Resepi Gulai Ikan Yu Sedap Dan Masakan Rare | Orang kata ikan yu ni spesis yang makin pupus dan terkawal tapi since dah nampak dijual di Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor dan en suami pulak dah craving sebab kawan sekolah dia kat Kedah pun ada masak gulai ikan yu ni, jadi kami ambil 2 ekor. Tak tahu bila lagi boleh jumpa ikan ni di mana-mana pasar dan entah-entah bila tengok lain kali dah tak lalu nak makan.
Resepi Gulai Ikan Yu Sedap Dan Masakan Rare |
Teringat masa kecil dulu, bonda saya ada memasak Masak Pindang Ikan Yu, dan bonda sendiri tarik kulit ikan yu tu sampai saya tengok isi ikan tu rasa semacam jer. Masa hantar lauk pada bonda, baru tahu yang ikan yu yang saya masak ni dipanggil Yu Bodoh dan satu lagi dipanggil Yu Pulasan. Tak pasti pulak apa dipanggil orang lain kan.
Resepi Gulai Ikan Yu Sedap Dan Masakan Rare |
Ikan yu sebelum dimasak perlu dibuang kulitnya yang kasar tu dengan menjirus atau merendam ikan yu dicelur dalam air panas dan dikikis untuk buang kulit yang keras berpasir tu. Selepas dikikis atau disiat kulit ikan yu tu baru dipotong. Tapi ikan yu yang di beli kat pasar tu dah siap suruh penjual tu potong dan buang bahagian dalam tu. Jadi tak la jenuh nak potong
Hati-hati semasa mengikis sebab air yang panas boleh pulak jari melecur. Jangan terlalu lama direndam, takut nanti masak pulak. daging ikan yu tu.
Resepi Gulai Ikan Yu Sedap Dan Masakan Rare
Bahan A
1 ekor ikan yu
1 sudu halba campur
3 sudu rempah ikan, dibancuh dengan sedikit air
2 sudu cili kisar (optional)
rebung kuning (optional)
3 biji tomato, dipotong baji
1 tangkai daun kari
1 mangkuk air asam jawa
1 mangkuk santan segar (RM2)
3 tangkai daun kesom
Bahan B, dikisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia, dihiris
Cara membuatnya:
- Tumiskan bahan yang dikisar serta masukkan halba campur dan daun kari hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar (kalau suka pedas), dimasak hingga pecah minyak.
- Masukkan bancuhan rempah dan tambah dengan sedikit air dan kacau biar sebati dan naik minyak. Kalau guna rebung, masukkan rebung, supaya rempah mesra dengan rebung.
Resepi Gulai Ikan Yu Sedap Dan Masakan Rare |
- Masukkan santan, kacau biar rata. Bila mendidih, masukkan ikan yu dan daun kesom (kalau guna) serta air asam jawa.
- Akhir sekali masukkan tomato, masak hingga tomato nampak layu dan tutup api. Perasakan dengan garam secukupnya. Siap
Nota :
- En suami suka gulai ikan yang tidak pekat tapi terasa masamnya.
- Ada resepi meletakkan belacan dan kerisik tapi tak pernah saya buat apatah lagi letak kerisik yang akan memekatkan kuah jadi macam pajeri.
0 Ulasan