Monday, January 23, 2017

Keputusan AJL 31..Tahniah Dayang Nurfaizah

Assalammualaikum wbt

Ingat nak tido awal dah sebab sedih hoki pasukan Malaysia kalah pada Ireland 3 - 0 tup2 dhubby frust buka AJL..eh awat cheq lupa la pulak..jadi dah tertengok tu terus la melekat sampai habis.

Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL 31) keudara secara langsung menerusi TV3 telah berlangsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula jam 9 malam dihoskan oleh Fara Fauzana, Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim serta Fizi Hot FM dan gabungan mereka ni agak bagus jugak dengan penampilan Mak Leha (Liza Abdullah) serta nyanyian dari 3 penyanyi zaman Umi dulu la iaitu Man Bai dengan lagu Masih Aku Terasa, Ameng dengan lagu serta Ratu Rock Ella dengan lagu Permata Biru dan Layar Impian yang buat Umi terkenang zaman kanak2 dulu...adoiii mmg nostalgia dengan lagu2 3 penyanyi ni..bila habis jer lagu baru teringat aihh dah tuo den ruponya..hehe

Rugi tak dapat tonton Hazama, Black beraksi sebab dhubby kan sesekejap tukar channel tengok hoki. Dapat dengar Aiman Tino nyanyi tapi mcm tak best, Akim mmg best la, Alif Satar dan Shila Amzah pun duet yang baik cuma bukan rezeki diaorang kot, Mawi dan Shamsul pun ok.  Apa-apa pun tahniah pada pemenang.  Muzik ni bukan bidang Umi so tak leh nak komen banyak okay..

Image result for ella di AJL 31

memang mantap vokal Dayang Nurfaizah..terbaikk
Juara AJL31 :Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah
Hadiah bernilai : RM50,000

Naib Juara : Terimaku Seadanya - Hafiz Suip & Misha Omar 
Hadiah bernilai : RM35,000

Tempat Ketiga : Sudah Ku Tahu - Projector Band
Hadiah bernilai : RM20,000

Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
Hadiah bernilai : RM12,000

Persembahan terbaik : Khalifah - Hang Pi Mana
Hadiah bernilai : RM12,000


Senarai penyanyi serta kumpulan dan lagu-lagu yang terpilih

Image result for ella di AJL 31

Ok la..jom masuk tido..esok nak kerja kan..jangan pulak ada yang ponteng naaa