Monday, May 15, 2017

Corat Coret ABPBH 2017

Assalammualaikum wbt

Sakan menonton ABPBH 2017 malam tadi walau kemengantukan jugak la sampai rasa nak letak batang mancis haha.

Gandingan Fauziah Ahmad Daud, Faizal Ismail dan Zulin Azis ni memang terbaik walau kekadang tu macam Kak Ogy tu over kan tapi Umi tetap minat tu hehe..jangan kecam okay

Apa-apa pun tahniah buat Bintang Paling Popular ABPBH 2017 yang dimenangi FATTAH AMIN dan memang dia deserve it kerana paling sensasi dan good looking dan terlajak laris dan dengan kemenangan tu juga dia bawa balik hadiah Peugeot 408..wow kan

Keputusan ABPBH 2017 Anugerah Bintang Popular BH

Fattah Amin Tepati Ramalan, Bintang Paling Popular ABPBH 3.0

Meh kita tengok senarai pemenang

Artis Baharu Lelaki Popular
KHAI BAHAR 

Aiman Tino
Haqiem Rusli
Tajul
Alvin Chong


Artis Baharu Wanita Popular
SWEET QISMINA

Azira Shafinaz
Elvina Mohamad
Wany Hasrita
Mawar Rashid


Anugerah diumum oleh Farid Kamil, Puteri Aisyah dan Cik Puan Juliana Evans 

Penyanyi Lelaki Popular
KHAI BAHAR

Aiman Tino
Alif Satar
Faizal Tahir
Tomok


Penyanyi Wanita Popular

SITI NORDIANA
Amira Othman
Ayda Jebat
Stacy
Wany Hasrita


Anugerah diumumkan oleh Marsha Milan, Dato Seri Vida dan Ajak Shiro.  Panjang lebar DSV berucap tau, berbaloi jadi penaja tapi kalau jadi penaja tak boleh bercakap opss 


Pengacara TV Popular
NEELOFA
Alif Satar
Mira Filzah
Nabil Ahmad
Zizan Razak

Penyampai Radio Popular
RADIN (ERA)
Haiza (Kool FM)
DJ Lin (Suria)
Ikhwan (Kool FM)
Johan (Era)

Artis Versatil Popular
IFA RAZIAH
Alif Satar
Didie Alias
Zizan Razak
Zulin Azis

Anugerah diumumkan oleh Dato Rosyam Noor, Ramlah Ram dan Mawi

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular
AKIM & THE MAJISTRET
Bunkface
Forteen
Khalifah
Projector Band

Artis Komedi Popular
ZIZAN RAZAK
Abam
Issey
Jep Sepahtu
Johan

Anugerah diumumkan oleh Raja Azura, Neelofa dan Sharifah Syahirah yang baru lepas pantanga rasanya dan cantik kalau terus memakai hijab.

Pelakon TV Wanita Popular
JANNA NICK
Ayda Jebat
Mia Ahmad
Mira Filzah
Neelofa

Pelakon TV Lelaki Popular
FATTAH AMIN
Amin Hakim Ridza
Ashraf Muslim
Shukri Yahaya
Syafiq Kyle

Anugerah diumumkan oleh pasangan adik beradik Maria Mariana hehe siapa lagi kalau bukan Erra Fazira dan Ziana Zain yang sama-sama cantik

Pelakon Filem Wanita Popular
FAZURA
Erra Fazira
Nelydia Senrose
Reen Rahim
Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular
ZUL ARIFFIN
Alif Satar
Izzue Islam
Remy Ishak
Syamsul Yusof

Anugerah diumumkan oleh Liza Abdullah dan Fazlina Datuk Ahmad Daud

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
ELLA
Tetiba mikrofon pulak rosak masa Ella nak berucap hehe.  Ella tetap cantik dan sentiasa manja dari dulu dan memang trademark dia kan.

SENARAI PEMENANG KATEGORI ONLINE

Gadingan Serasi Drama
FATTAH AMIN & NEELOFA (Suri Hati Mr Pilot)
Alif Satar & Siti Nordina (Dia Semanis Honey)
Raja Afiq & Niena Baharun (Sayangku Kapten Mukhriz)
Sharnaaz Ahmad & Ayda Jebat (Awak Sangat Nakal)
Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)

Gandingan Serasi Filem
SYAMSYUL YUSOF & NABILA HUDA (Munafik)
Awie & Erra Fazira (Warna Cinta Impian)
Izzue Islam & Juliana Evans (Alif Dalam 7 Dimensi)
Zahril Adzim & Shera Ayob (Juvana 3)
Keith Foo & Fazura (Langit Cinta)

Personaliti Media Sosial
MALOKMACHO
Luqmanpodolski
Mat Luthfi
Nizam Rahman
Vivy Yusof

Artis Berpengaruh di Laman Sosial
NEELOFA
Ayda Jebat
Datuk Siti Nurhaliza
Nora Danish
Zizan Razak

Artis Sensasi
FATTAH AMIN
Adira
Elly Mazlein
Neelofa
Uqasha Senrose

Ni nak komen pasal persembahan mengikut kaca mata dan halwa telinga Umi ya.  Ni cuma pendapat dan ikut mata telinga Umi dan mungkin yang menonton punya pendapat yang berbeza

  • Nanyian Pelesit Kota gandingan Amy Search dengan Haiza yang semakin cantik memang la vokal depa bagus tapi kenapa bukan lagu yang lebih popular macam Fenomena atau Pawana ka sedap dengar bila umur masuk veteran ni..hehe
  • Gandingan Tajul, Khai Bahar dan Ucop Mentor  Millenia memang serasi dan terbaik dengan lagu medley Andai dapat ku undur masa dan Rindu serindu rindunya
  • Persembahan dari Mawi dan Syamsul Yusof memang serasi seperti biasa tapi bila tiba bab Altimet pulak dengan lagu Amboi amboi tu memang hadoiiiiiii! penari2 tu menari dengan baju putih ketat yang macam bxxxx memang nampak lucah ishhh dah la lagu Altimet tu ala-ala nasihat.  
  • Persembahan dari Noraniza Idris dengan lagu Dikir Puteri memang tak boleh dipisahkan dengan irama tradisional
  • Gandingan Asmidar dan Salma pulak dengan lagu-lagu dalam mengenang Allahyarham Tan Sri SM Salim dan Johan Nawawi dan kelainan lagu dari Dayang Nurfaizah dengan lagu 
  • Gandingan Kak Lina pom pom dengan Ayda Jebat dengan lagu si Pencuri Hati pun not bad la jugak dan makin comel pulak si Elly Mazlein ni 
  • Persembahan lagu patrotik dari Bob AF dan Jackly Victor yang memang tak asing dengan vokal yang terbaik
  • Datuk Siti Nurhaliza memang tak boleh dinafikan la kan dengan lagu terbaru Segala Perasaan dari album SementeriSiti
  • Persembahan Ella dengan lagu memang Sembilu memang terasa muda pulak Umi ahakss
Rasanya memang ramai kot yang tonton dan bila kamera dihalakan pada Didie Alias dan Enot memang depa ni ikut betul tema Futuristik malam tadi..sayang tak de pulak hadiah kan pada Didie yang sememangnya berani dalam kostum gitu

Cerita pasal @SBB2017 pun belum dipublish...hadoii mak