Monday, January 09, 2017

Debaran Faiz Subri debaran kita jugak!

Assalammualaikum wbt

Aihhh dah 2 hari tak meninggalkan nota kat sini...macam sibuk jer kan tapi sibuk la jugak hehe.

Teruja juga Umi tengok Faiz Subri diwawancara waktu nak berlepas ke Zurich dan yang lebih seronok tengok dia pi ke Zurich dengan keluarga.  Alhamdulillah FAM menaja dia dengan keluarga rupanya..

Faiz Subri berada di tangga ke 3 buat masa ni dan apa yang Umi harapkan Faiz Subri akan dinobatkan sebagai pemenang kan.  Ada seramai 10 calon untuk anugerah ni dan 2 nama besar dalam arena bolasepak yang cukup dikenali Lionel Messi dan Neymar..yang lelain tu tak la Umi kenal sebab Umi bukanlah peminat tegar bolasepak. Yang pasti kalau tanya hero yang 3 orang dalam rumah ni mmg depa kenal sangat. Jaringan depa pun hebat buat apa yang Umi tengok la dari kacamata bukan die hard fans bola sepak ni ;D..dan kita berdoa semoga jaringan cantik Faiz Subri ni dinobatkan sebagai pemenang

  1. Marlone -  Brazil
  2. Daniuska Rodríguez - Venezuela
  3. Faiz Subri - Penang mai ehhh Malaysia
  4. Mario Gaspar - Sepanyol
  5. Hlompho Kekana - South Afrika
  6. Lionel Messi - Argentina
  7. Neymar - Brazil
  8. Saúl Ñíguez - Sepanyol
  9. Hal Robson-Kanu - Wales
  10. Simon Skrabb - Finland

Faiz Subri berlepas ke Zurich dengan 2 impian.. Faiz nak pakai baju melayu tu dengan kebenaran dari Fifa dan juga berharap dapat berselfie dengan pemain bolasepak yang hensem siapa lagi kalau bukan Cristiano Ronaldo.  Semoga berjaya!

Semoga Faiz Subri berjaya dan kejayaan dia jugak kejayaan Malaysia..sebab Umi dah vote jugak minggu lepas..awak2 semua?