Wednesday, August 31, 2016

Welcome September...please be good


Tuesday, August 30, 2016

Hari Kemerdekaan Malaysia..terasa suram

Entah kenapa rasa kurang meriah kot pada diri SSL untuk hari kemerdekaan tahun ni..macam kosong..macam tak de seri..macam tak de keterujaan dan macam2 la ∪︿∪ .  

Teringat dulu zaman sekolah dulu..kalau tak silap 2 kali kot SSL masuk perarakan untuk hari Kemerdekaan..penuh rasa bangga(#)..rasa megah (¯¯) walau kena bangun pagi giler..gelap lagi dah sampai Padang Kelab Selangor sekarang ni dipanggil Dataran Merdeka la ya anak2 sekelian hehe.  

Sememangnya terasa suram o(o)o dan keterujaan sambutan ni macam kelaut jer.  Mungkin sebab faktor usia ..dan lain2 faktor yang dok terjah kat batu jembala beta ni..hahaha

Ok la..ni SSL nk share untuk koleksi ya pelbagai logo tahun kemerdekaan Malaysia dari tahun 1992 hingga ke kini..eh kenapa dari tahun 1992? tahun2 sebelum tu? pandai-pandai la korang google ya. SSL ambil logo sejak 1992 sebab tahun tu la tahun SSL masuk ke sekolah menengah bila mana bila menjelang 31 Ogos terasa teruja, seronok, berkobar2 perasaan tu dan tahun2 yang kalau boleh nak diulang semula..mana mungkin kan.(▔﹏▔)

Apa2 pun buat d'hubby yang kena bertugas esok tu dan tak balik rumah hari ni..be safe..dan jumpa esok ok..luv ya darling!
Image result for logo kemerdekaan malaysia 2016
Add caption

Logo Merdeka 2015
2015 - 2016 - 58 & 59 > sehati sejiwa

Logo Merdeka 2014
2014 ke 57 > Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Logo Merdeka 2013
2013 ke 56 > Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Logo Merdeka 2012
2012 ke 55 >  55 tahun merdeka-janji ditepati (ditarik balik)

Logo Merdeka 2011
2011 ke 54 > 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Logo Merdeka 2010
2010 53 tahun1 Malaysia: Menjana Transformasi

Logo Merdeka 2009
2009 / 52 tahun 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Logo Merdeka 2008
2008 ke 51 > Perpaduan Teras Kejayaan

Logo Merdeka 50
2007 ke 50 > Malaysiaku Gemilang

Logo Merdeka 2000_2001_2002_2003_2004_2005_2006
2000 - 2006 Keranamu Malaysia

Logo Merdeka 1999
1999 Bersatu ke alaf baru

Logo Merdeka 1998
1998 Negara kita Tanggungjawab kita
Logo Merdeka 1997
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya


Logo Merdeka 1996
1996 Budaya Penentu Kecapaian
Logo Merdeka 1995
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan

Logo Merdeka 1994
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan

Logo Merdeka 1993
1993 Bersatu Menuju Wawasan

Logo Merdeka 1992
1992 Wawasan Asas Kemajuan
Logo Merdeka 1991
1991 Wawasan 2020
Logo Merdeka 1990
1990 Berjaya

Logo Merdeka 1989
1989 Bersatu

Logo Merdeka 1988
1988 Bersatu
Logo Merdeka 1987
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
Logo Merdeka 1986
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh

Logo Merdeka 1985
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan

Logo Merdeka 1984
1984 Amanah Asas Kejayaan

Logo Merdeka 1983
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
Logo Merdeka 1982
1992 Berdisplin Giat Maju




Suasana..Tegas..Sabar tu nasihat Da'i Wan buat Uqasha

2 hari hari lepas waktu balik dari antar Kak Yang, sesambil driving tu d'hubby cakap siapa tu pelakon nama Uqasha Senrose..dah buka tudung ishh Astagfirullahhalazim..ehh rasanya tak terkejut pun sebab banyak kisah dia kan terutama bila dia pergi bercuti..dia buka tudung..sayang sekali..sungguh cantik dia pakai tudung berbanding dia tanpa tudung tp ramai yg cakap kalau tak nak berpura2..part ni SSL x nak la komen banyak...Pagi ni hujan lebat selebat2nya so SSL stuck kat rumah tak leh gerak ke ofis lagi...so guna la time ni utk membaca dan jeng jeng jeng...terbaca post dari Da'i Wan yang di share oleh niece kat FB...luahan seorang ustaz yg sungguh menarik untuk dikongsi dan dijadikan panduan dan peringatan buat kita kaum perempuan...jaga aurat..jaga peribadi..istiqomah.

memang DEEP bak kata orang sekarang ni..so share catatan Da'i Wan untuk kita2 dan diri sendiri...

Untuk cerita lanjut klik =>> Eksklusif: Uqasha Senrose mengaku buka hijab



'Uqasha Senrose, ini hadiah dariku, seorang lelaki yang imannya turun naik sama sepertimu'
Dulu, sewaktu saya dijemput untuk sebuah event untuk bacakan doa, awak ada sama dalam majlis itu. Tetapi awak tiba lewat, awak bersama rakan-rakan artis yang lain.
Awak cantik sangat malam tu. Tak berkelip mata lelaki yang terlihat awak. Berpakaian cantik dan bertudung cantik. Kehijauan penuh. Tertutup dari atas sampai bawah. Warna2 syurga dapat saya perincikan kalau nak ikut hadis Nabi.
Saya terus sahaja tundukkan pandangan. Iyalah, ustazkan. Ececeh. Tapi hati saya kerap sahaja terasa nak terdongak melihat awak. Saya tahu saya salah. Sepatutnya saya beristighfar. Terbalik jadinya. Ha2. Itulah powernya wanita buat laki-laki.
Umur kita sama Uqasha. Tapi mungkin dunia kita berbeda, lagu Tetap Dalam Jiwa, Isyana Sarasvati.
Ya, hidup kita berbeda Uqasha. Saya jauh dibumi dan awak pula tinggi di langit.
Namun awak tahu apa?
Tak pernah sekali pun saya fikir yang kita takkan bertemu. Saya yakin kita pasti bertemu meskipun dunia kita berbeda kini.
Nak tahu sebab apa?
Sebab awak punyai agama yang sama saya miliki kini.
Uqasha, bila awak tercari-cari akan hidayah Allah swt disaat dulu awak diuji, itu mungkin sebenarnya 'The right time' yang mana kami seluruh rakyat Malaysia tahu, itu sepatutnya menjadi turning point untuk awak.
Awak berhijrah dengan mengenakan tudung. Meskipun sampai dinihari tak pernah sempurna, tapi awak kekal istiqomah.
Uqasha, baca ni.
'Saya berikan pujian dan penghormatan pada awak khas dari saya sendiri sebagai seorang lelaki apatah lagi seorang yang berstatus ustaz.'
Uqasha, terima kasih untuk hidayah Allah swt yang telah sampai pada hati awak dan awak terima baik dengannya.
3 tahun lebih, dan awak masih istiqomah.
Saya puji ni, Uqasha. Saya puji kerana kita telah sama kini.
Kita telah letakkan penganggungan syariat Allah swt dalam diri kita semata untuk tunaikan perintah Allah swt.
Kita sama kini Uqasha. Tiada beza saya seorang ustaz dan awak seorang selebriti, selagi kita dua tahu yang mana patut kita agungkan dalam hidup kita.
Syariat Allah swt, that's it. Itu yang patut kita agungkan sampai kita mati nanti Uqasha sebagai seorang Islam.
Namun saya faham.
Kehidupan awak jauh diufuk awanan nun tinggi dilangit sana. Awak hidup dilangit bersama bintang2 yang memagari hanya bulan. Makna kata kehidupan yang 'Exclusive'. Kehidupan awak serba cantik diatas sana. Kehidupan saya pula hanya sahaja membumi ditanah gersang ini. Kadang2 mendongak juga keatas melihat kehidupan awak dan bintang2 yang lain.
'Mungkin saya tidak punya apa-apa melainkan titipan sebuah doa untuk mereka-mereka yang diatas' berkata saya saat mendongak itu.
Alhamdulillah, Allah makbulkannya Uqasha dan salah seorang lagi yang terpilih ialah awak.
Hari ni, awak sudi memandang ke bumi, tempat saya melihat awak.
Saya sedang berbicara dengan awak kini,
maka dengarkanlah dan fahamkan ini:
1. Kecaman manusia
2. Fitnah manusia
3. Cakap belakang manusia
4. Dengki & cemburu manusia
Ni semua ujian Allah untuk kita, Uqasha.
Saya tahu awak perempuan, awak cepat rasa tak mampu menanganinya seorang diri walaupun Allah dah bagitahu yang dia uji takkan lebih dari kemampuan hamba Dia.
Saya hadir malam ini Uqasha, berikan awak satu harapan baru untuk ubah cara hidup awak sendiri. Bukan ubah siapa awak. Itu.
Cuma saya minta, awak tanamkanlah 'Tekad'. Itu sahaja Uqasha ya.
Pertama, untuk istiqomah ialah suasana. Awak tak nak dilabel munafik, pura-pura, dah lah pakai tudung tapi kerja berlakon, mungkin ada scene peluk sana dan sini, pegang sana sini, awak tak nak dikecam. Awak risaukan hal itu. Ya, saya faham. Jadi, malam ini saya minta awak ubah suasana awak berkawan. Jangan putus kawan dengan siapa2 kini, tapi buat tambahan baru. Saya syorkan, kenal dengan mereka ini, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Felixia Yeap, Irma Hasmie, Safiey Ilias, sertai usrah bersama dengan mereka dan ustazah seperti ustazah Norhafizah Musa atau ustazah Isfadiah contohnya.
Bukakan pintu hati awak untuk pergi usrah, at least 1 jam dalam 23 jam yang telah awak gunakan untuk kerja.
Kedua, awak perlu tegas dan kuat dengan pilihan awak untuk menutup aurat. Sebab itu saya 2-3 kali juga tweet Mira Filzah, mengingatkan dia yang dunia hiburan dengan perwatakan muslimah yang dia nak bawa adalah satu benda yang sangat susah dalam dunia hiburan sebenarnya, semuanya disebabkan 4 faktor yang saya sebutkan kat atas tu.
Ketiga, awak bersabarlah. Setiap cemuhan, fitnah, kecaman yang tidak bersudah itu adalah tanda Allah nak lihat, sejauh mana awak berani atau sanggup letakkan harapan pada Allah. Itu sahaja sebenarnya. Allah nak lihat. Awak bergantung tak betul2 pada-Nya. Awak bulat tak hati untuk-Nya. Awak betul tak bersungguh nak tutup aurat demi-Nya.
Nah, lihat, saya dah bukakan pintu fikiran awak dari sisi yang baru.
Renungkan dengan cuba jawabnya sendiri.
Kuasa ditangan awak Uqasha, Celcom-X Pax. #eh
Bila awak dah ada 'Suasana', kemudian awak 'Tegas' dengan pilihan awak. Awak pasti akan akan mampu 'Sabar' dengan sendirinya.
Nak tahu kenapa?
Kerana Allah swt telah berfirman:
'Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang bersabar.'
Surah Al Anfaal ayat 46. Dia bersama dengan Uqasha. Kalau Allah nak buka pintu rahmat Dia untuk Uqasha, tiada satu makhluk pun di alam semesta ini dapat menghalangnya. Ingat kata-kata saya ini.
Uqasha, selepas saya buat coretan ini, saya akan kembali sibuk memakmurkan manusia dibumi, saya tinggalkan nota ini untuk awak dan rakan-rakan yang dilangit.
Kita mungkin jarang atau takkan bertemu didunia ni sebab kita jauh antara satu sama lain, tapi saya tahu saya akan jumpa awak disyurga, mungkin rumah awak disebelah rumah isteri2 Nabi Muhammad saw sahaja.
Siapa tahu?
Saya mungkin akan tersenyum bila melihat awak saat itu, kerana dakwah saya hanya dari beberapa baris perkataan dari applikasi alam maya. Membuatkan awak terpanggil untuk jadi lebih baik dan cubalah untuk cari kunci pintu hati adik awak juga, ajak dia, bersama dengan dia, tunjukkan sayang awak sebagai seorang kakak yang nakkan adik dia turut sama2 ke syurga-Nya.
Sampaikan salam dan doa saya untuk dia, Nelydia Senrose, dengan lafaz 'Assalammu'alaikum'.
Malam ini, malam istimewa coretan khas saya untuk awak, ingat tarikh ni, Isnin, 29/8/2016, jam 10 malam.
Itu waktu untuk kita berdua imbas kembali disyurga nanti.
Ikhlas, Da'i Wan.

Thursday, August 25, 2016

Enjoying ride for 2016..public transport..i can do it lah

Finally..I am on the train ride from Wangsa Maju to Universiti station...contemplating to drive or to take LRT..mensch after a long pause hurm hurm...yeah I on the train hahaha.
Actually I prefer driving so I need not to walk haha but going to an event in Pullman Hotel Bangsar will sure drives me crazy as I need to find parking lot which always not easy..having to go around and around n wasting my time...erkk wasting gas haahaahaha
Got me a cab instead of walking to the station..hahaha.  Well considering I am saving time hehe
Reason for taking public tranport
1. No traffic
2. Save gas to searxh for parking
3. Can play game n view FB, Tagged, IG
Very important point for me...
Get alert for the station..or else I might arrive somewhere else huhu.  Well I have experience few times lol..wrong station la.took train at wrong station huhu WHY
Coz not alert eh...more to jakun haha..
Till now I just arrive KL Sentral hehe seems like another 4 station and now is already 1300 haaha..what else to say ya
Ok time to get alert
Psst..i am wearing sandal n have spare stiletto in the bag...haahahaaaa

Wednesday, August 24, 2016

Anak bujang..dah makin dewasa



Pejam celik pejam celik dah semakin dewasa anak bujang SSL ni..sado dan handsome pulak tu ≧▂≦ siapa nk puji lagi kan kalau bukan Ummi dia sendiri. 23 tahun macam baru je dilahirkan dan kelahiran yang mencorakkan kehidupan kami.  Dilahirkan pada 24 Ogos 1993 jam 0950 dengan berat 3.4kg namun tak susah semasa melahirkan dan juga masa dalam pantang..tak banyak ragam. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah swt atas kurniaanNya.  Setahun dua lagi kot dah beristeri pulak kan.


Double congrats untuk Ayong sebab tak sah jawatan kat syarikat gergasi tu dan harap dapat la sambung belajar lagi..dan semoga terus maju dan berjaya..Aamiin

Buat anakandaku Ayong >>

I wish you the strength to face challenges with confidence..
I wish you the wisdom to choose our battles carefuly..
I wish you adventure on your journey and may you always stop to help someone along the way..
I wish you listen to your heart and take risks carefully
Remember how much you are loved
I am so proud of you..we are so proud of you.
Happy 23th birthday (̲̲̅̅) Ayong Muhammad Azmer (̲̲̅̅)
Semoga dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat (◕‿◕✿)


Sunday, August 21, 2016

Kisah Lee Chong Wei dan Misbun...cerita sebalik tabir

Share dari d'hubby dan sememangnya cerita sebalik tabir yang tak semua orang tahu dan kekadang tak fikir bukan senang untuk jadi senang..

[15:00, 8/21/2016] D'hubby: MISBUN 

"Kalau Misbun hebat sangat kenapa tak lahirkan lebih ramai Chong Wei?"
"Misbun bertuah ada pemain istimewa seperti Chong Wei yang berlatih bawah dia."
"Nak menyibuk nasihat apa lagi Misbun ni. Latih lah anak tu jadi juara dunia dulu"

Ini adalah komen-komen yang acapkali muncul bilamana ada bingkisan mengenai hubungan Misbun Sidek dan Lee Chong Wei. Itulah orang kita. Habis madu, sepah dibuang.

 -------------------------------------------

Sekitar tahun 1999, Lee Chong Wei diletakkan di bawah pengawasan Misbun Sidek. Misbun dikatakan sebagai seorang yang sangat menitikberatkan aspek ketahanan fizikal. Latihan yang dijalankan sangat menguji bukan sahaja fizikal, malah mental disamping mengetengahkan disiplin yang sangat tinggi.

Pernah sekali, Chong Wei hilang kesabaran dalam gelanggang akibat kehilangan mata dan menghempas raket ke lantai sehingga patah dua. Misbun sangat marah dan tersinggung dengan perbuatan Chong Wei yang tidak menghormati senjata atas gelanggangnya itu. "Jangan jejak kaki ke tempat latihan selama seminggu!" Ujar Misbun kemarahan.

Pemain biasa, mungkin dah melepak di kompleks membeli belah, berpeleseran bersama kawan-kawan selama seminggu selepas itu. Tidak bagi Chong Wei. Malam tersebut, beliau menyesali apa yang terjadi dan bertekad untuk datang juga keesokkan hari untuk merayu dan meminta maaf.

Keesokkan harinya, ketika Misbun sampai di tempat latihan, sedikit pun dia tidak mempedulikan Chong Wei. "Kau dah hebat sangat kan? Pergi lah berlatih sendiri!" Berlalu pergilah Chong Wei menunggu di luar. Selama seminggu, Chong Wei hanya dibenarkan masuk untuk membantu mengutip bulu tangkis.

Sedikit demi sedikit, Chong Wei menyedari yang Misbun sedang mendidik beliau kepentingan untuk kekal tenang dan mengawal emosi ketika dalam gelanggang di samping rasa rendah diri tanpa perlu bermegah-megah.

Menjelang Kejohanan All-England 2003, Misbun menerapkan latihan yang tertumpu pada kekuatan kaki. Chong Wei merasakan diri beliau ditekan secara berterusan oleh Misbun dan sering mencari alasan untuk mengelakkan diri dari latihan.

Minggu tersebut, Chong Wei mengalami radang yang melibatkan tulang kaki akibat latihan keras yang berterusan. Doktor menasihatkan Chong Wei untuk berehat. Mana mungkin dengan kejohanan besar yang menghampiri, beliau boleh berehat. Chong Wei berfikir ini mungkin boleh dijadikan alasan untuk Misbun mengeculikan dirinya dari latihan.

Sebaik kembali ke pusat latihan, Chong Wei melaporkan kecederaan yang dialami beliau. Misbun berfikir panjang sambil merenung Chong Wei, lalu menghubungi ketua pasukan untuk menggugurkan namanya dari skuad All-England. Chong Wei tergamam. Beliau fikir Misbun bergurau sebaliknya Misbun serius dengan keputusannya

Misbun sedar yang Chong Wei berkata jujur tentang kecederaanya, namun Misbun juga sedar perubahan sikap Chong Wei yang semakin sambil lewa terhadap latihan. Chong Wei sangat marah. Rayuan beliau langsung tidak diendahkan. Hasilnya, Chong Wei terlepas aksi di kejohanan All-England tahun itu.

Pemain biasa, mungkin dah bungkus beg balik kampung. Atau jika dari keluarga berpengaruh, mungkin sudah menghubungi YB menteri sukan atau menggunakan 'kabel' orang kenamaan untuk menempatkan diri semula dalam pasukan. Tidak bagi pemain istimewa seperti Chong Wei. 

Sedikit demi sedikit, beliau muhasabah diri, dan sedar akan apa yang Misbun lakukan adalah untuk kebaikan dirinya sendiri. Misbun mengajar Chong Wei agar tidak cepat mengalah biarpun apa cabaran yang perlu dihadapi.

------------------------------------------------

Hati kami menggelegak setiap kali membaca komen-komen negatif yang dilemparkan pada Misbun. Mana mungkin, lagenda badminton Malaysia yang memberikan lebih dari masa dan kudrat yang dikurniakan tuhan untuk negara tercinta, dilemparkan kata-kata negatif.

"Kalau kau hebat sangat, kenapa kau tak pergi berlatih di bawah Misbun?"
"Lee Chong Wei sangat bertuah. Pemain istimewa yang digilap oleh jurulatih yang istimewa."
"Pemain dari serata dunia seperti skuad juara Piala Thomas 2016 Denmark pun datang menuntut ilmu dengan dia, kau siapa nak sombong tak dengar cakap dia?"

Itulah persoalan yang kami lemparkan semula. Soalnya bukan kenapa Misbun gagal membentuk bintang lain seperti Chong Wei, tapi mampukah generasi baru, generasi media sosial sekarang ini bertahan di bawah latihan Misbun yang sememangnya sangat rigid sehingga membuatkan Chong Wei menangis kepenatan satu ketika dulu

Ini tidak, bila tidak terpilih, gunalah alasan anak orang tu ada 'kabel', sebab tu terpilih. Alasan. Alasan. Alasan. Kau yang tak berdisiplin, tidak menepati masa, besar kepala bila nama dah naik sedikit, kau taknak ambil kira pula? Moga ada sinar buat badminton Malaysia selepas Chong Wei bersara, dan semoga diberikan jalan dan peluang buat Misbun untuk terus berbakti kepada negara.                         
[15:01, 8/21/2016] D'hubby: Ramai yg tanya misbun kenapa x latih anak sendiri menjadi jaguh dunia....

Misbun jawap.....solat subuh pun liat nak mengerjakannya....

Disini Misbun bermaksud disiplin itu penting utk menjadi seorg yg berjaya...jika suboh pun payah nk buat macamana kita nak berjaya dlm hidup...apa lagi di akhirat....

Nota: Ada kawan pernah terserempak dgn LCW pukui 4 pagi dah pergi ke tempat latihan...KITA sebagai org Melayu Islam akan punya banyak alasankan..tepuk dada tanya lah diri sendiri kan.  Wallahuallam

Saturday, August 20, 2016

Lebur harapan Malaysia untuk emas di Rio...Chong Wei memang pemain terbaik

Dan malam ni berakhirnya target Malaysia untuk mendapat pingat emas. Dato Lee Chong Wei yang menjadi harapan ulung Malaysia untuk menang sebagai Juara badminton Olimpik ni terpaksa akur dengan kekalahan 21-18, 21-18 kepada Chen Long. Memang badi sungguh aihhh Negara China ni dengan Malaysia bila tiba bab badminton.  Dah la semalam ahli rumahtangga SSL kecut perut..seram sejuk tengok LCW dengan Lin Dan tp kali ini SSL rasa relax sbb CL ni bukan la musuh tradisi LCW. LCW pulak berkali2 minta maaf kat rakyat Malaysia sebab kegagalan beliau ︶︹︺  Tak per Dato, you have tried your level best and you are the best.

SSL dapat ni kat dlm grup WA family hubster yg mcm best and sentimental. Tak tahu siapa yang menulis tp mmg best..

Kehadapan Dato Lee Chong Wei,

Saya taip ni masa set pertama, masa Cheng Long mengikat kedudukan mata dan ketika inilah saya boleh nampak kepenatan awak.

Saya masih menaip sambil melihat secara langsung perlawanan awak. Bila Cheng Long menang set1, saya dah tahu jutaan rakyat Malaysia bakal kecewa sebentar lagi. Inilah pertama kali Cheng Long berjaya mengatasi awak di set1 sepanjang pertemuan awak dan dia.

Dato,

Kepenatan awak itu tak mungkin akan sanggup anak muda lain ikuti, awak korbankan zaman muda awak dengan latihan keras bersama Misbun, awak abaikan zaman muda penuh gila gila untuk meraih gelaran terbaik dunia satu hari nanti.

Perjalanan menuju emas olimpik awak sebanyak 2x dihalang oleh Super Dan pada 2008, 2012. Tahun ini diusia 34tahun awak berjaya sekat Lin Dan pada separuh akhir. Dahaga emas olimpik pertama awak bersama rakyat Malaysia kini diambang kejayaan bila pentas akhir awak bertemu dengan Cheng Long. Seorang yang gentar akan awak. Rekod pertemuan juga menyebelahi awak.

Tapi, tiada seorang perasan kepenatan awak mengerah tulang 4 kerat itu ketika menentang Lin Dan. Sama juga dengan Lin Dan, kekurangan tenaga apabila menentang Victor. Rakyat Malaysia ketawa melihat Lin Dan kalah, tiada siapa sangka awak juga bakal diketawakan oleh China sebentar lagi.

Rakyat Malaysia yang dahagakan emas mula sedar kepenatan awak selama 17tahun di pentas dunia.

Dato,

Awak masih no1. Awak masih dijulang. Nama awak akan diingati selama 100tahun. Awak akan kekal terpahat sebagai pahlawan terbaik Malaysia. Awaklah lagenda terbaik sukan Malaysia.

Hanya orang bodoh sahaja yang memaki hamun sekarang, percayalah hamua manusia bodoh sahaja yang mengeji awak ketika ini.


Akhir kata, terima kasih untuk pentas akhir Olimpik 2008, 2012 & 2016. Awak tak pernah mengecewakan kami.




Sepanjang masuk Olimpik dah 3 kali DLCW menang pingat Perak termasuk yang malam ni dan rasanya yang terakhir.  Dah kira kategori tua dah DLCW dan Lin Dan sendiri pun dah umum Olimpik Rio ni adalah yang terakhir.

Gandingan beregu lelaki Goh V Shem dan Tan Weng Kiong pun dapat pingat Perak dikalahkan beregu dari China semalam dan beregu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dikalahkan dengan pasangan dari Indonesia, Ahmad Tontowi dan Liliyana Natsir.

Yang pasti, depa ni semua dah buat yang terbaik dan tu je rezeki yang dah tertulis untuk depa.  

so let cheer up and be happy.  Kalah atau menang memang adat dalam pertandingan.

Diharap BAM pun teruskan usaha tampilkan lebih ramai pemain baru yang berkualiti seperti mereka ni semua.

Outing Kak Yang dan santai di Banting dan Morib

Mmg dah sah hari ni akan jadi hari mengejar masa..keke.  Mana taknya pepagi lagi ke Pasar Keramat dan kejar masa lagi memasak sebab bersantai sambil makan tengahari dengan Kak Yang.  2 hari lepas dah dia berwhatsapp dengan si applepie nak suruh SSL masak lemak cili api ikan sembilang untuk dia. Tapi tak de la pulak ikan sembilang tu so it will end up buat masak lemak cili api ayam jer la.  Dalam kereta tadi d'hubby dh listkan nak suruh buat sambal belacan cicah petai dgn zucchini, sayur Pak Choy sos tiram, Lala masak kicap bercili, ikan terubuk goreng dgn bawang..fuhh...ye la anak dia tu yg dh 2 minggu tak balik kan.


Lala masak kicap pedas
Masak Lemak cili api ayam

Cari port bawah pokok untuk makan2 dgn Kak Yang

Amboiii Kak Yang...layan makan nooo
 Selesai makan, rehat2 dan borak2..time untuk berangkat balik coz Kak Yang nak sambung belajar dan share masak lemak ayam dan nasi dgn kekawan yg lain.  

Take care Kakak💋  and belajar dengan sihat dan selamat.  Luv ya 

 

Pastu kami gerak ke next stop over...Pantai Morib...yeahhh

Selamat datang ke Pantai Morib


 

Ramai pemain PokEmon kat sini...banyak kot depa dapat tangkap...

Ambil angin laut...huihhh panaih baq hang

sedap makan ABC waktu cuaca panas2 ni kena pulak angin laut...awesome!

Pekena sotong tepung pedas yang sedap..RM12/pinggan tu. Memula order ayam goreng tepung RM7/pinggan...dah licin lupa pulak nk snap pic.  Nak order ketam ishh payah pulak nk makan dgn kulit2 kan..so xpayah ler jawabnyerr

Ni la tepung yg depa guna utk ayam goreng, sotong dan ketam tu..pack besaq mcm ni mau bertahun nak abih kot..hehe

Jom balik..nk tengok Badminton DLCW dgn Chen Long...kbaiii

Friday, August 19, 2016

Bukan Lee Chong Wei jer yang tertekan mental...kami jugak

Tahniah Dato Lee Chong Wei...mara ke pusingan separuh akhir! 

Fuhhh...kecut perut..gigil pun sama dirasa bila SSL tengok game antara Lee Chong Wei dengan musuh tradisi si Lin Dan tadi..Trio gigil dan stressful SSL, d'hubby dan cik Nur Iman haha.  Akhirnya DLCW berjaya walau kemenangan tu mmg umpama telur dihujung tanduk.  Kemenangan DLCW menewaskan musuh tradisi 15-21, 21-11 dan 22-20 memang dinanti2kan sebab ni penentu Malaysia untuk Perak atau Emas.




Paling mendebarkan bila DLCW mendahului 20-17 di set akhir tapi berjaya dikejar Lin Dan untuk seri 20-20...warghhh dag-dig-dug dan seram sejuk pun sama..dan akhirnya DLCW ternyata terbaik.  




http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/08/19/chong-wei-fights-back/