Tuesday, March 07, 2017

Segmen : Kenali loghat orang Malaysia

Assalammualaikum wbt

Ni gambaq belakang rumah dhubby kat Kerpan, Ayer Hitam

Ni segmen pertama Umi sempena makeover blog dan birthday dhubby untuk menguji kecekapan anak-anak Malaysia atau pun orang2 utara asal Kedah / Perak Utara / Penang dan Perlis (ishh awat cheq lupa naa..sorry +SITI AWADAH ni Umi tambah tau walau dimana saja berada kot2 dah lupa hehe

Sila jawab dan ada hadiah buat 3 orang atau lebih yang dapat menjawab dengan tepat.

Segmen ni akan tamat pada 31 Mar dan 3 pemenang akan diumumkan pada 07 April atau kalau mood kerajinan melanda Umi, mungkin akan dipercepatkan..

Meh ramai2 memeriahkan segmen ni

Jawapan tu letak kat komen kat bawah dan kalau nak share pun dipersilakan

Contoh : 1A 2B 3C dan seterusnya

P/S sebenarnya Umi dapat dari grup WA family jadi terfikir la nak buat ala-ala contest gitu dan ni yang pertama Umi buat.

Selamat mencuba!

Soalan-soalan loghat Kedah/Utara SPM Kertas Julai Bahagian I ^__^

Sila jawab semua soalan. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk soalan-soalan di bawah.

1.  Tulong dengaq habih-habih na……toksah dok tebiang satni hang muleh kot
Ayat di atas kedengaran dalam satu perbualan Antara dua sahabat. Dalam konteks ini ayat tersebut merupakan

A)     Nasihat
B)     Amaran
C)     Gurauan
D)     Pujukan
________

2.   Awat la yang hangpa dok tahana kat menatang depa bukan gheti apa……
“Tahana” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan perkataan

A)     Membelai
B)     Mendera
C)     Memberi makan
D)     Memandikan
 _________

3. Susunkan perkataan-perkataan di bawah mengikut turutan yang paling dekat hingga paling jauh

I   Tengalong
II  Balin
III Punggai
IV Hawin
V  Tauk

A)     III, I, II, V, IV
B)      V, III, IV, II, I
C)      III, II, IV, I, V
D)     V, IV, II, I, III
 ________

4.   “Mangkaq, Menghelorp, Kelolo, Loklaq”
Perkataan manakah yang tak sepatutnya berada dalam kumpulan di atas

A)     Mangkaq
B)     Menghelop
C)     Kelolo
D)     Loklaq
 ________

5.   Perbuatan-perbuatan di bawah adalah reaksi manusia semasa ditimpa musibah

I   Kelupoq
II  Teghiak
III Meghaung
IV Keghyau

Susunkan mengikut turutan dari kurang ke paling serius

A)     I, II, III, IV
B)     II, I, IV, III
C)     II, IV, III, I
D)     II, III, I, IV
_________

6.    Awang Bokceh terghjun keleborg habih selut belutin
Ayat di atas menceritakan perihal Awang Bokceh yang bermain

A)     Payung terjun
B)     Guli dalam tin
C)     Dalam Lumpur
D)     Dalam sungai
 _________

7.   Menaboq, meghedih, menanam, menyulam, mengerat, memukoi, mengughoi

Perakataan-perkataan  di atas adalah proses
A)     Pemiliharaan lintah dari benih kecil hingga dewasa
B)     Semaian padi hingga menuai
C)     Semaian getah hingga menoreh
D)     Penanaman kopi hingga bancuhan kopi
 _________

8.   Pak Arq la ni sesak tak sangga sekepiang ghabit pun haram aih

“Sekepiang ghabit” dalam ayat di atas merujuk kepada
A)     Binatang
B)     Perbuatan
C)     Duit
D)     Riba
 __________

9.    “Ghumbu, Ghempang  dan Isein” adalah ukuran untuk
A)     Kekuatan
B)     Keseronokan
C)     Kegilaan
D)     Kesedapan
 _________

10.   “Daih, Pelekorh, Highik, Ghenyak” adalah perbuatan untuk
A)     Membuat kenduri
B)     Membaca buku
C)     Mengalahkan lawan
D)     Menghidupkan api
 _________

11.   Mokalo hat pri depa celapak meneghu

“Celapak meneghu” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan
A)     Timpa kelam
B)     Gelak Wakwit-wakwit
C)     Pulun habih ghiang
D)     Singkei gigi
 __________

12.   “Kebah” ataupun “Melanuih” adalah perkataan-perktaan yang merujuk kepada
A)     Tahap kegemukan seseorang
B)     Tahap kesihatan seseorang
C)     Tahap keseronokan bermain
D)     Tahap kepayahan soalan peperiksaan
 _________

13.   Hang kena ……..… , pi la sua …………..baghu depa uloq mai
Perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat di atas adalah
A)     ranggi, bangkong
B)     jadi ponen, ketorg
C)     hemoi, domoi
D)     baloq, cenonot
 ________

14.   “Daje, pelaq, pulaih hawaq” adalah perkataan-perkataan yang digunakan sebagai
A)     Pujukan
B)     Pujian
C)     Makian
D)    Jampian
 ___________

15.   “Tobat dan panah lintaq” adalah perkataan-perka
taan yang sering digunakan semasa
A)     Bersumpah
B)     Bermain hujan
C)     Bermain wau
D)     Bersenam
 _________

16.  “Teghebei, Cakplong, Jengkek dan Toi” adalah jenis-jenis
A)     Makanan pembasuh mulut
B)     Senjata orang dewasa
C)     Pakaian tarian makyong
D)     Permainan kanak-kanak
 ________

17.   “Kambe, galang geta, tibaq layaq, patoq” merupakan bahagian-bahagian pada
A)     Perahu
B)     Kereta Lembu
C)     Patong Wayang Kulit
D)     Rumah
 ________

18.   “Seghork, Gedeho’q, Mentara, Stimet, Ketoq” adalah istilah-istilah yang digunakan semasa
A)     Menuai padi
B)     Membuat kenduri
C)     Menjual Lembu dan Ayam
D)     Menoreh getah waktu hujan
 __________

19.   Lengkapkan ayat di bawah.

Takpa, takpa, satgi habih temakau tinggai……..

A)     Cempegha
B)     Cemerghkap
C)     Celepa
D)     Cemuih

Selamat mencuba!