Resepi Terung Berlado Sedap

Resepi Terung Berlado Sedap | Umi kalau dapat terung berlado ni memang tak akan kisah lauk lagi, nak-nak lagi kalau ada taburan ikan bilis garing atas terung berlado ni. Tu dah kira lengkap dengan sambal, ikan dan sayuran kan. Siapa yang boleh geng umi?


Kalau buat sambal berlado ni, nak sedap kalau cili serta bawang merah dan bawang putih tu ditumbuk kasar bukan dikisar, baru boleh rasa cili sebenar. Selain menggunakan asam gelugur, umi kadang-kala guna jus asam jawa yang pekat.  Apa pun terpulang pada kesukaan dan selera masing-masing.




Resepi Terung Berlado Sedap

Bahan-bahan:

4 biji terung panjang

2 keping asam gelugur

sedikit gula

Garam secukup rasa


Bahan ditumbuk / dikisar

1 mangkuk kecil ikan bilis

5 tangkai cili merah

3 tangkai cili api

1 labu bawang merah

3 ulas bawang putih



Cara membuatnya:

  • Terung dipotong dalam 3 inci dan dibelah 2, dilumur garam dan kunyit kemudian digoreng hingga lembut. Toskan 


  • Keluarkan sedikit minyak dari kuali gorengan terung tadi, panaskan dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga masak. Masukkan asam gelugur, gula serta garam secukupnya. Kacau dan masak dalam 5 minit.


  • Sambal yang telah dimasak, diletakkan ke atas terus yang digoreng tadi atau campurkan terung ke dalam kuali berisi cili. Balik-balikkan hingga terung berpalut dengan cili. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Anda mungkin boleh mencuba Resepi Sambal antaranya :





Catat Ulasan

0 Ulasan