ke pejabat.



Di Bokitta Hijab, menawrkan 4 koleksi pinless hijab iaitu Voila, Voila Maxi, Chic dan Chic Maxi. Bagi koleksi Voila dan Voila Maxi, ia merupakan rekaan pinless hijab yang klasik dan apa yang membezakan antara kedua-dua rekaan ini adalah kelabuhan tudung tersebut. 
  • Labuh tudung Voila adalah di atas dada manakala Voila Maxi menutupi bahagian dada. 
  • Bagi koleksi Chic dan Chic Maxi, ia direka dengan hoodie dan mempunyai lebih banyak lilitan.

Jadi tunggu apa lagi, jom kita miliki koleksi tudung keluaran Bokitta Hijab Online dan layari laman web ZALORA sekarang dan anda boleh membuat pembelian dengan mudah secara online. Juga diingatkan di ZALORA, kita boleh menikmati penghantaran secara percuma terus ke rumah anda dalam 1-3 hari bekerja. Nak lebih mudah membeli di ZALORA, muat turun apps tu kat smartphone anda. Sungguh mudah dan sungguh terbaik!