Resepi Kuih Apam Puteri Ayu Dengan Sukatan Cawan

Resepi Kuih Apam Puteri Ayu Dengan Sukatan Cawan | Dah lama saya tak membuat kuih kegemaran suami ni, kuih yang pertama kali dirasainya sebelum kami berkahwin. Kuih ini juga adalah kuih yang saya buat dan diletakkan digerai kakak angkat semasa bulan puasa. 

Saya bukan pandai membuat kuih malahan memang tidak berapa meminati untuk membuat kuih tapi entah macam mana boleh buat kuih ni dan dijual.  Siapa lagi pelanggan tetap kakak angkat dia tu, melainkan suami saya. Kalau kekasih hati buat kuih tu, siapa lagi penyokong kalau bukan kekasih hati bukan?


apam puteri ayu
Resepi Kuih Apam Puteri Ayu Dengan Sukatan Cawan

Kuih yang cukup mudah dan sedap tapi jangan kata saya buat jadi cukup perfect tapi ada juga yang tak menjadi tapi boleh juga dimakan.

Resepi Kuih Apam Puteri Ayu Dengan Sukatan Cawan

Jom cuba resepi Kuih Apam Puteri Ayu Dengan Sukatan Cawan


Bahan-Bahan :

2 cawan tepung gandum

3 biji telur

1 cawan gula pasir

1 sudu kecik ovelatte

1 sudu teh kecil baking powder

200ml (1 cawan) santan

1 sudu kecil esen pandan

1 sudu kecil pewarna hijau

kelapa parut putih 

garam


Cara membuatnya:

  • Kelapa parut (putih) dicampurkan sedikit garam, sedikit tepung gandum, digaul sebati dan dikukus dalam 5 minit. Pastikan anda tidak menggunakan tangan sewaktu menggaul kelapa tadi. Buka penutup dan biarkan ia sejuk.
  • Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan diayak
  • Pukul telur, gula, ovalate dan esen pandan sehingga jadi kembang dan bertukar putih. 
  • Masukkan santan berselang seli dengan tepung hingga habis dan masukkan pewarna hijau. Kacau sehingga sebati.
  • Oleskan minyak pada acuan dan masukkan kelapa sedikit ke dalam acuan, tekan hingga mampat hingga ke dasar acuan. Dalam waktu yang sama panaskan pengukus.
  • Tuangkan adunan tepung kedalam acuan hingga paras acuan dan dikukus dalam pengkukus dalam 10 - 15 minit. Ulang hingga habis bahan adunan.
  • Tunggu acuan sejuk sedikit sebelum dikeluarkan kuih apam puteri ayu anda yang gebu tu.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. dana pernah buat kuih ini masa pkp tahun lepas kak, harum bau pandannya... lepas tu malas nk buat lg hahahahha.. dana kuih memang tak berapa pandai buat

    BalasPadam