Monday, May 08, 2017

Tahniah Elica Juara Mentor Milenia 2017

Akhirnya Mentor Milenia menutupkan tirainya dengan Angelica atau Elica dinobatkan sebagai Juara dan juga memenangi Protege Pilihan Neffos.  Tahniah Elica memang dah terbau dia akan menang bila Dato Hattan cakap Elica berdiri macam Juara dan pulak tu menangi protege pilihan neffos.

Apa-apa pun no 1 ke 2 ke 3 atau 4 kalau dah ditakdirkan rezeki tak semestinya tak boleh berjaya sebagai contoh Ayda Jebat bukan la Juara AF pun kan tapi tengoklah rezeki dia tu, apa yang penting usaha tapi pastikan lah juga kurangkan kontroversi yang mungkin boleh naikkan nama tapi sekejap jer la kan

Juara Mentor Milenia 2017

Confident jer KC Iman kata yang Elica adalah juara sebab Elica juga memenangi hadiah Neffos.. memang betul pun walau juri awam tak menyebelahi Elica kan dan suara Elica memang sedap dan suara Syeera tapi mungkin perubahan dalam setiap lagu Syeera tu dah membuat orang rasa macam owh ok jer kot..tapi memang rezeki Elica jadi kalau sedap macam mana pun dah memang kemenangan berpihak pada Elica..tuah dia kan

Umi terlepas menonton lagu dipusingan pertama tapi sempat la tengok Along dengan lagu Merisik Khabar yang not bad la jugak tapi feeling Along seperti biasa tu kurang.  Syeera dengan Sekadar DiPinggiran dan penambahan muzik klasik India tu memang sedap tapi macam ada tak kena pun ada jugak. Ucop pulak dengan lagu Bayang tapi macam out of tune pun ada jugak dan Elica dengan lagu Samar Bayang pun tak berapa ok sangat tapi mungkin rezeki dia kan dan ni cuma pendapat Umi yang bukan pakar pun.

psst: menang kalah depa ni bukan kita dapat apa pun kan tapi kalau depa tu ada pertalian saudara tu bangga ada la sikit hehe.  Siapa pun menang tu terpulang pada penaja jugak kan sebab depa yg kat pentas tu cuma sumbang suara jer, ada sesiapa boleh confirm pemilihan tu telus mengikut peminat atau penonton? kita yang tak pandai cuma pandai komen ikut selera kita..just my 2cent..jangan marah jangan kecam ok..kita nak layan halwa telinga jer

Keputusan Rasmi Juara Mentor Milenia 2017 - Konsert Akhir

Juara : Elica (Wang tunai RM100.000 + trofi + Protege Pilihan Neffos RM10,000)
Naib Juara : Ucop  (Wang tunai RM50.000 + trofi)
Ketiga : Along  (Wang tunai RM20.000 + trofi)
Keempat : Syeera  (Wang tunai RM10.000 + trofi)

Juri Jemputan : Fauziah Dato Ahmad Daud


Nanti kalau ada kerajinan akan Umi upload videonya ok.

Ok la masa untuk sleeping beauty sebab esok nak ke Banting jemput KY Amanda. Gud nite all

hugs, sweetsourleyra