Thursday, January 05, 2017

Dinner di Pekan Station...akhirnya!

Assalammualaikum wbt

Makan diluar pertama ditahun baru! Setelah puas melobi dhubby akhirnyaaaa dapat jugak pergi ke Pekan Station pada 01hb hari tu almaklum dari hari tu nak pergi tapi sampai ke tempat lain. So kali ni google baik punya..bukan dinner sempena tahun baru sebenarnya tapi masa ni semua ada dan sebab dhubby tak bawak we all gi holiday!

Selesai Maghrib tapi hujan masih turun seakan cemburu dengan kami..ahaks apa la punya ayat tu wakaka...tapi kami bersiap2 la jugak sebab perut dah berkeroncong gitu dan waze segera diaktifkan..haha. Sebenarnya bukan jauh pun dari rumah dalam 15min jer kalau tak sesak di jalanraya tu.

Kami ikut Jalan Semarak dan masuk lorong sebelum Bangunan SOCSO yang baru dan passby Restoran Juara Tomyam yang dulukala terkenal...dulukala hehe. Dalam waze tunjuk arah terus jer dan sampai kat ke destinasi tapiiiiii dengan jalan yang sempit dengan byk kereta parking kiri dan kanan jalan tu mai aiiii dan dhubby dah bersuara huihhh sesaknya dan ni tak suka ni parking payah..waaaa.  Jenuh pusing sampai 4x sampai dhubby cakap lagi kalau sekali lagi pusing tak dapat parking jugak kita cari tempat lain. Nasib baik la tak buat tempahan kalau tak naiyaaa

Akhirnya dapat gak parking akhirnya dan terkedek2 kami keluar kereta ke kedai sementara dhubby parking elok2 yela dah parking kat bahu jalan kalau senget mau kena senereh (gesel) dek keta lain...mak aiii kena tunggu la pulak sebab tak de kerusi yang kosong...kalau ada pun utk 2 - 4 orang jer mana nak muat utk kami yg 8 orang ni. Jadi tunggu jer la dan nasib baik bila dhubby sampai dia nampak seat kosong Alhamdulillah kalau tak mau gak angkat kaki ke tempat lain.

Sedikit tips buat yang nak pergi cuba makanan Western kat sini:

1. Kalau datang berdua tempat ni mmg ok sebab tak payah pandu kereta dan kalau datang dengan kereta pulak pastikan kereta yang kecik la yang senang nak parking 👅
2. Kalau nak lepak sambil berborak..this is not the place sebab kesian kat orang lain yang nak duduk makan so selesai makan sila angkat kaki..jangan nak borak2.  Tolong kesian kat orang yang lain okay dan jangan kejam ;P

My review tentang food kat sini.
1. Black pepper sauce dia sedap tak terlalu cair dan tak kedekut
2. Coleslaw dia bukan citarasa tapi masih boleh dimakan
3. Meatballs akan jadi pilihan dan recommended sangat sebab sedap tapi lagi sedap kalau meatball tu macam kat IKEA
4, Mix Grill dan Lamb Chop dia sedap
5. Lamb Chop yang dhubby order pun sedap..gambar gegar jadi xpyh ler nak post kat sini..hihi
6. Chicken Bleu tak disyorkan mungkin sebab bukan blackpeper sauce so tak 'in' la sangat
7. Kentang dan fries dalam setiap pinggan tu memang kena dengan selera
8. Setiap pinggan mmg mengenyangkan perut yang sedia lapar dan overall boleh bagi 7* untuk food dia dengan harga yang berpatutan camgitu

Jom kita tengok menu dia ok...yang mana kah menambah hati dan perut keke.  Apa yang Umi tulis ni berdasarkan selera sendiri jadi kalau nak tahu cuba sendiri okay ya adik2..


harganya cukup berbaloi kan

ok sekarang model ambil sesi dia...kalau ikutkan mmg banyak ler dia posing tapi cukup la belanja 2 keping kan..hehe

ni untuk insta dia..ishh anak sapa la nii

kali ni tukar selera dengan chicken bleu..ntah mcm tak serasi jer

Mix Grill Pasta buat Ayong dan Kak Yang dengan Lamb Pasta nampak lebih kurang jer..tak sempat snap gambar...big eater depa ni kan

Chicken Chop untuk Applepie (bukan utk kids tau) dan jugak Angah


side dish gitu...1 mangkuk untuk Miya dan 1 mangkuk utk dirasa.  Miya juga ambil Mushroom soup and garlic bread tapi tak sempat snap sebab dalam sejuk2 mmg sedap hirup sup dengan roti kan.  

the girls..my girls..our girls

KAMI...dhubby dengan Lamb Chopnyer yang terlupa pulak nak snap pic untuk tontonan.  Ehhh Ayong tak masuk dalam photo ni...tetiba hari tu dia nak out of record..
waaa...dh semakin tembun cheq nii...waaaa

the damage..keke. murah kan


kalau siapa nak pergi try test rasa kat kedai ni..jangan risau tak akan sesat punya sebab signboard dia tinggi jer dan landmark dia senang...kedai dia berdepan dengan Restoran Ton Phai kedai makanan Thai


Address61, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Hours
Open today · 6PM–1AM

Selamat Mencuba