Resepi Lontong Kuah Lodeh Sedap Giler Dan Mudah

Kalau balik Kedah, menu yang famous waktu Hari Raya pastilah Laksa Kedah, Bihun Sup Utara yang berwarna kuning tu.  Kalau kat KL ni kalau pagi raya selain ada ketupat beras, nasi impit, rendang daging, rendang ayam, mesti ada juadah lain seperti nasi daging atau nasi kacang. Memang meriah.


Eh tu dulu waktu ramai-ramai boleh berkumpul balik rumah bonda tapi sejak 2 tahun ni lagi-lagi tahun ni tak tak boleh masak lebih sebab tidak dibolehkan menziarah. Sobs..jadi menu pun kita buat simple dan cukup untuk 1 family jer.

Lontong kuah lodeh ni memang boleh dibeli kat Pasar Datuk Keramat atau banyak jugak gerai yang menjualnya tapi selalu bila makan tu sakit hati sebab bahan tak cukup dan tempe serta tauhu tu dapat seketul dua je. Hangin kan jadi bila buat ni memang boleh makan puas-puas.



Resepi Lontong Kuah Lodeh Sedap Giler Dan Mudah

Jom tengok apa bahan-bahannya mengikut cara saya dan citarasa saya dan pastikan korang rebus siap-siap nasi impit sebab merebus nasi impit ni makan masak juga berbanding buat kuah lodeh ni memang cepat .


Bahan untuk dikisar

7 batang cili api - kalau suka pedas, boleh ditambah

7 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

3 inci kunyit


Bahan B - diketuk

2 batang serai

3 inci lengkuas


Bahan C

Udang segar 

Tempe - digoreng

Tauhu - digoreng

Soo hoon - direndam hingga lembut

Fucuk - direndam 

Santan 

Garam secukup rasa

Asam gelugur


Bahan D - Sayuran dipotong kecil

Lobak merah, dipotong memanjang

Kacang panjang

Kobis

Terung *

Baby jagung *

Sengkuang *

Cili merah 


Cara memasaknya:

  • Masukkan bahan yang dikisar, serai dan lengkuas yang diketuk  kedalam periuk bersama 1 mangkuk air.  Renih hingga agak masak
  • Masukkan udang dan bila udang nampak dah masak masukkan lobak merah yang dipotong. Masak seketika dan bila nampak lobak tu dah agak lembut masukkan sayuran. 
  • Bila sayuran dah nampak lembut, masukkan santan. Kacau dengan kerap dan dengan api sederhana.  Jangan sampai pecah minyak
  • Masukkan cili merah, tauhu dan tempe kemudian masukkan suhun dan fucuk. Tambah santan sekiranya perlu. Perasakan dengan garam secukupnya. Siap!
Masa menghidang tu boleh la letak sambal kelapa, sambal bilis, kuah kacang dan ambil tempe dan tauhu banyak-banyak baru puas makan kan. 

Selamat mencuba



Nota:

  • Saya tak makan udang kering jadi saya guna udang segar
  • Bahan bertanda * tiada masa nak beli jadi tak dapat dimasukkan sebab PKP ni memang bahan payah nak ada.
  • Ada resepi yang akan kisar bawang besar, serai, kunyit, halia, lengkusa dan udang kering serta buah keras.  Jadi terpulang ikut selera sendiri.



Catat Ulasan

0 Ulasan