AUTHOR

 Assalammualaikum, hi dan selamat datang ke blog masakan dari dapur sweetsourleyra 

Blog ini adalah blog pertama saya sejak menulis di alam maya dengan pelbagai kisah kehidupan dan perkongsian tapi bila saya sudah menggunakan domain atas nama sendiri, blog ini hilang dari radar sebab semua isi telah di convert ke blog www.iamfuzy.com.  Kini blog ini hanya diaktifkan untuk berkongsi resepi masakan yang dimasak untuk keluarga dan diri.




Ini adalah blog peribadi saya yang semata-mata menampilkan hanya masakan dari dapur sweetsourleyra. 


"Masakan saya, citarasa saya, selera saya, cara saya"


Bagi yang mengenali saya, pasti akan mengenali blog lifestyle www.iamfuzy.com yang berkongsi pelbagai cerita perjalanan hidup, tempat makan, tip kekeluargaan dan banyak lagi termasuk resepi masakan.



Blog masakan dari seorang tukang masak amatur yang baru ada kerajinan memasak untuk keluarga selepas tidak perlu lagi punch card sejak Ogos 2019.


Semoga resepi-resepi yang diletakkan dan di masak dari dapur sweetsourleyra membantu pembaca untuk mencuba kerana saya bukan pakar tapi hanya tukang masak amatur.

Catat Ulasan

0 Ulasan