Resepi Nasi Lemak Kuning Ala Utara | Anak-anak duk kata lama tak makan nasi lemak kuning yang selalu dibeli kalau balik Kerpan, kampung en suami tapi masuk tahun ni dah 2 tahun lebih kami tak jejak kaki ke sana.
Baru-baru ni ada membeli nasi lemak kunin di Seksyen 10 Wangsa Maju tapi kami sepakat kata yang dijual tu nasi lemak Royale. Not bad kesedapannya dengan harga RM2 ada 3 pilihan, ayam, daging dan telur dengan ikan bilis.
Resepi Nasi Lemak Kuning Ala Utara Sedap Dan Mudah |
Nasi Lemak Kuning ni sekali pandang macam Nasi Ayam, ada juga nampak macam nasi minyak kalau kat Pantai Timur yang dijual untuk sarapan. Uh teringat dan rindu pulak nak ke Pahang terutama ke Jeti Tun Teja untuk melihat matahari naik. Nak tau, boleh baca kat SINI
Resepi Nasi Lemak Kuning Ala Utara Sedap Dan Mudah
Bahan-bahan
5 cawan beras - sebaiknya beras yang jenis kurang kanji
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan - dipotong 3
Bahan Tumisan
4 ulas bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntung bunga lawang
10 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1/2 sudu besar biji lada hitam
1 helai pandan - digunting dalam 4 inci
Cara memasaknya:
- Rendam beras dalam 30 minit, basuh dan toskan atau boleh biarkan didalam periuk nasi dengan sedikit air.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan untuk tumis hingga bawang kekuningan dan naik bau
- Masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk nasi, masukkan serbuk kunyit serta garam dan air secukupnya. Kalau nak masukkan daun pandan pun boleh. Masak seperti memasak nasi seperti biasa. Siap!
Tips:
- Nasi yang dibasuh direndam dengan sedikit air dalam 30 min supaya, nasi akan lebih cepat masak kerana bahan tumis berserta minyak akan membuatkan nasi menjadi mentah kalau air tidak mencukup dan kemungkinan nasi akan menjadi terlebih air.
- Ada juga yang menggunakan campuran margerin sewaktu menumis bahan tumisan. Terpulang ikut kesukaan dan selera masing-masing.
0 Ulasan