Thursday, March 09, 2017

Siapa dapat jemputan ke workshop Lazada ?

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah Umi dah makin sihat tapi selesema tu masih ada sikit.  Kalau nyanyi ni mesti kalau Ella haha.  Walau tak buat posting baru tapi tetap intai2 jugak la.

3 hari lepas dapat jemputan ke workshop Lazada tapi terasa sedih sebab Umi tak dapat join workshop ni disebabkan family affair hujung minggu ni sob sob.  Dah 2 minggu kot tak jumpa Kak Yang pastu dia dah siap message dhubby minta nak makan itu ini..tu camner..kita ni ibu..bila anak yang jauh dimata minta kita masak..mmg terasa bangga dan betapa kita rasa kita dihargai dan semoga sampai bila2 pun kita harap anak2 kita akan merindui masakan kita dan tak lupa kita..  Aduhh emo pulak

Berbalik pada jemputan ni mmg rasa rugi sangat tapi keluarga lebih penting kan dan tanpa keluaga siapalah kita!

pstt..psttt siapa yang dapat jemputan ni dan kalau pergi tu nanti boleh nak minta la kongsi-kongsi apa yang dipelajari nanti..

#kalausudikongsi