Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Dengan Keladi Lambuk

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Dengan Keladi Lambuk | Pertama kali memasak keladi lambuk ni terus jatuh hati sebab keladi lambuk ni tidak gatal seperti keladi minyak atau keladi cina yang perlu direbus bagi menghilangkan rasa gatal bila dimakan.  Sungguhpun begitu, kekadang tu rasa gatal tu tetap ada sampai terasa di tekak.

Ada sesetengah orang yang memanggil keladi ni kemumu dan ianya rangup dan tidak lembik seperti keladi biasa dan sedap dibuat ulam dengan sambal tempoyak atau pun digoreng bercili


Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Dengan Keladi Lambuk

Bahan-bahan : 

1 ikat batang keladi lambuk

500 gm udang harimau

2 mangkuk santan

2 keping asam gelugur

1 batang serai, diketuk

1 helai daun kunyit


Bahan - ditumbuk 

20 tangkai cili api

4 ulas bawang putih

2 inci kunyit hidup


Cara memasaknya:

  • Siat kulit batang keladi lambuk seperti menyiat kulit luar batang keladi dan potong dalam anggaran 2 inci dan menyerong.
Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Dengan Keladi Lambuk


  • Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk bersama 11/2 cawan air, direnih dengan api sederha hingga agak kering dan masukkan batang keladi lambuk, dikacau supaya mesra dan sebati.
  • Bila nampak batang keladi lambok agak layu, masukkan santan, kacau dan masukkan udang.
  • Masukkan asam gelugur dan daun kunyit yang dihiris, biarkan seketika tapi jangan sampai pecah minyak. Tutup api dan perasakan dengan garam secukupnya.  Siap!

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Dengan Keladi Lambuk

Nota : 

keladi lambuk tak perlu direbus seperti batang keladi biasa sebab ianya tidak gatal malahan keladi lambuk juga sedap dicicah dengan sambal belacan dan budu.


keladi lambuk

Pengenalan Tentang Keladi Lambuk

Keladi Lambuk/ Keladi Ratah/ Keladi Kemumu, sejenis keladi yang boleh dimakan ulam/mentah. Ia kelihatan dan memiliki ciri-ciri yang sama seakan Keladi Birah, namun jika diteliti dengan baik, ada perbezaan yang mudah dilihat dari warna daun, batang keladi, sulur umbi, sulur bunga.

Keladi Ratah ini biasanya hidup liar dan subur di kawasan lembab yang bersaliran baik. Boleh ditanam dan dibiakan dari pokok induk.

Bahagian batang dan pucuk daun yang masih muda boleh dimakan dan dijadikan sayur. Bahagian kulit luar disiat, dipotong, direndam dalam air garam. Keladi Ratah tidak bergetah dan lembut.

Masakan yang sesuai untuk sayur batang Keladi Ratah, gulai masam, masak lemak cili api dicampur ikan sardin, ditumis berlada, atau direbus/celur sebagai ulam.

Keladi Ratah cantik dijadikan pokok hiasan laman yang boleh dimakan. Ia selamat kerana tidak bergetah/beracun berbanding pokok keladi yang lain.

sumber : https://www.facebook.com/dukunkebun/

Catat Ulasan

0 Ulasan